Wonderland Cafe
"Hae, Rae sini!" panggil Chaeyeon dengan ceria.
"Aigo, cerianya kau. Ada apa-apa ke?" tanya Raeji.
"Macam tau-tau je. Eh korang pergilah order air dulu, nanti kita potong bawang uhuk."
Setelah Haejun dan Raeji memesan air, mereka bersembang hingga terlupa masalah yang telah mereka hadapi.
"Hm, korang..." Panggil Chaeyeon was-was.
"Kau kenapa?" tanya Raeji.
"Ada apa-apa ke nak bagitahu?" tanya Haejun pula.
"Macam ni, seminggu lepas aku ada main satu game ni. Pastu aku kenal dengan sorang namja. Kitorang bertukar nombor pastu selalu sangat chat."
"Okay then?"
"Kitorang official semalam!" teruja Chaeyeon.
"Wait- What?!" terkejut Raeji.
"Kau biar betul, Chae?" tanya Haejun tidak percaya.
"Betullah! Ish aku ingat korang teruja, tak expect pula ni reaction korang. Lagipun dia baik lah."
"Kau kenal ke dia betul betul? pernah jumpa?" tanya Raeji pula.
"Kenal online je, tak pernah pula jumpa sebab masing-masing busy."
"Kau ni, tak kenal betul betul dah accept." kata Raeji.
"Itulah, kita tak tahu perangai dia yang sebenar macam mana. Entah-entah dia kaki pukul ke?" kata Haejun pula.
"Ish, janganlah kata macam tu! Kata-kata tu satu doa tau!"
"Tak pernah ajak jumpa?" tanya Raeji lagi.
"Pernah. Ingat nak jumpa dia hujung minggu ni."
"Kitorang nak ikut! Nak tahu jugak rupa dia!" kata Haejun pula.
Chaeyeon hanya tersenyum.
"Mestilah boleh, korangkan besteh aku! Bolehlah korang kenal-kenal jugak!" Teruja Chaeyeon sambil memegang tangan Raeji dan Haejun.
Raeji memandang Haejun, begitu jugak dengan Haejun. Dan mereka berdua menggelengkan kepala kerana telatah kawan mereka seorang itu.
Skip
Hujung Minggu"Min! Min dekat mana? Yeon dah sampai!" Chaeyeon menelefon kekasihnya Jungmin.
'Min dah sampai, Min dekat bangku. Pakai baju biru tua.'
"Eo? Kejap Yeon cari Min."
Setelah meneliti di setiap bangku di Sungai Han, Chaeyeon sudahpun jumpa di mana keberadaan Jungmin.
Chaeyeon mematikan panggilan dan terus terjah ke arah Jungmin.
"Kkakkung!"
"Oh mak kau jatuh kedebuk!" latah Jungmin.
Chaeyeon hanya tergelak kecil melihat telatah Jungmin.
"Son Chaeyeon?"
Chaeyeon hanya menganggukkan kepalanya laju.
"Aigo, buah hati Min ni.. Saja buat Min terkejut kan?"
Chaeyeon hanya tersenyum suka.
"Jom?" ajak Jungmin sambil menghulurkan tangannya.
"Boleh tunggu kejap? Yeon ajak kawan Yeon, diorang pun nak kenal jugak dengan Min!"
"Ahh i see. Okay boleh je!" Jungmin tersenyum manis ke arah Chaeyeon.
"Chae!" jerit Haejun dan Raeji.
"Ha korang!" Chaeyeon melambai tinggi ke arah Haejun dan Raeji.
"Lama ke tunggu?" tanya Haejun.
"Tak pun! Oh ya, ni Lee Jungmin namchin aku! Min, ni kawan baik Yeon. Han Raeji, Shin Haejun!"
Mereka bertiga bersalaman tetapi Raeji dan Haejun memandang Jungmin dengan pandangan yang dingin.
420 words
_______________________________________________Agak hambar first part ni but sokay!
Btw, thanks sebab baca! <3
YOU ARE READING
CHILDHOOD FRIEND | JWY [✓]
FanfictionKisah seorang perempuan yang bernama Son Chaeyeon yang mempunyai seorang kekasih yang bernama Lee Jungmin yang amat sayangkannya, tetapi lama-kelamaan Jungmin mula menunjukkan belang sebenar bahawa dia seorang yang panas baran. Chaeyeon hanya bersab...