ENDLESS LETTER | 1

8 4 0
                                    

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.



JARI-JEMARI diregangkan sesama sendiri agar tidak berasa lenguh. Sehelai kertas yang tertulis beberapa perenggan dilihat dengan ekoran mata Athea. Siap juga surat yang harus dia letak sebelum balik sekolah.

Alat menulis disimpan ke dalam kotak pensel. Kelihatan ramai rakan sekelasnya berpusu-pusu masuk ke dalam kelas bagi membuat persiapan sebelum kelas bermula terlebih dahulu.

Mujur la Athea awal-awal lagi sudah mengeluarkan semua buku yang harus dia gunakan.

"Maira," sapa satu suara lunak yang cukup Athea kenal.

Nur Athea Umaira.

Nama yang diberikan oleh uminya sangat indah dan sedap disebut. Sayangnya, wajahnya tidak la seindah namanya. Hidupnya juga tidak seindah namanya.

Sedih bukan? Tetapi hakikatnya semua itu benar belaka.

"Kenapa tak nak turun makan tadi?" soal Anna iaitu rakan baik Athea. Nama dah macam dalam cerita Frozen pula. Memang sesuai sangat.

Watak Anna dalam filem Frozen sangat baik hati dan tidak mementingkan diri sendiri. Sama juga dengan Anna iaitu rakan baiknya.

"Uit! Orang tengah bercakap dengan kau, kau mengelamun pula," sindir seorang lagi gadis di sisi Anna.

Lauren Amelyn.

Jangan mudah tertipu dengan wajah cantiknya kerana hakikatnya, Lauren lebih kepada seorang gadis yang agak kasar tetapi masih ada nada kelembutan. Sempurna, cantik. Semua itu ada pada kedua-dua orang rakannya.

Kadang kala Athea merasakan bahawa dia tidak layak mahu berkawan rapat dengan mereka.

"Maira, aku nak pinjam buku tulis kau boleh? Aku lupa siapkan kerja Cikgu Rozita duh."

Athea geleng kepala. Ini la sikap Lauren yang kurang disenangi Athea. Malas nak menyiapkan kerja sekolah.

"Nah, nanti letak atas meja aku. Aku nak pergi tandas."

"Eh, waktu rehat dah habis la."

"Sekejap je la."

Tanpa mempedulikan panggilan daripada Anna dan Lauren, Athea lantas berlari menuju ke arah tangga. Nak pergi ke mana? Nak ke kelas pujaan hati secicaknya itu la!

Sampai sahaja di kelas lelaki itu, Athea memandang sekeliling. Kosong. Tiada orang dan ini la masa yang sesuai untuk dia meletakkan surat ini di bawah meja pujaan hatinya.

ENDLESS LETTER Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang