1 | Warning

45 4 3
                                    

Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula sebentar lagi, Riana masuk kekelas. Kerusi ditolak dan dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Beg yang digalas dilepaskan.

"Hai Riana, selamat pagi." Qayra kawan baiknya menegur dan duduk disebelah Riana.

Apabila Qayra mahu membetulkan kasutnya, tanpa sengaja Qayra mengalih pandangan. Dia melihat sesuatu di bawah laci meja Riana. Qayra tergamam.

"Selamat pagi Qayra," balas Riana sambil mengoyakkan senyuman.

Tanpa amaran, tangan Qayra terus masuk kedalam laci meja Riana. Riana tersentak.

"Kenapa Qayra?" tanya Riana pelik.

Qayra mengeluarkan sepucuk surat didalam laci meja Riana.

Qayra membelek surat tersebut. Dia yang faham maksud tersirat surat itu bertanya, "Apa ni Riana? Siapa yang letak?" tak, itu tidak penting. Yang lebih penting adalah, "Riana, kau ada buat sesuatu ke?"

Riana yang melihat raut muka Qayra dan ditanya soalan bertalu-talu itu gelisah. Apa yang dia telah buat? Dia minta Qayra menyerahkan surat itu kepadanya. Dahinya berkerut. Apa ni? Bentuk V terbalik, L, L terbalik, O, /, -. bawahnya pula, <, |, L, L, L terbalik dan... C terbalik? Satu pun dia tidak faham. Dahinya berkerut.

"Apa ni Qayra? Aku... Tak faham," Riana menggeleng.

Raut wajah Qayra makin risau, risau dengan sesuatu.

Tanpa mereka sedari, ada yang melihat mereka berdua dari belakang. Orang tersebut mengukirkan senyuman. Tetapi bukan senyuman biasa. Lebih kepada senyuman sinis.

***

Collab story with :

luneftsuki
kzhcyun
mochiiteha
tomoegirlf

The KillerWhere stories live. Discover now