Jiran aku ni namanya Asmah, dia ibu kepada dua orang anak kecil… umur baru 30. Dari apa yg aku dengar, dia menghadapi masalah rumahtangga yang amat rumit. Suaminya Azli – bekas penagih dadah dan pekerja kilang dah mula balik ke tabiat buruknya.
Aku Syam, 35....baru beberapa bulan menyewa rumah di sebelah rumahnya bersama dua orang anak ku. Aku duda. Isteri aku meninggalkan aku dan lari dengan bf kayanya – sekarang ni masih belum ada khabar berita apa pun tentang dia – entah kemana larinya aku pun tak pasti – masa dia lari tu, aku diberhentikan syarikat kerana syarikat tu mengalami masalah kewangan. So, dia lari – tak mewah hidup dengan aku, katanya… dia tinggalkan anak dngan aku dan lari dgn jantan tu! Tak tau ke mana…. lebih baik tak tahu kalau pasal pompuan jalang ni!
Dengan kelulusan aku, kini aku dapat kerja di sebuah syarikat sebagai pembantu eksekutif. Senang citer. Kehidupan aku, well, boleh lah… cuma kadang2 tu sunyi.. nak juga teman, setidak2nya teman berbual…
Aku menyewa di sini pun sebab berdekatan dengan tempat kerja dan juga dekat dengan akak aku -senang aku nak mintak dia jaga anak aku… aku bayar bulan bulan. Jiran aku Asmah ni juga menghantar anaknya ke rumah akak aku ni… dia ni ada problem rumahtangga… ini menurut citer akak aku lah. aku mulanya tak amek pot sangat hal Asmah ni , aku pun tak pernah jumpa dia … tapi satu hari tu – terjadi sesuatu di sekolah anak kami – anak dia dan anak aku pergi ke sekolah yg sama. Baru masuk tahun 3.
So, aku ke sekolah, dan aku dapati anak aku (Khairil) dan anak dia (Nadia) terkena keracunan makanan di sekolah – makanan di kantin sekolah lah punca nya. Tapi sebab aku terlewat, Asmah telah datang ke sekolah terlebih dahulu, dan membawa anakku dan anaknya ke klinik. Tak lama aku dapat call dari Asmah mengatakan anakku Khairil ada di rumahnya dan dalam keadaan baik. Aku mengucapkan terima kasih atas bantuannya. Asmah kata tak perlu bimbang – Nadia dan Khai sedang berehat – tidur. Aku terus ke rumah Asmah dan aku tengok mereka dah agak sihat sedikit, dengan makanan fast food yg aku bawa , kami makan bersama… budak2 ni dapat cuti dua hari lagi. So, aku beri mereka rehat dan biarkan anakku tidur dulu di rumah Asmah sebab aku kena kembali bekerja.
Malam tu, jam 10.30 malam – aku ke rumahnya lagi untuk mengambil anakku.
“Masuk lah, bang Syam” Asmah mempelawa aku masuk. Aku perhatikan yang Asmah ni masih nampak lawa dan bergaya. “Mereka ada dalam bilik hujung tu, dah lena tidur…” kata Asmah. Aku perasan sebab dia memakai skirt hitam… dan baju serba hitam lah… sleeveless. Aku tak tahu apa kerjanya… tapi dia nampak menarik dengan pakaian kerja begini – tentu sebagai PA atau sekretari ni.. aku agak saja..
Aku pergi melihat anakku Khairil di bilik betsrbelahan dengan bilik Nadia anaknya. Bila dah semua ku rasakan selamat dan terkawal, aku kata “Asmah, tak apa la, biar lah budak2 tu tidur di sini, ” Aku nampak dia senyum dan mengangguk. Asmah mempelawa aku makan bersamanya, dan kami berbual. Kami selesa pulak dengan satu sama lain. … dan aku dapati kami dalam satu kapal lah – masalah sama… kerja tak habis, nak tanggung anak seorang diri… dll.
Selesai makan aku meminta diri untuk pulang ke rumahku. Asmah menahan ku dan mengajak aku menemaninya berbual lagi. “Tak apa la As…. tak elok pulak rasanya… dah lewat malam ni… nanti apa lak kata jiran sebelah… dan apa kata suami As bila dia balik nanti...” kata ku.
“Tak apa, bukan mereka kisah pun….suami As tu rasanya tak balik malam ni....kalau dia balik pun , cuma nak minta duit aje, bukan dia kisahkan As pun, lagipun, nanti kalau Khairil terjaga kejap lagi, takut dia cari ayah dia, nanti boleh la bang Syam bawa di balik..” aku dapat rasa yg Asmah ni nak lebih dari sekadar berkenalan saja.. maklumlah, Asmah ni nampak gaya, boleh tahan lagi… dan dia juga kesunyian…
Aku tetap nak balik juga. Aku pun bernafsu juga bila tengok As ni, tapi bila memikirkan yg dia ni bini orang, aku pendamkan aje nafsu aku. Aku takut terkantoi. Mati aku kalau terkantoi dengan laki dia nanti. Aku nampak dia keberatan nak melepaskan aku balik. Aku kata esok pagi aku akan datang lagi dengan pakaian dan keperluan anak aku, dan masa kami bersalaman tu, tiba2 dia merebahkan badannya kearahku dan memelukku. Aku terkejut juga, tapi aku amek kesempatan tu, membalas dakapannya dan aku tarik Asmah ke badan aku, aku cium pipinya.