Tok! Tok! Tok!
"Ayesha, jom solat subuh dengan ibu. Abang kamu dah tunggu dekat ruang solat tu."
Kedengaran Puan Rohaida tidak betah mengejutkan anak gadisnya yang sedari tadi diam tidak menyahut. Ayesha pula laju mengenakan telekung sebelum tongkatnya dicapai.
"Maaf bu. Ayesha sakit perut tadi," jawab Ayesha sambil menayangkan senyuman manisnya. Puan Rohaida terus memimpin anaknya ke ruang solat dan mereka terus menunaikan solat subuh bersama.
"Dik, kau memang tak boleh duduk diam ke?" Aisar yang kini masih dengan baju t-shirt bersama kain pelikatnya duduk di sebelah Ayesha yang giat mengadun pisang yang sudah di lenyekkan.
"Biar lah adik nak buat apa. Abang tu kenapa malas? Tak boleh bergerak ke?" balas Ayesha sebelum sebuah jelingan dihadiahkan buat abangnya yang terchenta.
Mata Ayesha bukan buta semuanya, tapi kabur penglihatan yang dikatakan hampir 90%. Jadi dia masih dapat melihat walaupun tidak berapa jelas.
"Mana ada abang malas. Kau tu asal tak ada kerja nak buat, sibuk mencari kerja. Cuci pinggan lah, vaccum lantai. Penat abang tengok kau,"
"Haa yang kamu asyik membebel saja, ni tolong ibu buangkan sampah ni. Dah penuh. Kamu nak tunggu ulat sampah keluar ke baru kamu nak buang?"
Puan Rohaida pula mencelah. Sengaja membangkitkan 'kelemahan' anaknya. Aisar pantang nampak sejenis makhluk bernama 'ulat'. Secara automatik dia akan lari.
"Ish ibu ni! Jangan lah cakap macam tu."
Dengan gerakan pantas, Aisar mengikat plastik sampah dan terus buang. Tak sanggup lama-lama tengok ulat tu keluar.
Puan Rohaida menggeleng. Pelik dengan sikap si bujang yang mengalahkan orang lain.
"Dah, Ayehsa pergi bersiap ya. Biar ibu sambung goreng cekodok ni. Nanti kamu lambat pula nak ke tempat kerja," ujar Puan Rohaida lembut. Ayesha tidak menunggu lama terus ke biliknya untuk bersiap.
____________
"Selamat pagi, Tuan!" ucap salah seorang pegawai kepadanya. Dia hanya mengangguk dan berjalan terus ke bilik kerjanya.
Ttok! Ttok!
"Come in," ucap Dia sebelum melabuhkan punggung ke kerusi empuk tersebut.
"Hello sir. Hari ni i just nak inform yang sir akan ada mesyuarat dengan beberapa pemegang saham syarikat. Also, tempahan bunga tuan masih dalam proses. Owner bouquet kata mungkin esok atau lusa akan sampai," ujar pembantu peribadi tersebut.
Dia hanya tersenyum nipis sebelum menyuruh pembantu peribadnya keluar. Mata nya dipejam erat seketika.
Alang-alang kakaknya sedang berada di hospital kerana kemalangan kecil, jadi dia perlu untuk diberikan hadiah buat kakaknya.
"Nara, send me the address of the owner." Perintah Aidan sebelum kunci kereta dicapai.
________
"Jadi, tuan tak nak turun padang untuk latihan hari ni?"
"Tak apa. Hari ni pun saya masih ada kerja yang belum siap lagi. Awak tolong saya train pelatih kita yang baru ya. Saya harapkan awak untuk tugas ini," ucapnya sambil tangan menepuk bahu lawan bicaranya.
"Baik tuan!"
Salam hormat diberi sebelum dia meninggalkan ruangan tersebut. Senyuman diberikan sebelum dia menghela nafas keluh.
"Agaknya, apa yang dia tengah buat sekarang ya?" Sambil mengeluarkan telefon pintarnya, dia mencari gambar yang sudah lama dia simpan di gallerynya. Diusap gambar tersebut bagaikan orangnya ada di depan matanya.
"I hope i'll see you again. I miss you so much." Disimpan terus gambar itu dan dia memulakan kerja nya.
Tukar storyline sikit. Jadinya ada 'spice' baru. Enjoy!
YOU ARE READING
Mrs. Rusydan: The Sweet Smile
Romance[ON GOING] [AYESHA X RUSYDAN] Jangan kau tanya kenapa aku begini, sebalik kau perlu terima dan ajar aku untuk ikhlaskan diri. Renew : End: