01

9 1 0
                                    


Tersentak dari tidur lenanya . Terus dia beristighfar . Dahinya berpeluh dingin . Berkali kali dia meraup wajah seakan terkejut dengan perkara yang baru sahaja dialami tadi . Tentu sahaja dia bermimpi buruk .

Aisyah bangkit dari katil dan terus pergi ke kamar mandi . Selesai saja membersihkan diri dan mengambil wudhu' , dia terus menunaikan solat subuh . Dia menadahkan kedua telapak tangannya untuk berdoa kepada Allah . Airmatanya pun berlinang dan jatuh di pipi .

" Ya Allah . Semoga Dijauhkan Perkara Buruk Dalam Keluargaku Ya Allah . Aku Mohon Padamu"

Hatinya amat sakit apabila mengenangkan segala keperitan yang ia lalui . Sakit yang tidak mampu diluah dengan kata kata . Sangat menyesakkan dada . Berjuraian air matanya jatuh sambil menemani sakit di hati .

Dia perlu kuat untuk anak anaknya . Dia tidak mahu anak anaknya membesar tanpa kasih sayang bapa . Dia tahu betapa perit hidup tanpa seorang sosok ayah di sisi . Selalu sahaja mencemburi keluarga bahagia semasa kecil . Dia tidak mahu anak anaknya melalui kehidupan lalunya .

" AKU HARUS KUAT UNTUK ANAK ANAK AKU !! "

Itu sahaja kata yang mampu menabahkan dirinya walaupun hatinya sudah berkecai seperti kaca .

------------------------------------------------

Semata Keranamu..Where stories live. Discover now