Part 3

57 1 0
                                    

Banglo Hani

Mom : Hani, dah bangun ke? Apsal senyap je ni? Hani oit hani bangun, nnti kamu lambat pergi kerja.

Ketukan di pintu mengejutkan hani yang sedang dibuai mimpi. Malam semalam dia pulang lewat ke rumah bukan kerana kerja yang bertambun di office tetapi kerana fikirannya bercelaru memikirkan masalah hubungannya dengan Chanyeol. Malam tadi dia pergi berjumpa dengan luhan.

Hani : Mama, morning!

Mom : Hani, kamu balik lewat ya semalam? Banyak kerja kat office ke? Sabarlah hani mama yakin kamu boleh. Meh breakfast dulu.

Hani : Okay, semalam hani jumpa kawan lah mama. Ada lah hal sikit. Mama, boleh hani tanya sikit?

Mom : Macam serius je bunyinya. Apa halnya hani?

Hani : Mama, klu hani kahwin dalam masa terdekat boleh x?

Mom : Hani, kamu tahukan kamu harapan mama, kamu kena dapatkan syarikat milik keluarga kita tu dulu, klu kamu kahwin sekarang, mama takut kamu xboleh fokus, mama xnak usaha kita selama ni sia2, kamu faham kan, masa dah semakin singkat, lepas semuanya selesai, kamu nak kahwin, kamu kahwin lah, mama xkisah.

Hani : Humm, xpelah mama, hani pergi kerja dulu yup, bye mama

Mom : Okay hani, jangan kecewakan mama.

Hani terus melangkah keluar dari banglo keluarganya. Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat, air matanya tidak berhenti mengalir. Keputusannya sudah nekad. Apa nak jadi2lah. Dia sudah tidak ambil peduli. Hani pasrah.

Taman Mini

Jam di pejabatnya sudah mencecah ke angka 5.00 petang, hani segera meninggalkan officenya menuju ke taman mini. Sesampainya di sana, dia lihat, luhan sudah sampai terlebih dahulu.

Hani : Luhan

Luhan : U okay? U yakin?

Hani : I okay. Ini memang keputusan I. I xada choice lain. I yakin dengan semua ni. U tolong buat betul2 ya. I nak ia nampak real.

Luhan : Okay, untuk u, I sanggup buat apa je.

Hani hanya tersenyum memandangnya. 10 minit selepas itu, chanyeol datang bersama jambangan bunga di tangannya. Cepat2 hani memegang tangan luhan. Dia mahu nampak real. Luhan hanya menurut manakala chanyeol memandang dengan riak terkejut.

Chanyeol : Hani???

Hani : Oh dah sampai pon awk. Saya nak bagitahu awk sesuatu. Sebenarnya, selama ni, saya curang dengan awk. Saya xsetia. Saya cuma permainkan awak. Saya minta maaf. Kenalkan kekasih saya, luhan.

Luhan : Hai, kau chanyeol kan? Oh, aku dengar cerita kau nak kahwin ngan hani, kau dah hilang akal ke apa? Kau dah cermin diri kau dah? Mampu ke kau nak sara hani lepas kau kahwin ngan dia setakat dengan cafe kau tuh je. Oh ya, hani ni high maintenance dia xlayak untuk kau.

Chanyeol : Saya tahu awk tipu saya kan? Awak xmacam ni kan. Awak main2kan sayang. Jangan macam ni sayang, xkelakar okay.

Hani : Nope, saya serius, saya xmain2 dan saya xdek masa nak main2 okay. Untuk pengetahuan awk, sy bakal pemilik syarikat, awk ada apa je. Ntah berapa sen sangat lah harta nenek awk tu. Awak xlayak untuk sy.

Chanyeol : Saya xsangka yang selama ni awk materialistik. Awak gilakan harta. Saya xsangka awak sanggup main kayu tiga hanya sebab harta benda. Awk memang dasar perempuan murahan.

Luhan : Hello sedar diri lah brother, pergilah kau dari sini, orang dah xnak, berambus lah, nak tunggu apa lagi. Xada orang nak hantar kau kat kereta buruk kau tu. Haha, sayang. (Luhan lantas memeluk hani erat)

Chanyeol : Kau diam jantan. Okay, aku pergi. Hani, sy xsangka yang awak macam ni, dah banyak masa saya habis untuk awak. Awak memang perempuan xguna. Saya benci awak sampai mati.

Chanyeol menghempaskan bunga di tangannya. Air matanya sudah laju mengalir. Dia terlalu kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

Hani : Saya xcintakan awk, pergilah, jangan ganggu dan kacau saya lagi. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Terima kasih sebab temankan saya time luhan xada.

Chanyeol : Terima kasih hani untuk segalanya.

Chanyeol terus berlalu dari situ. Hani terus terduduk, air matanya yang ditahan tadi terus mengalir laju. Dia menangis semahu2nya.

Hani : Aku sayang sangat kat kau chanyeol. Aku cintakan kau. Tapi ada benda yang penting yang aku kena buat sekarang, klu aku cakap pon kau xkan faham chanyeol, klu aku xbuat mcm ni, aku tahu kau tetap akan kacau aku. Aku lepaskan kau chanyeol. Aku doakan kau bahagia walaupon hati aku sakit. Terima kasih chanyeol sebab sudi hadir dalam hidup aku, mengisi hati aku selama ni.

Luhan : Hani, jangan lah sedih okay. Ini keputusan yang u buatkan. I harap u tabah okay. I minta maaf sebab peluk u tadi.

Hani : It's okay, xpe luhan. I just need to be alone. Terima kasih sebab tolong I. Boleh u tinggalkan I sorang2?

Luhan : Okay. U jgn buat bukan2 tahu. I pergi dulu.

Hani : Jangan risau I masih waras lagi.

Dalam kereta Chanyeol

Chanyeol memecut laju keretanya. Dia menangis. Dia rasa diperbodohkan. Selama ini dia terlalu percayakan hani, dia tidak sangka hani boleh berubah sebegitu rupa dan baginya lakonan hani hebat sampai dia tidak sedar dia dipermainkan sehinggalah ke hari ini. Patutlah hani menolak mentah2 apabila dia menyatakan hasrat untuk mengahwini hani.

Chanyeol memberhentikan kereta ke suatu tempat yang selalu dia pergi apabila dia dalam masalah. Tanpa berfikir panjang, chanyeol mencapai handphone nya dan menaip laju sesuatu

'Omma, chanyeol dah buat keputusan, chanyeol akan kahwin dengan siapa sahaja pilihan omma. Chanyeol tahu pilihan omma mesti yang terbaik.'

Lantas butang send ditekan. Keputusannya sudah bulat. Tak guna berharap pada yang tidak sudi.

Chanyeol : Aku akan buktikan yang aku boleh hidup tanpa kau hani. Aku lebih kaya dari apa yang kau fikir. Berambus kau dari fikiran aku. Aku doakan kau bahagia dengan kekasih kau tu. Arghhhh Hani. Kenapa air mata ni xreti nak berhenti. Aku benci kau.

Lalu dia rebah di salah satu bangku yang terdapat di situ, chanyeol tertidur kerana dia terlalu letih dengan semua menda yang terjadi terhadap dirinya. Dia kecewa. Kalau sudah tiada jodoh apa boleh buat.

.................................................. END PART 3 ......................................................................

♡ Aku Bukan Untukmu ♥Where stories live. Discover now