Chapter 1
.
.
.
.
.Seorang pemuda yang tengah berdiri, sedang mereload pistolnya yang baru saja dia gunakan untuk menembak target-target sebagai latihannya. Dia melakukan itu sambil mendengar hasil dari latihannya itu.
"Sasaran 100% hancur, akurasi 100% tepat, peluru 100% digunakan. Masa yang diperlukan, 43 saat. Rekor terbaru"
"Rekod baru. Hanya lagi cepat 2 saat dari percubaan sebelum ni", ucapnya perlahan dan kemudian menyimpan semula pistolnya. Kemudian dia berjalan menuju suatu bilik dan berehat di sana. Baru saja dia ingin memejamkan matanya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
Pemuda itu kemudian bangun dan membuka pintu biliknya. "Aha Zain, ada pun kau. Tadi aku datang sini kau takde, kemana kau?", cakap orang yang tadi mengetuk bilik itu dan kemudian dia bersalaman dengan pemuda bernama Zain yang membukakan pintu bilik itu. "Takde apa lah Aziz, aku latihan menembak je tadi", jawab Zain. "Bukan main kau ye, tak puas lagi ke dengan recod kau tu?", cakap pemuda yang bernama Aziz itu yang kemudian menarik Zain untuk keluar dari bilik itu dan mengajaknya berjalan.
Zain berjalan di samping Aziz dan bertanya kemana mereka akan pergi. Aziz hanya mendiamkan saja pertanyaan Zain dan mereka pun sampai di depan bilik General mereka. "Kenapa kita kat sini? General panggil ke?", tanya Zain. Selepas menanyakan itu, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari dalam dan keluarlah seseorang.
Orang yang keluar dari bilik itu adalah General kepada pasukan mereka. Zain dan Aziz mengangkat hormat kepada General itu. "Oh, kamu berdua dah sampai. Sila masuk, ada benda yang saya nak bincang dengan kamu berdua nanti. Saya nak ambil air kejap", cakap General dan kemudian dia pergi dari situ.
Zain dan Aziz masuk ke dalam bilik itu, kemudian mereka duduk di atas sebuah kerusi panjang. Aziz bertanya kepada Zain kenapa dia mau menjadi aksar. Zain tergelak kecil dan menjawab, "Mestilah nak bela negara. Tak kan lah kau tak tau". Aziz nampak tidak puas dengan jawaban Zain itu dan kembali bertanya, "Ya lah, itu pun aku tau. Kalau macam tu, kenapa kau tak jadi polis?".
Zain bangun dari kerusi itu, kemudian mengangkat pistolnya seperti sedang membidik sesuatu, "Kalau polis, bertugas untuk menjaga bandar ni dari ancaman yang datang dari dalam. Kalau askar, ikut menjaga perdamaian dunia".
Aziz mengangguk, kemudian Zain menyimpan semula pistolnya, "Lagipun, aku rasa kat sini lagi senang untuk aku berlatih menembak". Zain kembali duduk di kerusi itu. Tidak lama kemudian, General datang ke dalam bilik itu sambil membawa sebuah kendi air di tangan kanannya dan beberapa gelas yang disusun menumpuk di tangan kirinya.
General itu meletakkan barang bawaannya itu ke atas meja yang ada di situ. "Saya ada bawakan kamu berdua air sekali, mana tau kamu berdua haus kan", cakap General itu yang kemudian duduk dan menuang air ke dalam sebuah gelas. General itu kemudian mengisyaratkan Zain dan Aziz dengan menggerakkan kepalanya untuk mendekat ke arahnya.
Zain dan Aziz menarik kerusi yang mereka duduki ke depan meja General itu, sehingga sekarang mereka berdua saling berhadapan dengan General itu. General itu kemudian meletakkan semula gelas yang sekarang sudah kosong itu di atas mejanya, "Jadi, saya arahkan Aziz untuk panggil kamu sekali, Zain. Kerana... Saya ada misi khas untuk kamu berdua. Yaitu, misi untuk lindungi ayah saya".
*
* * *
* * * * *
* * *
*Seorang pemuda baru saja keluar dari sebuah teksi sambil membawa sebuah beg. Teksi itu berhenti di depan sebuah rumah. Kemudian dia melihat ke arah belakang teksi itu dan melihat pemandu teksi yang berjalan ke arahnya sambil membawakan barang-barangnya yang baru saja dibawa keluar dari batang kereta. Kemudian pemandu itu meletakkan barang-barang itu dekat dengan pemuda itu. "Saya rasa, sudah semuanya", cakap pemandu teksi itu.
YOU ARE READING
Ejen Ali Misi: Throwback
FanfictionMengisahkan ketua-ketua teras, Zain, Djin, Ganz, dan Dayang, semasa mereka belum mendirikan MATA. Buku ini juga mengisahkan cerita orang-orang yang dulu berkaitan erat dengan MATA, Dato' Othman, Rama, Aliya, dan lain-lain. Tapi cerita ni betul-betul...