hm 01

28 4 1
                                        

Kepala Seungra terteleng ke kiri apabila mendapat tamparan keras dari ayahnya. Matanya sudah berkaca kaca menahan getaran dan juga isakan yang mahu dihamburkan. Mulut tidak berupaya untuk berkata-kata seakan bisu seketika.

"Baik kau jujur dengan aku. Kau memang curi kertas jawapan peperiksaan kan!" Bentak ayahnya lagi. Suara dari dalam bilik pengetua itu mampu dengar sehingga luar. Banyak cikgu yang memperhatikan mereka dari tingkap bilik pengetua.

Seungra menggeleng laju sambil mengetap bibir kuat. Matanya beralih menatap Chaeyeon dan Yeji yang mengaku saksi melihat dia yang mencuri kertas jawapan peperiksaan.

"Saksi dah ada. Lebih baik awak mengaku saja Seungra. Dengan itu hukuman akan dipertimbangkan." Kata pengetua.

Dia mungkin bodoh tapi mencuri?

Sekolah ini tiada cctv ke sampai percaya bulat bulat dengan kata-kata bohongan dari Chaeyeon dan Yeji?

Mahu sahaja dia menanyakan pertanyaan itu tapi nihil tiada sepatah perkataan yang mampu keluar dari dua belah bibirnya itu.
Lebih baik berdiam diri dulu buat sementara ini.

Dia memang pandai dalam berdebat kerana itu merupakan satu bakat terpendamnya tapi mungkin bukan sekarang. Sebab ia tahu, mengeluarkan suara sama sahaja dengan mencari nahas.

Perangai buruk Chaeyeon dan Yeji dalam menipu serta memanipulasikan sesuatu benda hanya dia sahaja yang tahu.

Suatu hari, dimana tempat Seungra selalu merehatkan diri iaitu di belakang sekolah semasa waktu rehat, dia terdengar suara Chaeyeon dan yeji sedang membincangkan sesuatu di tingkat dua. Suara mereka boleh terdengar sehingga ke bawah iaitu di belakang sekolah.

Perkara Yerin seorang atlet sekolah mengalami kecederaan semasa menaiki kereta menuju ke airport selaku wakil negeri. Kereta yang dinaiki terbalik masuk ke dalam gaung akibat brek tidak makan serta stereng kereta yang tidak boleh dikawal. Itu semua angkara Chaeyeon dan Yeji.

Yeji cemburu kerana tidak terpilih untuk menjadi wakil negeri. Walhal dia sebenarnya  memang tiada bakat dalam sukan.

"Seungra mungkin tak pandai, Tapi Seungra tak hamaklah dengan mencuri. Mama tak pernah ajar Seungra buat benda itu!"

Plak!!!

Satu tamparan lagi berjaya mendarat di mukanya. Seungra hanya menayangkan riak wajah datar. Dia betul-betuk dah muka dengan semua permainan ini.

"Eh mengaku jelah! Pembohong. Kami berdua nampak dengan mata kepala kami sendiri pengetua." Tambah Chaeyeon mahu memanaskan lagi keadaan dengan kata yang dimanipulasinya itu.

Tok tok tok

Mata semua yang berada dalam bilik pengetua itu memandang ke arah pintu yang dibuka dari luar. Pengetua bangun dari tempat duduknya apabila melihat gerangan pengusaha yang banyak memberikan saham pada sekolah ini menapak masuk dalam biliknya secara tiba-tiba. Ditambah lagi dengan aura mencengkam yang menebar ke seluruh ruangan disebabkan tuduhan pada Seungra itu.

"O-oh Encik Park. Ada apa datang kemari?" Soal pengetua.

Encik Park melihat setiap sudut ruangan. Niatnya datang untuk membincang mengenai perkara renovasi yang mahu dilancarkan pada sekolah ini. Tidak tahu pula keadaan tak mengizinkan kali ini.

"Ah tiada apa. Mungkin saya salah masa. Maafkan saya. Tapi boleh saya tahu apa yang terjadi di sini?"

Pengetua terlihat ragu-ragu untuk mengatakannya takut ianya boleh mempengaruhi nama sekolah dan saham bagi sekolah ini akan ditarik. Dihadapannya ini merupakan Ceo Park Corp. Bukan calang calang orang.

"Perempuan ini curi kertas jawapan peperiksaan. Sebab itu lah markah bukan main cemerlang. Dah lah meniru, pembohong pula itu!"

Ayah Seungra hanya mengetap bibir mendengar ungkapan Yeji. Malu dia terhadap anak perempuannya. Mana dia nak letak muka dapat anak sial macam ini. Menyusahkan.

"Ada bukti?" Pinta Encik Park.

Pengetua geleng kepala sebelum menunjuk Yeji dan Chaeyeon. "Tapi kami ada saksi."

Kening Sunghoon terangkat. Bibirnya mengukir senyuman sinis mendengar penjelasan yang diberikan pengetua itu. Saksi? Seriously? Saham selama ini yang diberikan buat beli kerusi meja kayu sahaja ke?

Matanya beralih menatap gadis yang bernama Seungra itu. Mukanya terdapat bekas air mata yang ketara.

"Apa guna saya sumbangkan dana untuk sekolah ini, kalau cctv pun tak mampu nak beli?"

Deg

Yeji dan Chaeyeon menelan liur perit. Mereka berdua berpandangan seketika tidak sedar akan Seungra yang mula senyum tipis.

"Jangan kata bilik peperiksaan ada cctv?! Bodoh macam mana Chaeyeon tak perasan pasal benda ini?!"

Tbc

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 07, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Husband Material || PSHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang