365 Days FEHG

211 3 1
                                    

Book 1:  Fayyan Emmyrul Hayder Grey
( The Hayder 's Grey Series )
Known as 365 days.
-Stop playing with fire. You might get hurt as well-



---

Tingkap ditutup. Laluan udara yang masih ada ditutup serapatnya. Pintu dikunci bermangga-mangga. Dikepilkan bersama beberapa kayu. Ditolak-tolak sedikit pintu untuk menguji ketahanannya. Malam yang berpanjangan membuatkan mereka-mereka yang duduk di situ bersikap sedikit paranoid. Ketakutan kehilangan ahli-ahli keluarga yang disayangi membuatkan mereka menguatkan lagi pertahanan yang ada.

Ngauman demi ngauman kedengaran. Membuatkan mereka yang menyorok di dalam rumah lebih ketakutan. Malam memburu telah dimulai. Pegangan kuat di tangan semakin dieeratkan. Takut semakin mencengkam.

Pintu rumah ditolak secara kasar dari luar. Membuatkan mereka secara serentak lari bertempiaran ke bawah meja makan. Pintu ditolak sekali lagi membuatkan beberapa pintu yang dikepilkan jatuh. Satu lagi tolakan kasar tadi akan menghancurkan terus pertahanan sementara keluarga tersebut. Nampaknya , pertahanan mereka mampu diruntuhkan oleh gerangan tersebut.

Ketakutan yang semakin menjadi-jadi membuatkan mereka meraung berlari menuju ke tingkat atas. Pintu bilik utama dikunci. Handphone dibuka , ingin memcari bantuan. Signal dari handphone tersebut membuatkan mereka mengeluh kasar.

" Kau nak sembunyi macam manapun. Aku boleh bau--" Gigi taringnya digosok-gosok menggunakan hujung jari telunjuknya. Lagak seperti mahu mengasah gigi. Lebihan darah dibibir dan pipinya dibiarkan. Baju yang penuh dengan darah dibuka dan dibuang ke tepi. Tinggal lah seluar jean putih yang masih berbekas percikan darah. Makan besar dia malam ni.

" Rawr--" Pintu yang berbau kuat darah manusia yang masih mengalir membuatkan nafsu memburunya makin berleluasa. Darah manis itu sangat menguasai keadaan. Pintu itu tolak sekuatnya. Sekali tolakan sahaja membuatkan pintu bilik itu terus hancur remuk.

' Senang sangat '

Mereka yang menyorok di dalam bilik jelas ketakutan melihat wajah kacak bermata merah tersebut. Wajah kacaknya tidak nampak menenangkan. Malah nampak menakutkan.

" Mr . Hayder-- please spare us..." Seorang lelaki separuh abad merayu-rayu sambil memeluk kaki lelaki kacak tadi. Dia betul-betul merayu semerayu yang boleh kepada si pemburu.

Ye , kita ini adalah makanan mereka. Mereka telah menjadi pemangsa yang paling berbahaya dan menduduki carta paling tinggi. Di mata mereka yang merah , kita ini adalah daging segar yang sedang menari-nari untuk di makan.

Lelaki kacak yang dipanggil Hayder menundukkan badannya separas lelaki yang merayu tersebut. Mata merahnya berubah ke mata biru. Untuk apa ? Hanya mereka yang di dalam bilik tersebut yang tahu.

" Saya mohon Mr . Hayder. Please .." Jelas lelaki tua itu makin ketakutan melihat mata Hayder yang telah berubah warna.

They said blue colour is the reflection of calming. But , its not the calming effect we want for predators.

Rambut lelaki tua itu diusap lembut. Pipi tua itu dibelek dan di belai lembut. Perlahan-lahan tapi sangat berhati-hati. Mata jahat dilerekkan memandang setiap inci tubuh lelaki tua yang sudah boroi tersebut.

' Lelaki boroi tanda bahagia '

"Demasiado para mi. Pero esta bien ."
(Too much for me. But its okay )

Pipi tua itu kembali dibelai. Dilalukan tangan putih pucatnya ke seluruh tubuh lelaki tua itu. Mata birunya melilau sekeliling. Mencari mangsa yang lain. Bau yang kuat dari darah mereka membuatkan dia semakin tidak sabar untuk menghabiskan makanan malamnya.

