Siapa je yang akan percaya kalau aku cakap aku pernah bercinta dengan hantu yang cantik? Tiada siapa pun yang akan percaya kata-kata aku. Aku dari kecil lagi dah boleh nampak hantu.Dan dalam banyak-banyak hantu yang aku nampak, hanya satu yang ada rupa manusia dan ikhlas bermain dengan aku dari kecil. Aku membesar dengan dia sehingga berumur 17 tahun. Sepanjang hayat aku hidup aku tak pernah berkawan dengan manusia sebab aku lebih tertarik nak berkawan dengan hantu.
Aku bercinta dengan hantu tu sebab dia baik sangat! Aku tahu aku seorang lelaki yang pelik. Banyak perempuan datang nak try aku, tetapi tak ada satu pun aku terima dia. Dan hanya seorang yang tak pernah putus asa untuk dapatkan aku.
Zania, satu-satunya gadis yang berusaha tanpa berputus asa. Aku tersuka dia. Tapi sikit jelah. Sebab sikap dia yang comel dan prihatin tu membuatkan aku tertarik sedikit demi sedikit pada dia.
Aku pernah berkata dekat dia. Kalau dia nak aku suka dia, dia kena berubah menjadi hantu. Dia ketawakan aku, apa yang kelakar? Tapi tak sangka. Dia lakukan semua tu untuk aku. Dia naik ke tingkat atas dan membunuh diri. Dia bodoh ke apa? Semata-mata nak aku terima dia?
Dan semua tu sia-sia, sejak dia bunuh dirinya. Rohnya langsung tak kelihatan. Sedih tu ada...kesal pun ada. Esoknya ibu aku bawa ke hospital untuk membuat rawatan. Rupanya aku menghidap schizophrenia . Membunuh tanpa sedar. Bukan Zania yang membunuh diri, tetapi aku yang menolaknya. Disebabkan aku suka dia tetapi aku mahu dia menjadi makhluk lain kerana aku tak suka pada manusia.
Tamat