Bab 13

48 11 0
                                    

Kotak air itu dibuang selepas habis diminum. Humaira kemaskan rambut ala lelakinya. Hariz pula di sebelah hanya lihat saja Humaira.

Humaira ni walaupun style dia macam lelaki tapi tetap cantik dan comel.

Sekarang mereka berdua tengah berjalan kaki di kawasan taman rekreasi. Ditemani angin yang sempoi menyapa mereka.

"So sebab apa kau mintak cuti hujung minggu ni?" Soal Hariz setelah lama mereka berdiam diri.

"Aku dah nak berkahwin hujung minggu ni." beritahu Humaira selamba. Menggaru hidungnya yang gatal.

Hariz pula sudah terkelu seribu bahasa. Humaira terus menoleh ke arah Hariz bila dia perasan Hariz tak respon.

Ini nak bagi cuti ke tak sebenarnya?

Matanya tertancap ke arah meja bulat itu. Sedari dari tadi lagi dia nak duduk. Humaira terus pergi ke meja itu dengan Hariz membuntutinya.

"Betul ke?" Soal Hariz inginkan kepastian. Dia pun sudah duduk di kerusi meja bulat itu.

"Ish betullah takkan aku nak tipu pulak. Kau bagi ke tak cuti ni?"

Hariz angguk saja. Wajah Humaira yang tengah syok menikmati angin itu dipandang sayu. Hariz senyum kelat.

"Aku pun nak cakap dengan kau sesuatu boleh, actually benda ni dah lama aku pendam." sayu nada Hariz.

"Wah macam something aje! Apahal?" Bersinar mata Humaira. Jelas nampak muka Hariz serius waktu itu membuatkan Humaira menelan air liur.

Jarang-jarang Hariz nak buat muka ketat macam ni.

Hariz gelak kecil. Cuba membuat muka biasa. Dah tiba masanya untuk dia luah.

Bersama atau tak itu belakang cerita yang penting dia nak luah perasaan yang bersarang dalam hati.

Sekurang-kurangnya Humaira dapat tahu pun tak apa.

Itu pun dah buat Hariz lega.

BAHAGIA SELAMANYAWhere stories live. Discover now