"Encik...Encik....Encik OK ke? Sayup-sayup suara wanita itu di telingaku.
Aku mamai, pening dan sakit kepala. Hentakan kepala tepat mengenai cermin kereta wanita itu, membuatkan aku tercampak jatuh ke atas jalan, basikalku terpelanting ke tepi longkang. Mataku berpinar.
"Awak tak nampak ke, nak konar tu tengok la kiri kanan!" balasku dengan nada yang agak tinggi setelah peningku hilang.
"Maaf cik, saya tak perasan, hujan" jawabnya memapah tubuhku bangun. Aku terjelepok.
"Arghhh !!!" aku terduduk kembali. "Kaki saya"
"Kaki encik berdarah ni, luka" jawabnya.
Aku dapati darah mengalir bersama titisan air hujan yang membasahi tubuh, kelihatan wanita itu terpinga-pinga rasa bersalah akibat kemalangan itu. Berkali-kali wanita itu memohon maaf, dan akhirnya aku lembut dan menerima keadaan yang dah berlaku itu. Basikalku tercampak ke tepi, roda bengkok. Dinding Totoya Estima wanita itu turut kemek akibat hentakan tersebut. Tiada kenderaan yang lalu-lalang kerana jalan tersebut sunyi, jalan pintas menuju kawasan perumahan.
Habis basah, lenjun tubuh wanita itu, berbaju kurung, bertudung dengan tag nama masih di dada, baru pulang kerja barangkali. Jelas kelihatan riak cemas di wajahnya, melihatkan keadaan aku yang tidak boleh berdiri, darah dan sebagainya.
"Cik, jangan risau, saya OK" jawabku.
"Saya bawak cik ke hospital ye?" pintanya. Aku anggukkan kepala, dan memapah aku naik ke Estimanya.
Bersusah payah aku bangun, memaut bahunya ketika dia mengangkat tubuhku. Aku memeluk bahunya berdiri tegak dan bertatih masuk ke dalam keretanya sambil mengerang kesakitan. Tubuh kami basah, lenjun.
Dia memandu berhati-hati sambil meminta aku bersabar dan tahan sakit sikit. Dalam kereta dia tak putus-putus minta maaf atas kejadian itu. Aku katakan itu semua dah takdir, tiada apa yang patut dikesalkan.
"Nama I Nadia" katanya setelah aku bertanyakan namanya.
"Saya Sham" balasku pendek.
Nadia adalah seorang Setiausaha di salah sebuah syarikat swasta di Sungai Petani. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang sedang membesar. Suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya, beribu pejabat di Putrajaya. No wonderlah dia boleh memandu Estima. Dia mengakui kesilapan dia sewaktu memandu, dan membelok tanpa menoleh kiri kanan, lalu mengakibatkan kemalangan. Dia tergesa-gesa kerana dia kurang selesa memandu dalam keadaan hujan.
"Cikgu Sham memang riding tiap-tiap hari ke" soalnya
"Tak juga, ikut mood, tapi tak sangka petang ni hujan" jawabku
"Saya minta maaf ye" ujarnya buat kali yang ke berapa pun tak tau la
"Its OK Cik Nadia, sikit jer. Tak patah pun, mungkin muscle tear, tergeliat je ni"
"Ermmm.."
"Alamak !!" aku tersedar yang basikal aku tertinggal di kawasan kemalangan.
"Kenapa cikgu?" jawabnya panic
"Basikal saya, kita lupa amik"
"A'aa, saya pun tak teringat, nak patah balik ke?"
"Tak payah le Cik Nadia, saya yakin dah takde tu, ada orang amik dah" jawabku sugul.
Seketika kemudian, Estimanya membelok masuk ke hospital swasta, dan terus ke Emegency. Kaki tangan hospital pantas memapahku ke atas katil, dan menolak ke dalam wad kecemasan, dan dari ekor mata aku lihat Nadia memandu keretanya. Aku tak tau ke mana hala tujunya... aku pasrah dan berserah. Kerana aku lupa mengambil nombor telefonnya, macam mana aku nak tuntut ganti rugi, ganti basikalku itu.