CHAP 23

74 0 0
                                    

Pagi ini, Maya bersemangat untuk perebutan tender pagi ni. Dia bersedia dengan segala kemungkinan. Termasuklah akan berjumpa dengan bekas suaminya.

Dia memakai pakaian skrit paras lutut, blazzer hitam, dan rambut dikemaskan sikit. Mekapnya juga dikemaskan dan disemburkan minyak wangi di kedua lehernya. Dia bersedia. Pagi ni dia akan pergi bersama Shukri. Maya turun bersarapan dengan mama bapanya dan anak-anaknya.

"Sayang, hati-hati pergi sekolah tau. Nanti atuk hantar. Okay?, now kiss ibu" pesan Maya.

"Maya, good luck for today" kata bapanya.

"Okay pa" kata Maya.
*****************
Bilik mesyuarat syarikat xxxxx

"Adam, i thinks kita akan dapat tender tu, berapa kali dah syarikat Datuk Ehsan kalah dengan kita" terang Linda.

"Ya, Linda. Tulah saya tak berapa nak kisah sangat tender ni, kita buat alah kadar je" kata Adam.

"Hai Linda, Adam, apa kahbar?"
Kata Datuk Adnan.

"Baik Datuk" kata Adam Linda serentak.

"So, ready for today?"tanya Datuk Adnan.

"Always. Sentiasa"kata Linda.

"Dengar-dengar hari ni Datuk Ehsan tak dapat datang, dia hantar wakil" terang Datuk Adnan.

"Mesti Shukri lah tu, easy" kata Linda.

"Ahh, Adam dengan Linda ni bila nak kahwin? Jangan lupa ajak Uncle tau." kata Datuk Adnan.

"Mungkin hujung tahun ni, Uncle. Kan sayang?" kata Linda bagi pihak Adam. Adam hanya mengiakan kata-kata Linda.

"Datuk.. Encik Shukri dan wakilnya ada di luar" kata secretary Datuk Adnan.

"Owh. Okay, jemput mereka masuk" kata Datuk Adnan.

Adam ketika itu sedang menulis sesuatu dan begitu juga Linda ralit melihat telefon dan mereka tidak sedar Maya dan Shukri sudah duduk di hadapan mereka.

"So, who's this lady?" tanya Datuk Adnan.

"Lady?" getus hati Adam.

Linda dan Adam serentak melihat gadis yang dimaksudkan dan terkejut mereka di hadapan mereka itu ialah Maya Rosa.

"Maaf lupa nak kenalkan, hai Datuk , saya Rosa. Anak Datuk Ehsan, bapa tak dapat datang, saya wakil dia" kata Maya sambil menyalam Datuk Adnan.

"Wahh, i never knew Ehsan ada anak, cantik lagi tu" kata Datuk Adnan.

Adam melihat bekas isteri dihadapannya. Gila. Dia gila sekarang. Ingin dia cium sepuas hatinya. Setelah enam tahun tidak bertemu, bekas isterinya memang bukan seperti dahulu lagi, dia semakin cantik. Dia bukan budak lagi, dia kini menjadi wanita. Adam melihat Maya ketika itu pandai bergaya, rambutnya yang perang itu, dan bibirnya yang seksi. Hatinya berdebar dan ikutkan hati dia angkat Maya di situ. Namun dia ingat, dia bekas isterinya. Lafaz cerai sudah pun dilafazkan.

Linda melihat Maya dengan tidak senang hati, "budak tak guna, berani dia muncul balik" kata Linda.

Manakala Shukri melihat Adam hanya merenung tajam Maya di hadapannya, "mesti kau menyesal ceraikan dia kan? Dam" getus hati Shukri.

Manakala Maya tidak senang direnung Adam dari tadi. "Dah kenapa seorang tu, renung-renung aku. Aku cucuk mata tu kang" kata Maya dalam hati.

"So, Rosa. kenapa baru sekarang Uncle jumpa Rosa?" tanya Datuk Adnan.

"Well, saya sambung study dekat oversea Datuk" terang Rosa.

"Owh yeke. Lawa kamu Rosa, tengoklah Adam itu sampai tak terkelip mata tengok kamu"kata Datuk Adnan.

Conditions For MarriageWhere stories live. Discover now