"Ibu,kami ingin datang rumah Ibu hari ini,boleh?"tanya Ibu kepada Nenek apabila mereka berbual dalam talian.
Saya sekeluarga biasanya akan menziarahi Nenek dan Datuk yang tinggal berjauhan daripada kami di Sembawang setiap hari Jumaat.Setelah bapa saya pulang daripada solat Jumaat pada hari itu, kami telah merancang untuk ke sana.Nenek dan Datuk sudah bergembira mendengar perihal itu kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan kami.Mereka telah menyediakan lauk-pauk yang enak untuk menyambut kedatangan kami sebentar lagi.Malangnya,apabila kami semua sedang sibuk bersiap-siap untuk ke rumah Nenek...
"Kringgg!! Ching!!"telefon ibu bapa saya berdering.
Sebaik sahaja mereka berdua menjawab panggilan tersebut,mata mereka terbeliak seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh orang yang sedang berbicara dalam talian itu.Rupa-rupanya,Ibu mendapat panggilan daripada pihak sekolah adik-adik saya,manakala bapa pula,mendapat panggilan daripada Kementerian Kesihatan.Kedua-dua panggilan tersebut menyampaikan perkara yang sama.Malang tak berbau.Pihak sekolah dan Kementerian Kesihatan telah menelefon mereka untuk menyampaikan berita buruk bahawa kami telah diletakkan di bawah perintah kuarantin.Ini telah disebabkan oleh seorang murid yang telah disahkan positif COVID-19 yang menaiki bas sekolah yang sama dengan adik-adik saya.Mendengar khabar itu,saya dan adik-adik saya berasa terkejut kerana kami tidak pernah melalui kuarantin dan ini merupakan kali pertama kami akan laluinya.
Pada masa yang sama,kami berasa hiba kerana tidak dapat menziarahi Nenek dan Datuk yang sudah 3 minggu kami tidak bertemu dengan mereka.Selain itu,kami juga bimbang akan menyinggung perasaan Nenek dan Datuk apabila memberitahu mereka bahawa kami tidak dapat ke rumah mereka pada hari itu.
"Tentu Nenek dan Datuk sudah bergembira menunggu kedatangan kami.Nenek pasti sudah berbesar hati memasakkan kami pelbagai lauk-pauk yang enak...Kasihan mereka..."Banyak perkara bermain-main di dalam minda kami,memikirkan tentang Nenek dan Datuk yang sedang menunggu kedatangan kami dengan riang hati.
Kegelisahan mula berputik di dalam diri kami apabila membayangkan wajah-wajah mereka setelah mendapat tahu tentang berita buruk ini.Akhirnya,kami terpaksa memberitahu mereka tentang hal ini kerana kami tidak boleh membiarkan mereka menunggu kami sahaja.Alangkah beratnya hati kami untuk memberitahu mereka.
YOU ARE READING
Kuarantin (Quarantine) Malay Short Story [Cerita Pendek] *Malay Version*
Short StoryHi semua...So basically, cerita ni tentang pengalaman saya berkuarantin-dah dua kali dah btw...Sebenarnya, cerita ni adalah karangan yang saya tulis untuk sebuah pertandingan menulis. But,ramai orang cakap yang karangan saya terlalu panjang dan lebi...