Dia memandu dengan pandangan penuh-sepenuhnya kepada jalan yang gelap, berbukit dan bengkok itu. Kelajuan semakin dimaksimakan apabila kereta di hadapannya turut memaksimakan kelajuan. Tangan kiri teguh mengawal stereng. Tangan kanannya pula setia memegang senjata kecil yang sentiasa dibawa ke mana sahaja dia pergi.
Satu das tembakan daripada kereta dihadapannya dilepaskan ke arahnya. Dengan sepantas kilat dia memusingkan stereng keretanya mengelak daripada tembakan itu. Dibalas kembali dengan melepaskan 2 das tembakan tepat pada tayar belakang kereta dihadapannya.
Kereta itu mula hilang kawalan namun dapat dikawal cermat oleh pemandu.
"Shit!"
Satu das dilepaskan lagi oleh dia. Tepat pada tayar hadapan kereta itu. Sekali lagi kereta itu mula hilang kawalan. Dia tersenyum sinis.
"Now!"
Dia meminimumkan kelajuan keretanya. Kereta dihadapan pula sudah berpusing akibat dilanggar oleh kereta yang keluar dari simpang secara tiba-tiba.
Tembakan dilepaskan bertalu-talu ke arah kereta yang berpusing itu sehingga kereta itu sudah tidak mampu untuk membalas kembali. Kereta itu berhenti di tengah-tengah jalan.
Dia memberhentikan keretanya lalu keluar dengan pantas mendekati kereta di tengah jalan itu. Senjata kecilnya disimpan ke dalam poket sutnya.
Pintu kereta itu dibuka kasar. Dia melihat keadaan di dalam kereta itu. Dua lelaki di hadapan tercungap-cungap mencari nafas akibat serangan mengejut itu tadi. Dia melihat tempat duduk belakang kereta. Dia menoleh sekejap ke belakang dan memberi isyarat kepada anak-anak buahnya.
Pintu kereta belakang dibuka.
"Ladies, you are safe now. Don't be scared. We will bring you to your family."
4 orang wanita yang diikat tangannya dibawa turun dari kereta itu. Ikatan tangan dilepaskan lalu mereka dibawa ke kereta yang lebih selamat untuk diri mereka.
"Settle down these two bullshit. Bury them alive. I don't want to see their ugly faces." arahnya kepada anak-anak buahnya.
Dia bergerak ke arah kereta yang akan membawa wanita-wanita tadi. Satu-persatu wajah wanita itu dilihat.
"Let them rest tonight. Give them proper clothes and food. Sent them to their family tomorrow morning. If they need anything, give them what they want." arahnya senada.
Mereka mengangguk mendengar arahan daripada ketua mereka.
Dia memusingkan badannya menuju ke keretanya. Telefon bimbit diambil dari poket sutnya. Didail satu nombor dan menunggu panggilan disambungkan.
"Location." katanya ringkas dan terus mematikan panggilan.
Enjin kereta dihidupkan dan dia terus memandu membelah jalan menuju ke lokasi yang telah diterima. Tingkap kereta diturunkan. Rokok dihisap menghilangkan segala tekanan yang diterimanya hari ini. Kepulan-kepulan asap jelas kelihatan di ruang udara bumi Scotland.
***
Terlihat bunga-bunga tersusun cantik di luar kedai berwarna violet dan putih. Bunga-bunga yang pelbagai warna, bentuk dan saiz terlihat sangat segar di awal pagi ini. Rama-rama berterbangan riang di dalam sangkarnya yang bersaiz medium. Bunyi kicauan burung juga turut menceriakan suasana di dalam kedai yang seratus peratus bertemakan taman bunga yang kecil.
Kedai yang terletak di hujung bangunan itu memberi tumpuan yang menarik kepada semua pengunjung dan penduduk di sekitar kawasan itu. Bahagian tepi kedai merupakan taman bunga mini yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga segar. Di ruang utama kedai pula merupakan sebuah cafè yang berlatar belakangkan suasana di taman bunga.
YOU ARE READING
The Mafia Husband || ONGOING
RomanceTHE HUSBAND SERIES BOOK 2 "She is something. Something that I wanna hold for a long time. Something that I wanna tell the world she is mine. Something that I wanna protect. And something that I wanna love for the rest of my life." - Faris Alaxendar ...