Kepala lelaki tua itu ditarik kuat. Sengihan nakal diberikan.

" Please , im begging you ."

Hayder gelengkan kepala. Jari telunjuk Hayder dilekapkan di bibir lelaki tua itu. Tanda menyuruhnya diam.

" Bueno, no soy bueno dando de sobra todas mis comidas ." Bahasa yang dikeluarkan oleh Hayder membuatkan lelaki tua itu terkejut. Mata itu sangat tajam sehingga membuatkannya tidak mampu bergerak.

* Well I'm not good at giving all my meals to spare*

" Please--" Lelaki tua itu masih mengharapkan peluang terakhir dari Hayder. Tapi lelaki mata biru itu hanya membiarkan.

" I dont like to waste my time. Especially on my food. So , now--" leher lelaki tua itu ditolak kasar. Tiada gunanya untuk berbasa-basi dengan makanan. Makanan pun sudah tersedia.

Satu , Dua , Tiga , Empat , dan Lima. Lima orang. Dan ia paket yang cukup untuk supper.

" Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!"

Jeritan dan ngauman berselang seli. Mata birunya menyala terang dibawah sinaran bulan. Bibir diusap kasar. Lelehan darah di lehernya terus ke bahagian dadanya dibiarkan . Dia tersangat puas.

" fue una linda y dulce sangre ."
( it was a nice and sweet blood )

Bibirnya dilerek senyuman. Taringnya jelas terlihat dibibirnya. Ya , Dia adalah vampire. Pemangsa yang berada di carta paling tinggi ketika ini. Dia adalah keturunan Hayder Grey. Keturunan asli puak Vampire bermata unik.

Kaki melangkah ke tangga berdekatan. Mayat-mayat manusia tak kira lelaki atau perempuan di pandang lewat ekor mata birunya. Peduli apa dia dengan mayat-mayat itu semua. Bukan urusanku untuk mengurus mayat-mayat tu. Lagipun darah diorang dah habis aku hisap , jadi tiada apa-apa lagi kegunaannya buatku.

Tangga dituruni satu persatu. Tiba di hujung tangga , dia terpandangkan gambar-gambar keluarga malang tersebut yang diragut nyawanya di atas kabinet tepi tangga. Bingkai gambar satu keluarga diperhatikan. Matanya terpandangkan salah satu ahli keluarga mayat tadi yang tidak dihisap darahnya.

" Rasanya tadi dia ni takde sekali dengan family dia--" Dia terpandangkan satu bingkai gambar lain bersebelahan dengan bingkai gambar satu family tadi. Bingkai gambar berwarna putih yang dikalungkan bersama permata biru dan merah membuat otaknya ingin tahu.

' Spesial sangat ke perempuan ni siap berkalung-kalung bagai bingkai gambar dia saja '

Bingkai gambar tadi diterbalikkan. Mungkin ada petunjuk dimana-mana. Ah ! sejak bila kau kesah sangat dengan keluarga si mati ni. Kau sedar tak kau yang ambil nyawa mereka semua ?

" Auffa Eddhiaa Ezra . Happy birthday dear baby , mummy and daddy miss you. Please come back. " Hayder membaca perlahan. Oh , budak ni lupa jalan rumah. Baru sahaja niatnya ingin memulangkan kembali bingkai gambar itu di tempat asalnya. Dia perasan rantai yang berkalung di gambar Auffa tadi menyala terang.

' Dah kenapa pulak '

Rantai itu tetap menyala seperti tadi walhal sudah 2 minit berlalu. Seakan tidak mahu berhenti menyala. Ini membuatkan Hayder makin ingin menyimpan rantai permata biru dan merah tersebut.

' Nanti la fikir nak buat apa '

Kaki melangkah keluar menuju ke pintu hadapan sebelum ada mata yang melihatnya di rumah ini. Kantoi la bahawa dia yang mencabut dengan tragis nyawa-nyawa manusia tak berdosa di dalam. Bumbung rumah di panjat dan Hayder hilang di balik gelapnya malam.


























365 days new look.
Do comment , like and follow for more tq!

365 days ( NEWEST EPISODE !!)Where stories live. Discover now