lapan

435 32 20
                                    


Dia berlari tanpa bersepatu, kakinya lincah memijak pepasir yang bersulam dengan kerikil. Bila kakinya berasa melecet, dia berhenti berlari dan melilau ke arah rerumput yang menghijau.

Dia terduduk melutut, menompang dua tapak tangan pada pasir yang memutih. Kemudian, dia mengambil secekak pasir dan melempar ke hadapan. Sesuatu yang ajaib sedang berlaku, pasir yang jatuh bertaburan umpama bijih benih yang tumbuh menjadi pokok-pokok hijau dan berbunga pelbagai warna.

Dia terleka seketika kerana mengamati keindahan suasana. Dia melangkah menyusuri pepohon renek yang berbunga cantik dengan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.

Tidak semena-mena dia tercengang. Kakinya terpasak pada bumi. Sepuluh meter dihadapan muncul seekor reptilia hitam dan berkilat. Seekor ular hitam yang bersaiz besar lebih sebesar batang pokok kelapa dan panjangnya tidak dapat dilihat oleh mata. Ular hitam itu mendengus sebelum menerpa untuk mengejar dirinya.
.
.

"Amel.... Bangun, kita balik ye," Amelia mencelik mata. Terkebil-kebil dia melihat ke sekeliling.

Amelia diam, otaknya sedang memproses maklumat pada perkara realiti. Digelengkan kepala sebelum jari menyentuh dahi.

"Sorry, aku tertidur. Sekarang jam berapa?"

"Pukul 11.30, jom aku hantar kau balik. Nanti kau boleh sambung tidur dekat rumah pula," Nazif menyandang beg ke bahu sambil memegang tupperware yang telah dibasuh.

Amelia memicingkan mata, ingatannya kembali pada mimpi yang muncul sebentar tadi. Dia meraup wajah selepas menolak tubuh supaya bangkit berdiri.

"Aku ngantuk," Amelia tersenguk dan menguap.

Lalu Nazif memimpin tangan kanan Amelia, sangkanya gadis itu masih mamai.

***

"Malam tadi, Amel balik pukul berapa?" soal Syafira sambil menyusun pinggan di atas meja.

"Dua belas... Mama masak apa ni? Nak Amel tolong?"

Syafira geleng kepala semasa berjalan kembali ke dapur, "Nazif hantar?"

"Ya ma," Amelia yang duduk di kerusi mula menceduk mi goreng untuk diletakkan di pinggan.

"Ajaklah Nazif datang rumah. Nanti mama masakkan daging dendeng. Haa, satu lagi Nazif suka makan masak lemak putih sayur bayam. Amel kenalah belajar masak untuk Nazif," tutur Syafira setelah melabuh duduk bertentangan dengan Amelia.

"Kenapa Amel yang kena masak? Kalau dia teringin nak makan. Biarlah bakal bini dia yang masak," pangkas Amel sebelum sesudu mi masuk ke dalam mulutnya.

Dahi Syafira berkerut, cuba menghadam bicara daripada anak sulungnya.

"Amel dengan Nazif ni macam mana sebenarnya?"

"Macam mana apa, mama?"

"Hubungan korang berdua..." Syafira menjeling pada Amelia.

"Kawan... Kawan biasa jerr," balas Amelia sebelum meneguk Milo panas.

Syafira mengeluh perlahan. Bukan dia tak kenal perangai Amelia. Sejak dahulu lagi, apabila ditanya tentang hubungannya dengan lelaki, pasti jawapan yang muncul dari mulutnya - hanya kawan biasa.

"Kawan biasa? Mama tengok dah macam belangkas. Tak payah nak tipu mama. Siang malam berkepit sampai tak ingat dunia," Syafira sengaja menjuih bibir. Mengejek Amelia.

"Mama niii, mana ada!" Amelia menolak tubuh untuk bangkit. Perutnya sudah kenyang.

"Bye mama, Amel nak pergi kerja. By the way, esok Amel pergi Cherating tiga hari, sabtu Amel balik," Dia menghadiahkan kucupan pada pipi Syafira.

Cinta AutaWhere stories live. Discover now