BAB 32

5.7K 330 15
                                    

Dany mengusap rambut isterinya sambil tersenyum. Alfa yang melihat tu mengecilkan mata nya ni mesti ada apa apa ni.

"Kenapa senyum macam tu?"soal Alfa. Dany mengemam bibir nya.

"Erm sayangggg"panggil nya meleret. Alfa menjongket keningnya.

"Kenapa? straight to the point abang."Dijulingkan mata nya ke atas. Dany tersengih alahai tak menyabor betul.

"Malam ni malam jumaat kan?"menegak terus badan alfa. Ditoleh ke arah Dany yang sudah tersenyum nakal.

"Aaaa eh tak harini malam ahad. Kenapa ye?"Dany tergelak sehingga terbaring di katil.

"Sayang jangan nak tipu abang eh! Malam ni malam jumaat and you Can't run away from me!"Dany mula menyeringai dan bangun.

"Eh tetiba tekak kering pula"berdesup Alfa lari keluar dari bilik tersebut. Dany tergelak dan bingkas bangun mengejar Alfa.

"Pandai ek nak lari dari abang?"Alfa mengeleng.

"Bukan nak lari. Memang haus dari pagi tadi settle masalah syarikat sampai tak sempat minum ehehe"Alfa tersengih apabila Dany merenung nya tajam. Dany memeluk Alfa dari belakang.

"Kalau busy pun, kesihatan kena jaga sayang."diletakkan dagunya di atas bahu Alfa.

"Iya sorry janji tak buat lagi"Dany mencium pipi Alfa. Dan mendukung Alfa secara bridal style.

"Abang takkan lepaskan sayang harini!" Alfa merangkul leher suaminya mahu jatuh nanti tak pasal pasal patah pinggang nya.

"Iyerlah btw esok nak jumpa Kevin boleh?"dilentokkan kepalanya di dada suaminya.

"Boleh, tapi pergi dengan abang"Diletakkan Alfa perlahan lahan di katil.

Lalu mereka pun......
_______________________________________

Pintu wad itu ditolak perlahan. Mereka berdua menghampiri Kevin yang terlantar di atas katil.

"Assalamualaikum Kevin"jejaka itu membuka matanya dan terpapar lah wajah yang menjadi kegilaan nya dahulu sehingga sekarang tapi dia perlu sedar dimana posisinya.

"Wa.. walaikumsalam"jawabnya dengan suara agak serak.

"Kau macam mana? Dah okeyh?"Alfa duduk dikerusi manakala Dany duduk disofa yang berada berdekatan dengan tingkap. Biarlah isteri nya berbual dengan Kevin dia taknak lah cemburu buta dekat sini.

"Alhamdulillah dah makin baik"Kevin tersenyum nipis. Dia bersyukur Alfa tidak membencinya.

"Aku ada bawa kau makanan ni. Aku tahu kau bukan suka makanan dekat hospital kan?"jejaka tu tergelak kecil.

"Kau masih ingat eh yang aku tak suka makanan hospital"Alfa mengangkat bahu.

"Jangan bodoh sangat eh kau sakit aku yang jaga tapi perempuan lain pulak kau pilih"dijeling ke arah Kevin yang sudah cemberut.

"Jangan lah dikenang. Kau macam mana dengan suami kau? Bahagia?"Alfa mengangguk.

"Alhamdulillah walaupun banyak ujian yang datang. Tak ada lagi lah mahu bercerai"Kevin turut tersenyum.

"Nanti jangan lupa bagi anak buah"tersedak Dany yang berada di sofa.

"Ehem tak da apa cuma pedih kerongkong ja"Dany menunduk melihat telefonnya semula bukan chat siapa pun cuma scroll tiktok.

Alfa mengeleng kecil.

"In Shaa Allah kalau ada rezeki. Nah makan dulu atau kau nak aku suruh nurse dekat sini suap kau?"Kevin menjeling nya tajam.

"Tangan aku masih okeyh lah hanat. Tapi lawa jugak eh nurse dekat sini. Kalau aku try dapat tak eh?"Alfa tergelak.

"Muka cekodok macam kau ni bukan setakat nurse, Beruk dekat atas pokok  tu pun tak nak dekat kau"Memuncung bibir jejaka tu. Kevin menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya dengan geram.

"Tak payah nak merajuk. Ingat aku rajin nak pujuk baby tua bangka macam kau ni?"Gurau Alfa.

"Kau ni mulut boleh tahan celaka eh. Aku SmackDown kau japgi patah tulang kau"Seketika mata Kevin bertembung dengan sepasang mata Dany yang tajam melihat nya.

"Ampun bang,gurau ja"dia tersengih ke arah Dany.

"YOW ASSALAMUALAIKUM!"terjah Khaira. Tersedak Kevin dibuatnya.

Alfa menyerahkan air kepada jejaka tersebut.

"Walaikumsalam. Kau ni Khai tak boleh kuat lagi ke suara tu biar satu hospital ni dengar suara sumbang kau tu?"gadis tu tersengih.

"Kevin? Macam mana? Semakin baik?"soal Aisyah. Kevin menganguk.

"Alhamdulillah."dia tersenyum.

"PAGI PAGI MINUM KETUM! ASSALAMUALAIKUM!"terjah Asyraf dan Faeq pula.

"Patut kau pening semacam ja baru minum ketum rupanya"bidas Dany selamba sambil tersenyum sinis.

"Eh pakcik tua. Itu pantun. P.A.N.T.U.N,  PANTUN!"Asyraf mengeja satu persatu dan bercekak pinggang.

Kevin tergelak terbahak bahak. Siapa sangka haritu bergaduh harini sudah seperti keluarga.

"Mana lah tahu pantun kau bagi tu macam menunjukkan perbuatan kau pagi tadi kan?"Asyraf mengusap dadanya menahan sabar.

"Oh ya Kevin. Kenalkan ni Khaira, Aisyah dan dua laki ni Faeq dan Asyraf" dua jejaka tu berjabat tangan dengan Kevin.

"Best ke bro tikam perut sendiri?"sindir Faeq. Kevin menjeling manakala yang lain tergelak.

Mereka berbual dengan gembira kadang kadang tu Kevin lah yang menjadi mangsa buli mereka sehingga masam wajah jejaka tu.

4. MISS MAFIA vs MR. PSIKO  [C]Where stories live. Discover now