1.2

3 3 0
                                    

(Setelah beberapa jam,akhirnya dia tiba di seoul)

"Yechan?bangun nak kita dh sampai ni"- pakciknya menepuk bahu yechan dengan lemah lembut

Setelah beberapa kali ditepuk oleh pakciknya yechan akhirnya sedar dari tidurnya.Dia terpegun melihat suasana diSeoul kerana baginya ianya adalah sesuatu perkara yang baru.Inilah kali kedua dia menjejakkan kakinya ke Seoul.Dia pernah ke Seoul buat kali pertamanya dengan bapanya semasa dia berumur 12tahun. 

"Wah,besarnya Seoul ni pakcik.Meriah pula tu tkmacam suasana dikampung"- kata yechan dengan penuh teruja

"Nanti kamu pun akan terbiasa dengan suasana dekat sini"- kata pakciknya sambil mengeluarkan barang-barangnya dari boot kereta

"Nak pakcik tolong kamu kemas tkni?"- tanya pakciknya

"Tkpe pakcik,sy boleh buat sendiri.Pakcik dah hantar ni pn kira bersyukur"- jawab yechan

Setelah yechan selesai mengangkat barang-barang miliknya,pakciknya juga pulang ke kampung semula.Kemudian dia tidak lupa untuk menelepon ibunya dikampung.

"Macam mana dekat sana?rumah kamu okay ke?"- tanya ibunya

"Kt sini okay saja ibu,ibu dah makan?"- tanya yechan

Setelah beberapa minit mereka berbual kosong akhirnya mereka memutuskan talian.Walaupun rumah yg disewa oleh yechan agak kecil dia tetap merasa cukup untuknya seorang diri dirumah itu.Rumah itu hanya mempunyai ruang tamu,dapur,satu bilik mandi dan satu bilik tidur.Yechan tidak dapat melelapkan mata nya pada hari pertama dia berpindah masuk kerumah itu.Dia bercadang untuk berjalan-jalan dikawasan itu pada keesokan hari sebelum dia mula bekerja minggu hadapan.

Yechan ialah seorang yang bijak dan menamatkan ijazahnya dalam bidang kimia tetapi dia masih lagi tidak dapat mana-mana tawaran untuk bidang tersebut.Jadi dia bercadang untuk menjadi guru tadika sementara menunggu tawaran dalam bidang tersebut.Dia diterima untuk menjadi guru disebuah tadika yang bernama Tadika Harapan.Tadika tersebut merupakan sebuah tadika untuk kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak lain.Bukan dari segi fizikal tetapi kanak-kanak ditadika tersebut khas untuk kanak-kanak yang bermasalah dalam pelajaran seperti Dyslexia,Bipolar dan sebagainya.

*Tok Tok*

Bunyi sesorang mengetuk pintu rumahnya dipagi hari.Yechan yang sedang tidur itu terjaga ketika mendengar bunyi ketukkan tersebut lalu dia turun dari katil untuk melihat siapa yang mengetuk pintu tersebut.

"Selamat pagi"- seorang wanita muncul dihapadan pintu rumahnya lalu menyapa yechan.

"Selamat pagi"- yechan membalas sapaan wanita tersebut.

"Awak dah makan?"- tanya wanita itu sambil menghulurkan pinggan yang berisi makanan

Yechan hanya menggeleng kepalanya lalu mengambil makanan tersebut

"Cik ni siapa ye?"- tanya yechan

"Oh,saya tinggal ditingkat bawah awak.Nama saya Nari"- jawab wanita itu

"Saya jiran awak,lepas ni kalau ada masalah boleh cari saya ditingkat bawah ye"- nari

"Baiklah,kalau mcm tu saya masuk dulu ye cik nari.Terima kasih untuk makanan ni"- kata yechan lalu dia masuk semula kerumahnya

"Ya"- balas nari lalu dia beredar sambil tersenyum manis

Yechan meletakkan pinggan tersebut diatas meja kopi diruang tamunya lalu dia mengambil sudu dan garfu di dapur untuk makan.Selepas menghabiskan makanan dan mencuci pinggan  dia mandi dan bersiap-siap untuk keluar.

+BERSAMBUNG+

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BITTERSWEETWhere stories live. Discover now