Blind Date

13 1 0
                                    

Talay memakai baju kemeja longgar dan seluar jeans hitam biasa. Seperti biasa, tiada breakfast untuknya. Dia hanya duduk di meja makan tetapi dia tidak makan walaupun secebis roti. "Tuan ada surat penting." Bibik di situ memberi satu surat kepada Ayah Talay.

"Tuan Screaigh bagi kita kad jemputan blind date?!" Ayah Talay berdiri kerana terkejut. "Jap, abang. Maksud abang yang Tuan Screaigh yang terkaya kat bangkok ni!" Mak Talay pergi ke sebelah Ayahnya. "Kenapa dia hantar jempuatn blind date tiba-tiba? Anak dia nak kahwin?!" Kakak pertama Talay juga terkejut dengan berita tersebut. "Memanglah anak dia yang kahwin tak kan bapak dia pulak. kamu ni agak-agaklah pun." Ketuk kepala Kakak Talay. "Bila tu pa?" Tanya anak kesayangan mereka, Trong iaitu anak sulung di rumah ni.

"Minggu depan." Jawab ayah Talay. "Anak sulung dia ke anak kedua dia?" Tanya mak Talay. "A...anak kedua dia."Jawab ayah Talay lagi. Semua keluarga Sanguadikun terkejut. "Bukan anak kedua... Perth Screaigh kan?" Tanya kakak pertama Talay sudah menjadi takut.

' Aku sorang je tak kenal siapa Perth Screaigh tu? Kenapa diaorang takut sangat? Apa dia raksasa kejam ke sampai semua nak takut pasal dia. Ehhh? Bibik aku pun kenal dia? Memang jauh ketinggalan aku ni.' Bisik hati Talay sorang-sorang.

" Kak, siapa Perth Screaigh tu?" Talay memberanikan dirinya untuk bertanya. Semua disitu automatik memandang Talay dengan riak terkejut.

"Dik, kau tak kenal Perth Screaigh siapa. Dia tu anak kedua Keluarga Screaigh yang dengar cerita pernah hampir bunuh pak cik dia sendiri sebab pak cik dia letak dadah kat minuman dia semata-mata nak dia kahwin dengan anak perempuan dia. Perth tak pernah suka dengan Pak cik dia. So kau expect dia nak kahwin dengan anak orang dia benci. Memang tak lah. " Terang kakak slulung Talay dengan lebarnya.

"And esoknya dia bongkarkan semua rahsia gelap Pak cik dia sampailah pak cik muflis habis. Sekarang ni keluarga pak cik jadi pengemis habis. Dia tu dah macam mafia pun ada." Sambung mak dia.

Talay yang mendengar sahaja sudah takut. "Jap. Tadi kau baru tanya kitaorang ke?" Trong perasaan sesuatu. Talay menjadi takut apabila abang dia perasaan yang dia menanyakan sesuatu. "Tak pe, bang long. Ni hal penting. Biar je dia nak tanya apapun." Kakak Talay mempertahankan dirinya untuk kali pertama.

"Okaylah. Hari ni kita pergi baju sesuai untuk maljis tu nanti. Lay. Kamu ikut sekali. Tolong bawak barang. Hari ni Assisantant papa tak dapat datang kerja. Isteri dia bersalin lagi." Ayah Talay meninggalkan meja dengan penuh gaya.

Talay haya mengangguk tanda faham.

"Tuan, makan ni sikit. Nanti nak angkat barang tu bukan ringan. Kang tak pasal-pasal pingsan tengah-tengah jalan. Siapa yang susah? Kamu juga kan." Bibik Talay memberikan dia sedikit bubur yang disimpan untuk dirinya. "Thank you, ma." Sejujurnya dia sanggup lagi panggil bibik dia dengan panggilan 'Ma' daripada ibunya sendiri. Bibiknya pun dah terbiasa dengan panggilan itu. Dia sudah banyak kali cakap jangan panggil dia dengan panggilan 'Ma' tapi nak buatkan macam mana Talay ni degil sikit so akhirnya dia biarkan saja.

Di Shopping Mall....

Tak sampai 30 minit, tangan Talay sudah di penuhi dengan beg dari pelbagai kedai."Ada nak pergi mana-mana lagi?" Tanya Ayah Talay. "Ada ,pa. Orang nak pergi kedai Dress yang terkenal tu pulak. Diaoarang kata baju-baju kat situ lawa-lawa." Ajuk Kakak Talay dengan gembira. Ayah Talay hanya mengangguk.

'Diaorang tak penat ke? Pa, kaki kau tu dah tua buatlah cara dah tua. Takyah nak tunjuk gagah sangat depan anak perempuan kau tu. Nati kaki kau aku juga yang urut, bukan dia. Aduh lenguhlah pulak tangan ni. Better korang shoppping satu kedai je.' Rungut Talay.

"Bang dah cukup dah tu. Kalau kamu nak pergi jugak kedai tu pergi sendiri. Bawak lah adik kamu ni jadi Assisantant jap untuk kamu. Papa dah penat." Mak Talay sudah memegang pinggang dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

🔞 MY DESTINY IS YOU 🔞 (Perth x Talay)Where stories live. Discover now