umbrella + 20

36 12 0
                                    

'Mana mamat tu?'

Rose menggaru kepala apabila kelibat Taeyong tidak kelihatan di universiti hari ini.

"Aera!"

Bahu Aera terjungkit sedikit kerana terkejut  dengan sergahan itu. Keningnya hampir bertaut melihat Rose menghampirinya.

"Kau nak apa?" soal Aera, dingin.

"Kau ada nampak Taeyong tak?"

"Kenapa tanya aku pulak?" Aera mencebik sedikit.

"Kalau aku tanya Jaehyun, kau marah pulak nanti. Sebab tu aku tanya kau. Manalah tahu Jaehyun ada bagitahu kau Taeyong ke mana." jawab Rose selamba.

Aera mendengus. Nak perli dia kerana hal semalamlah tu.

"Jaehyun kata, Taeyong tak datang uni hari ni. Tak tahulah kenapa."

Rose diam. Tak datang uni hari ini? Adakah dia— demam?

"Oh okay. Thanks!"

Bahu Aera ditepuk perlahan sebelum Rose berlalu dari situ. Aera terpana, macam mereka tak pernah bergaduh pula sebelum ini.

"Rose ke tadi?" Jaehyun menghulurkan secawan kopi ais kepada Aera sambil bertanya.

"Haah, dia tanya tentang Taeyong." balas Aera.

"Tanya pasal Taeyong? Pelik!" komen Jaehyun.

"Mungkin dia risau sebab Taeyong tak datang uni hari ni."

"Risau? Hurm, untunglah Taeyong."

Mereka tergelak. Masing-masing tahu tentang luahan perasaan Taeyoung kepada Rose hari itu.

"Peningnya . . ." Kepala yang sakit, ditepuk perlahan.

Taeyong membuka mata, tangan kanannya laju mencapai telefon di atas meja sisi katil.

"Haih, tak sangka aku akan ponteng hari ni. Mujur laporan projek akhir tu aku dah hantar. Tapi, kerja untuk Madam Lee aku masih belum siapkan. Aduh, kena buat jugaklah ni."

Taeyong bersusah payah bangkit mahu ke meja belajarnya. Kepalanya pening sungguh. Itulah, badan itu tak tahan kena air hujan masih mahu redah juga.

Semuanya gara-gara mahu tunjukkan sikap gentleman dia kepada Rose semalam. Bukannya Rose akan hargai pun usahanya.

"Dah tahu sakit tu, masih lagi nak buat kerja ke?"

Taeyong angkat wajah. Terkejut melihat kehadiran Rose sedang bersandar di ambang pintu biliknya.

"Eh, Rose? Kau buat apa di rumah aku ni?" soal Taeyong dengan nada terkejut.

"Saja datang. Nak tengok kau ni hidup lagi ke tak."

Rose menghampiri Taeyong lalu lengan Taeyong ditarik hingga dia terduduk semula di atas katil.

"Duduk jelah. Aku ada bawakan bubur ni. Demam kau boleh kebah sikit. Makanlah. Ke, nak aku suapkan?" tanya Rose.

Mata Taeyong terkebil-kebil memandang Rose. Mana tidaknya, hairan kerana selalunya Rose tidak mahu dekat dengan dia langsung sebelum ini.

"Kau ke aku yang deman sekarang ni?" soal Taeyong.

"Aku datang sebab Jaehyun yang suruh. Kalau tidak, memang taklah aku nak datang." balas Rose.

Taeyong senyum simpul. Langsung dia tak percaya dengan ujaran Rose.

"Bukan sebab risaukan aku?" usik Taeyong.

"Dalam mimpi jelah!"

"Yang penting kau dah datang. Itu dah cukup buat aku bahagia." Serentak itu, tangan Taeyong naik lalu mengusap kepala Rose.

Rose terkedu. Dia menepis tangan Taeyong, takut hatinya berdebar bagai nak gila pula nanti.

"Terima kasih. Sayang Rose!" ucap Taeyong.

"Sama-sama." jawapan selebihnya, Rose jawab dalam hati saja.

'Mungkin aku dah mula sukakan kau, Taeyong.'

[ √ ] Umbrella , Lee Taeyong Where stories live. Discover now