PROLOG

6 1 0
                                    

Jalan raya kelihatan basah ,bus stop berhampiran sesak dipenuhi orang-orang.semua ingin berlindung dari terkena hujan, kedengaran suara bayi menangis nyaring.

  "Ish nyaring betul lah suara !"

Kedengaran suara orang merungut, dikeranakan kenyaringan suara bayi tersebut.sangat mengganggu ketenteraman orang-orang di situ.

Seketika hening hanya suara hujan kedengaran, walaupun bus stop tersebut dipenuhi orang-orang namun sunyi,semua membuat kerja masing-masing tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekeliling.

Suara bayi tadi hilang begitu sahaja.Pelik namun menenangkan,tidak lagi usah didengari suara nyaring bak tiupan sangkakala.

Kelihatan seorang gadis berdiri di hujung bus stop tersebut dengan dress kuning bersama beg roda berwarna hijaunya.Dia asyik ketepi dikeranakan ramai yang datang berteduh.

Baju dan beg rodanya terkena tempias hujan.
Habis basah namun dia tidak boleh berbuat apa apa.Apakan daya bus stop tersebut bukan kepunyaan nya.

"Tak boleh ke pergi bus stop lain,banyak lagi kut bus stop kat sini ...nak juga bus stop hijau ni ...habis terkeluar semua orang yang datang sini dulu...bencinya"rungut gadis tersebut.

Jejaka di seberang jalan hanya memerhati sambil tersenyum lucu melihat keadaan gadis tersebut,dia ingin menolong namun dia tidak mampu menolong dikeranakan dia berada di bus stop berlainan.Ingin dia tolong payungi gadis tersebut dengan payung kepunyaan nya namun dia malas untuk berjalan ke seberang,hujan terlalu lebat membuat dirinya malas untuk berjalan.

Orang ramai semakin berkurangan,ramai yang telah memasuki bus yang berhenti dan mengikut haluan masing-masing.Bus stop yang di duduki jejaka tersebut kelihatan semakin kosong.

Jejaka itu hanya diam berdiri di bus stop tersebut sambil memandang gadis di seberang jalan.Bus stop di seberang jalan tersebut kelihatan masih sesak dengan orang ramai.
Dia hairan tiada satupun di antara mereka yang ingin bertukar bus stop ke bus stop yang ia duduki sekarang.

    "Bus stop tu dah la kecik,semua nak sesak kat sana.Sini kosong tak nak ke !?"jerit jejaka tersebut secara tiba-tiba dengan muka kosong nya.

Orang ramai melihat kearah suara jejaka tersebut sambil tersenyum kecil.

Jejaka tersebut kelihatan lucu dengan payung bewarna ungu .

Orang ramai hanya mempedulikan pernyataan dan pertanyaan jejaka tersebut.Tidak ada satupun di antara mereka yang ingin berganjak untuk pindah ke bus stop di seberang jalan.Manakan tidak bus stop tersebut kelihatan seram di keranakan belukar yang menjalar sehingga berjuntaian di bumbung bus stop tersebut.Kerusi nya patah , bumbung bus stop tersebut pula telah banyak yang rosak .Mereka lebih sanggup duduk bersesak daripada perlu menahan diri dengan keseraman bus stop tersebut

Dikeranakan kerusi banyak yang rosak, jejaka itu tidak ingin duduk dan sanggup berdiri dari mula ia datang sehingga lah saat itu.

Gadis yang berbeg roda hijau tersebut memandang tajam kearah jejaka tersebut.

Jejaka tersebut rasa seperti diperhatikan mula tidak duduk diam,berasa gelisah.

Dia tercari cari mata yang memerhati sehinggalah matanya bertembung mata dengan gadis tersebut.
Jejaka tersebut hanya mampu senyum kecil melihat pandangan tajam si gadis .

  'mampus aku'...bisik hati si jejaka

Jejaka tersebut mula bergerak kecil menuju sebuah palang jambatan yang terletak kira kira satu meter di hadapan. Orang yang masih berada di bus stop yang sama hanya memerhati tidak berbuat apa apa.

SECOND CHANCE  WHY NOT! : (in process)Where stories live. Discover now