Bahagian Ketujuh : Cubaan Membunuh Diri

8 3 0
                                    

Pada waktu petang, masa di sekolah sudah pun tamat. Amsyar pulang ke rumah manakala Zayn pergi ke bukit belakang sekolah yang terdapat hutan tersorok disana mencari daun yang Cikgu Firdaus mahukan untuk projek sains beliau. Zayn pun pergi ke sana, tetapi tidak dijumpainya sehingga lah dia terjumpa seketul batu kecil yang berkilat di celah batu - batu besar di sebuah aliran sungai. Zayn terpedaya dengan kecantikan batu itu lalu terus mengambilnya, tanpa sedar bahawa apabila kita pergi ke hutan, kita tidak dibenarkan mengambil perkara - perkara seperti tersebut kerana penghuni hutan seperti jin, iblis dan bunian tidak suka kita mengambil barang mereka dan kita mesti patuh. Jika tidak, mereka boleh memberikan kesan buruk terhadap kita. Disebelah batu itu, barulah Zayn ternampak daun yang dimahukan beliau, "Ha! Nasib baik aku jumpa daun ini, tidaklah aku dimarahi cikgu esok" (dengan muka yang gembira). Malam sudah menjelma, Zayn pun terus pulang dengan menggunakan jalan masuk tadi, tetapi tiba - tiba kawasan tersebut tidak ada jalan keluar. Zayn pun menjerit "tolong.. tolong.. saya di sini..." tetapi tiada seorang pun yang mendengar jeritan beliau. Zayn berasa sangat takut kerana berada di dalam hutan yang mempunyai banyak semak bersama kegelapan di waktu malam dengan kedengaran bunyi - bunyian yang menggerunkan di dalam hutan. Zayn berasa takut tetapi beliau tidak mengaku kalah dan terus mencari jalan keluar tanpa melihat apa - apa di hadapan dan berehat sebentar, selepas itu, teruskan perjalanan, dan mengulang perkara yang sama hingga lah dia tersesat dan menemui sebuah kampung yang tersorok. Zayn berasa amat lega dan meminta tolong daripada seorang penduduk di sana "Assalamualaikum, Pakcik boleh pinjamkan saya makanan dan tempat tidur" (dengan wajah yang kepenatan). Namun pakcik tersebut menjawa "Waalaikumussalam, adik ini siapa, dan tinggal di mana ?" (Zayn) "Nama saya Zayn, rumah saya di depan sana". Selesai mereka berkenalan, pakcik tersebut menjemput Zayn ke dalam rumah dan meminjamkan sepasang baju dan memakan malam bersama keluarga pakcik tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Awesome JourneyWhere stories live. Discover now