4 - Reality of Wendy

10 0 0
                                    


Jantung berdegup pantas. Dada terasa sesak. Air mata tidak berhenti membasahi pipi.

Keadaan aku sekarang betul-betul menyedihkan. Cukuplah dengan dada yang pedih dan kepala yang betul-betul pening.

"Eksperimen A-7 akan dimulakan sekarang."

Lengan baju aku ditarik hingga paras bahu. Tangan dan kaki mula menggapai kesakitan apabila jarum suntikan membenam masuk ke dalam kulit lengan.

"AHHH!!"

Tangan dan kaki digari secepat mungkin apabila badan aku mula bertindak secara agresif. Kaki dan tangan aku mula terasa lemah selepas beberapa minit cecair yang disuntik merebak seluruh badan. Kepala aku mula pedih seolah-olah sesuatu cecair keluar dari kepala.

Aku langsung tak boleh bernafas seolah-olah paru-paru tidak berfungsi.

"Darah keluar dari kepala dia. Buang formula ni sekarang. Langsung tak berfungsi." Darah?
"Kita boleh jual untuk 'orang tu'. Kau tahukan dia suka benda macam ni?"
"Ok."

Formula yang mereka maksudkan tu ialah cecair yang disuntik dalam badan aku?

Apa yang terjadi sekarang, Wendy?

Tiba-tiba mata aku tertancap pada bahu. Kelihatan cecair merah membasahi baju bahagian bahu.

"Darah..."

"Sejam lagi kita sambung. Aku nak buat formula baru. Biar dia berehat. Jom keluar."
"Jap. Aku nak buka gari dia"

Bunyi besi bergema. Telinga aku mula berdengung secara tiba-tiba membuatkan kepala aku terasa hendak pecah. Tangan aku segera menarik baju jururawat yang berdekatan katil.

"Ada apa-apa ke, Wendy? Awak ada rasa apa-apa?"

Kepala aku mengangguk perlahan.

"Ke...uh...pala ra....sa...uh...nak...pe...uh..cah.."

Tiba-tiba perempuan itu ketawa kecil.

"Tahan ye. Hari ni hari terakhir awak akan berkurung dalam ni. Rugilah duit tuan kalau kami hentikan eksperimen ni kan? Tidur dulu. Eksperimen akan bermula lagi."

What the hell is going on, Wendy?
Kau bahan eksperimen untuk siapa?
Kenapa kau, perempuan yang belasan tahun jadi mangsa benda gila ni?

[H] MILADY | MARK LEEWhere stories live. Discover now