S2 CHAPTER 21

756 88 4
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Sekitar pukul 5 petang, Ace dan Zenmaru mula membersihkan kawasan balai.

Ace menggaru kepala yang tidak gatal kerana tiada satupun yang perlu dibersihkan nya di balai itu. Semua tempat sudah bersih sejak awal.

Mereka berdua pun duduk di padang.

"Herm, hukuman apa nya macam ni." Ujar Ace.

"Kira beruntung lah hunters kat balai ni tak pengotor." Balas Zenmaru.

"Eleh padahal tadi kata lagi baik masuk dalam penjara." Kata Ace.

"Itu tadi." Balas Zenmaru.

"Takde pendirian langsung." Ejek Ace.

Zenmaru hanya melirik sinis, dia malas untuk berdebat kali ini.

"Habis tu malam ni kau nak tidur mana?" Tanya Zenmaru.

"Entah. Kau?"

"Aku kat siring jalan pun boleh tidur." Jawab Zenmaru.

"Kenapa tak tengah jalan ne?" Ejek Ace.

"Kau lah try dulu." Balas Zenmaru.

"Takk nakk." Balas Ace.

Zenmaru berdiri dan pergi dari sana, Ace pula hanya duduk memandang langit.

Tiba tiba 4 hunters wanita datang ke padang itu, sepertinya mereka mahu berlatih. Mereka terkejut apabila melihat Ace dan terus menunduk hormat. Ace hanya memandang dengan wajah kosong.

"Aku rasa dorang lagi tua dari aku tapi kenapa dorang yang tundukkan diri?" Fikir Ace sendiri.

Hunters itu mendekati Ace.

"Kiyomizu Ace? Kenapa duduk kat sini?" Tanya salah seorang nya.

"Panggil Ace je." Balas Ace.

"Erh? Boleh ke?" Tanya nya lagi.

Ace mengangguk.

"Ermm, kalau macam tu kami panggil Ace ye." Katanya lagi.

Ace mengangguk lagi.

"Boleh tahu nama korang?" Tanya Ace tanpa segan.

"Oh boleh je. Saya Miura Rikka."

"Saya Nakano Hinata."

"Saya Saito Takanashi."

"Saya Kaneko Mitsumi"

Mereka memperkenalkam diri masing masing.

"Semua bangsawan?" Tanya Ace.

"Iya tapi kitaorang keturunan penerus je, bukan keturunan Murni." Balas Rikka.

Ace hanya terangguk angguk.

"Nak latihan ke?" Tanya Ace lagi.

"Ermm iya." Balas Rikka.

"Korang lain lain divisi?" Tanya Ace lagi.

"Kitaorang dari divisi yang sama, divisi 6." Balas Mitsumi.

"Divisi 6? Divisi yang cuma rekrut hunters wanita?" Fikir Ace .

"Ohh, tapi kenapa latihan berempat je?" Tanya nya pula.

"Ermm.." wajah Rikka jelas sedang bingung.

"Ada apa apa yang jadi?" Tanya Ace.

"Ace nak dengar ke cerita kitaorang?" Tanya Hinata.

"Cerita lah, Ace nak dengar." Balasnya.

Hinata dan yang lain berpandangan antara satu sama lain. Kemudian Hinata membuka suara.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now