~Author~
Seorang gadis berjalan tenang memasuki kelasnya. Beg diletakkan di tempat duduknya. Matanya meliar mencari sahabat baiknya yang tidak kelihatan di dalam kelas.
"Manalah si Jung Min ni hilang. Aku punyalah datang awal semata mata nak teman dia makan." Rungut gadis itu perlahan.
"Kau cari siapa Jungra?" Jeon Jungra melihat sekilas siapa yang menegurnya.
"Cari Jung Min. Kau nampak tak—YAH KAU PERGI MANA?!" Hwang Jung Min ketawa kuat. Dia melihat wajah Jungra yang sedang menahan marah itu.
"Perut aku buat hal. Jomlah makan. Lapar dah ni." Jungra mengeluh. Dia memeluk bahu Jung Min.
"Kau gaduh lagi ke dengan eomma kau?" Jung Min menunduk. Kepalanya disandarkan di bahu Jungra. Kaki melangkah keluar kelas menuju ke arah kantin.
"Malas lah aku nak cerita pasal dia. Even appa aku tak pernah compare aku dengan orang lain. Dia just eomma tiri aku saja. Sibuk nak kacau life aku." Jungra tersenyum nipis. Tidak mahu nak bertekak dengan Jung Min tentang hal itu.
Dia tahu yang eomma tiri Jung Min selalu berikan tekanan kepada sahabatnya itu. Dia sendiri pernah dengar yang eomma tiri Jung Min bandingkan gadis itu dengan sepupunya.
"Biarlah kat dia. That bitch is not important actually. Aku belanja kau breakfast!" Jung Min mengangguk laju. Setelah tiba di kantin, mereka terus melangkah ke arah kaunter makanan.
"Ahjusshi Wong. Saya nak roti ni 3, susu coklat satu."
"Uncle! Sandwish tuna ni dua! Susu pisang satu!" Jung Min ketawa kecil mendengar panggilan Jungra kepada pekerja kantin itu.
"Aku tau kau tak boleh move on dengan panggilan uncle aku tu." Terus terlepas ketawa besar Jung Min. Bahu Jungra dia pukul kuat.
"Sapa saja boleh move on dengan alasan disebalik panggilan uncle tu. HAHAHAHAHA!"
"Bukan salah aku. Daddy aku larang kami bertiga sebut perkataan 'ahjusshi' tu dalam rumah. Dah terbiasa aku panggil uncle dari kecil." Jung Min mengangguk perlahan sambil cuba mengawal gelaknya.
"T-tapi kenapa eh?"
"Mummy aku lah punya hal." Jung Min meng'ouh'kan saja. Makanan yang dibeli mereka ambil dan duduk di salah satu meja di kantin itu.
"Nak study balik nanti? Datanglah rumah aku. Aku baru beli buku latihan addmath baru." Jung Min menggeleng laju.
"Tak nak lah aku. Menggigil aku jejak dalam rumah kau." Jungra mencebik.
"Mummy aku tak garanglah."
"Yes! Puan Jeon memang tak garang tapi Tuan Jeon mengerikan!" Menggeletar sedikit tubuh badan Jungmin mengenang semula perjumpaan pertamanya dengan mummy dan daddy Jungra.
Jeon Jungkook hampir saja membunuh Jung Min kerana sangkalkan gadis itu cuba mencuri telefon Jungra walhal dia cuma hendak mengecas saja memandangkan Jungra di dalam toilet.
"Daddy aku tersilap time tu. Dia akan overprotective si—
"Weyh Jungra, tu bukan ke Aureyla?" Terhenti kata kata Jungra jadinya. Dia melihat ke arah yang Jung Min tunjukkan. Matanya mengecil melihat apa yang berlaku.
"Those motherfuckers. Jung Min, jom animal abuse."
🗡🗡🗡
"Oppa! Seul Ra bawakan air untuk oppa!"
"Yah! Susah susah ja lah." Jeon Jungkook tersenyum melihat isterinya yang sedang meletakkan secawan teh hangat di atas meja. Tangan Seul Ra dia tarik sehingga gadis itu terjatuh duduk di atas pehannya.
"Oppa kenapa ni?"
"Apa? Tak boleh nak manja manja? Hari ni seharian sayang tak cuddle dengan oppa. Awal saja bangun." Jeon Jungkook mencebit. Jeon Seul Ra ketawa.
"Dah tua pun gedik nak peluk. Anak oppa yang pertama tu dah 18 tahun tau!" Seul Ra mencubit pipi suaminya.
"Well, tu tak bermaksud oppa tak boleh manja manja dengan sayang lagi. Now shut up and let me enjoy this moment." Seul Ra mengangguk. Bahunya menjadi tempat Jungkook merehatkan kepala manakala wajahnya disembamkan di lehernya. Rambut Jungkook dia main.
Makin lama, dia terasa lain. Terasa seperti lehernya digigit perlahan, Seul Ra berdesis. Pinggangnya mula ditarik membuatkan tubuhnya rapat dengan Jungkook. Segera Seul Ra memegang tangan Jungkook yang sedang memeluk erat pinggangnya.
"Oppa jangan macam macam. Kerja pejabat ada banyak kan?" Jungkook mengangguk. Masih lagi tidak mengangkat kepala dari leher Seul Ra.
"Then?"
"Kerja tu boleh buat nanti. Hal dengan sayang kena diutamakan." Pipi Seul Ra mula memerah. Bahu Jungkook dia tampar berulang kali. Terlepas tawa Jungkook jadinya.
"Buatlah kerja tu. Saya nak pergi masak. Nanti tiga tiga orang tu balik, tak ada lunch." Sekali lagi Jungkook mengangguk. Dia mengangkat kepalanya perlahan. Bibir Seul Ra dicium.
salang-eul sijaghaessdeon geuttae. Jeoldaelo nohji anhgessdadeon yagsog—
Seul Ra menarik bibirnya menjauhi bibir Jungkook membuatkan namja itu merengus tidak suka. Dia melihat isterinya yang sedang mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Ternaik sebelah keningnya melihat wajah Seul Ra yang sedang berkerut itu.
"Wae sayang?"
"Unknown number." Seul Ra memberikan telefonnya pada Jungkook. Memang Jungkook melarangnya mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Kalau ada, dia perlu minta Jungkook atau anggota Bangtan Bomb yang lain untuk jawabnya.
"Annyeong. Ini Puan Jeon ke?" Muka Jungkook mula berubah mendengar suara namja di sebelah talian.
"Puan Jeon ada atas peha aku."
"Tu-Tuan Jeon. Saya minta maaf."
"Kau siapa?"
"Sa-saya pengetua da-dari Youngsan International School. A-anak perempuan Tu-Tu-Tuan Jeon terlibat dengan pergaduhan." Jungkook tersenyum sinis.
"Aku ada dua orang anak perempuan dalam tu. Siapa yang bergaduh?"
"Je-Jeon Jungra."
Continue