Bab-2

139 11 2
                                    

TUXEDO hitam yang disangkut di atas kerusi ditarik kemudian diletakkan ke atas bahunya. Baju kengan kemeja di pergelangan tangannya dikancing kemas. Jam ditilik sekilas.

        "Tuan Noah, kita ada sepuluh minit lagi sebelum meeting seterusnya. Do you want a coffee?"

Kepalanya berpaling ke arah empunya suara kemudian menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu.

         "Oh ya, Tuan. Dua hari lepas kita ada ambil bodyguard baru untuk ganti Encik Dean yang sedang terlantar di hospital. Bodyguard baru Tuan akan hadir petang nanti untuk lapor diri. Tuan ada apa-apa soalan lain?" soalnya lagi.

Noah sekali lagi menggeleng kepalanya perlahan.

         "No, I dont. And thankyou for the information, Zender."

Zender mengangguk. Kertas dokumen ditangannya dibetulkan dengan rapi.

         "Anyway, Noah. Your bodyguard this time will be a girl. So be careful." Zender tersenyum nipis. Cermin mata yang dipakainya diangkat sedikit.

         "I know. Bila Dean boleh mula kerja dia semula?" Noah mengeluh perlahan. Fakta bahawa dia tahu 'bodyguard' barunya seorang wanita membuatkan maruahnya sedikit tercalar.

         "Dean minta cuti untuk satu bulan. Kejadian minggu lepas betul-betul buat tulang sendi Dean patah." Zender ketawa kecil.

        "Fine. You can go and prepare for the next meeting." Sekali lagi Noah mengeluh. Peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas masih segar di dalam ingatannya.

Zender keluar dari pejabatnya meninggalkan Noah sendirian.


Kerana kecuaiannya hampir meragut nyawa Dean. Dean merupakan pengawal peribadinya sekaligus rakan baiknya. Zender pula orang kanan Noah yang bekerja di syarikatnya dan orang yang paling rapat dan mengenali Noah.

Dan sekarang dia kerap mendapat ugutan untuk membunuhnya. Salah satunya telah berlaku kepada Dean yang ingin menyelamatkan Noah apabila seseorang tiba-tiba menyerangnya.

         "Apa lagi yang kau inginkan dari aku. Manusia macam kau memang tidak akan pernah puas kan." Noah berbisik dengan keras.

Lagi menyakitkan hatinya apabila orang yang ingin membunuhnya merupakan orang yang sangat dia kenal.


Fail yang mengandungi helaian kertas di atas mejanya ditarik dengan kasar.

Gambar passport kecil yang tertampal direnung tajam.

         "Nurul Izara Haura. 25 tahun. Status,  bujang."

Butiran peribadi yang tertera dibaca dengan perlahan.

          "What a mess."

Fail tersebut dilempar semula ke atas meja. Dia meraup wajahnya keatas kemudian menghela nafasnya dengan perlahan.


AKU memerhati kereta Honda Civic milik Izaan yang berlalu pergi meninggalkanku. Hari ini cukup malang apabila kereta milik aku tiba-tiba buat masalah.

Terpaksa lah minta tolong Izaan untuk hantar aku ke tempat kerja baru untuk kali ini.

Setelah itu, aku berpaling ke arah belakang dimana bangunan besar dan tinggi yang gah berada.

       "Rasanya betul dah alamat ni," gumamku sendiri.

Selepas mendapatkan misi tersebut, aku mempunyai masa satu hari sahaja untuk menghafal segala maklumat yang disediakan oleh H.E.

TUAN NOAHWhere stories live. Discover now