Menggaru-garu kepala Haiz dibuatnya tatkala mesej yang diterima daripada orang yang agak asing baginya membuatkan dia pening kepala untuk memikirkannya. Tetapi apakah daya, jika dia tidak menjawab secepat mungkin, kemungkinan besar dia akan mati disitu.
Soalan yang diterima itu berbunyi begini.
Ting ! Ting !
Anda telah menerima mesej baharu !
cutiepie_.27 telah menghantar mesej baharu kepada anda !
[ sekarang telah masuk waktu subuh bagi daerah negeri anda , sila keluar dari rumah menuju ke masjid berdekatan ]pilih antara 'percaya ataupun tidak'
''Haduh... pelik naw.. kalau nak tipu tu agak-agaklah sikit. Kan sekarang ni dah Asar...'' rungut Haiz lalu terus menaip 'tidak' selepas puas mencari jawapan yang sudah pun berbelit didalam minda.
Di dalam hati, Haiz menarik nafas berat. Semoga jawapan yang diberinya itu betul dan boleh menyelamatkan nyawanya.
-
Beberapa kali Ika mengucap panjang dan menggosok kedua matanya sebaik mendapat mesej daripada insan yang dikatakan pemilik kepada permainan yang baru saja disertainya itu. Bukan apa, tetapi dia sudah berdebar-debar mahu memberikan jawapan. Kalau salah pastu tersingkir, takpelah jugak. Ni melibatkan nyawa, bahaya tau-
''Bismillahirahmanirahim...'' ucapnya lalu menaip perkataan 'ya' sebagai jawapan sebelum cepat-cepat dibackspace semula perkataan tersebut.
Haih, susah ni. Otak kiri kata suruh jawab 'ya', otak kanan pulak berdegil nak suruh jawab 'tidak' jadi mana satu yang betul sebenarnya?!
Mahu tak mahu, suka atau tidak, dia terpaksa menjawab walaupun tidak rela. Kalau tak jawab pun Innalillahlah jawabnya.
Dengan lafas basmallah, dia dengan perasaan yang mula bercampur bauk menaip perkataan 'tidak' sebagai jawapan kepada persoalanan yang diberi.
''Tolonglah... tolonglah betul....''
-
''Masha Allah... dah ada soalan ke?!'' Nuura yang baru saja masuk ke bilik lantas mencapai telefonnya sebelum matanya menganalis soalan yang diberi dari atas sehingga ke bawah.
Reaksinya sama seperti yang lain, gemuruh dan menggigil acap kali terjadi kepada dirinya. Aduh... susah ni... kalau aku salah, ajal akan menjemput aku! Macam mana ni?
''Jawapan dia... tidak ke percaya ek? Kalau jawab tidak, entah-entah jawapannya percaya? Ke... tidak sebenarnya?'' soal Nuura bertalu-talu sambil membuat gaya berfikir.
Selepas puas mencari jawapan, akalnya mula ligat berfikir. Eh, mungkin aku boleh main agak-agak je? Dengan tarikan nafas yang agak berdebar, dia mula mengira jari-jemarinya.
''Percaya... tidak... percaya.... tidak... percaya.... tidak...''
''...percaya.... tidak.... percaya... TIDAK!''
Lantas dia mengambil semula telefonnya lalu ditaip perkataan 'tidak' sebagai jawapan.
''Heh, senang je ni.'' Nuura mula tersenyum bangga.
-
YOU ARE READING
Trust or Not ?? [ game version ] ✓
Action» tap to play the game : please dont copy or claim my work ! 'complete !'