2 | Riana

30 2 6
                                    

Pada lewat malam, disaat semua orang sedang tidur sambil bermimpi indah, ada yang sedang berada dalam ketakutan.

Riana berjalan dengan laju di atas jalan tar itu. Badannya berpeluh kerana ketakutan.

Tadi dia perasan seseorang mengekorinya dan dia berlari supaya dia cepat sampai ke rumah.

Nafas Riana tercungap-cungap kerana penat berlari. Jalan yang sunyi, jauh dari kawasan perumahan. Di mana dia mahu meminta pertolongan sekarang?

Puk!

Riana terjatuh meniarap. Dia memusingkan kepalanya ke belakang. Dia berharap lelaki tadi tiada niat mahu mengekorinya.

Tapi jangkaannya meleset. Lelaki tadi masih mengekorinya. Seorang lelaki yang memakai hoodie hitam, seluar hitam dan topeng berwarna hitam putih.

Riana semakin takut. Dia lekas bangun tetapi lelaki tadi lebih cepat bertindak. Dia memijak kedua-dua belah kaki Riana.

Riana mengaduh kesakitan. “Kau siapa!” jeritnya kasar.

Lelaki tadi tidak mengendahkan soalan Riana. Sebaliknya, dia terus mengeluarkan sepucuk pistol dari poket hoodie yang di pakainya dan menembak Riana. Lelaki tadi tersenyum sinis disebalik topeng hitam putih tersebut. Melihat tubuh Riana yang tidak bernyawa membuatkan dia mahu tertawa.

Pistol tadi disimpan semula kedalam poket. Lalu, dia mengeluarkan sekeping surat. Surat itu diletakkan di tangan Riana yang tidak bernyawa seolah-olah Riana menggenggam surat itu.

Lelaki itu teruskan berjalan kedepan mengabaikan mayat Riana. Kedua belah tangannya masuk kedalam poket hoodie.

***

Qayra masuk ke pagar sekolah. Dia menaiki tangga untuk ke perpustakaan. Memang sudah jadi tabiat dia untuk pergi ke perpustakaan sebelum masuk ke kelas.

Sampai di perpustakaan, semua pelajar yang berada disitu memandang Qayra dengan pandangan tidak puas hati.

Telah tiga hari mayat Riana dijumpai di tengah jalan tar yang jarang dilalui oleh orang. Dan disebabkan kes itu, pelajar disekolah Qayra menganggap Qayra tidak pandai jaga kawan.

Maklumlah, Qayra hanya ada seorang sahabat iaitu Riana sahaja.

Dan sekarang, Riana tiada. Dia tiada sesiapa.

Suara Riana yang selalu menyapanya, hilang. Bagai dibawa angin. Dia meletakkan kepalanya diatas meja dan mengalaskan sebelah lengan tangannya. Dia menghadap meja di sebelahnya. 

Dia... Rindu Riana. Hanya Riana faham dia, hanya Riana sudi berkawan dengan dia, hanya Riana ada untuk dia. Semua luahan hatinya hanya Riana yang tahu. Hanya Riana yang sudi dengar. Dan sekarang Riana sudah tiada buat selamanya.

Qayra mengambil buku diarinya dan sebatang pensil dari beg. Dia mula menulis. 'Riana, lepas ni siapa nak dengar aku membebel? Lepas ni siapa aku nak kacau?' Hati Qayra sebak saat menulis. 'Aku rindu kau riana... Aku tiada sesiapa dah... Maafkan aku, aku tak dapat luahkan ayat ni sebelum kau pergi selamanya. Aku sayang kau Riana. Hanya kau orang yang aku sayang. Kau orang yang selama-lamanya aku sayang. Maafkan aku tak dapat luahkan sebelum kau pergi. Kalau aku tahu kau akan pergi tinggalkan aku haritu... Pasti aku takkan lepaskan kau. Riana, tolong bagitahu ini mimpi. Kalau ini realiti, bawak aku ke dunia mimpi. Aku... Penat. Terima kasih ajar aku untuk bangkit. Terima kasih ajar aku untuk menyayangi. Terima kasih tahan dengan perangai aku, terima kasih jadi kawan aku. Aku minta maaf aku tak macam kawan-kawan kau yang lain. Aku minta maaf sebab aku, kau dah tak rapat dengan orang lain. Maafkan aku Riana, aku tak dapat layan kau macam kawan-kawan kau yang lain. Maafkan aku sebab menyusahkan kau. Maafkan aku sebab selalu pinjam bahu kau. Maafkan aku sebab selalu marahkan kau, maafkan aku sebab tak selalu ada untuk kau sedangkan kau setiap saat ada untuk aku. Maafkan aku sebab kau selalu kena pujuk aku, kau selalu kena comfort aku. Riana, kau lain daripada yang lain. Kau kawan yang paling baik. Kau jangan lupa aku tahu...' Air mata yang mahu jatuh Qayra tepis. Dia tidak kuat untuk ini. 'Aku nak jujur, kadang-kadang bila aku tengok kau dengan kawan-kawan kau yang lain, aku rasa kerdil. Aku rasa tak wujud. Aku tiada hak untuk tentukan siapa kau mahu berkawan tapi perasaan tu selalu muncul dan perasaan tu sangat sakit untuk aku terima.’ Qayra berhenti seketika. Tanganya lenguh menulis. 'Semua orang kata aku penyebab kau pergi. Betul ke apa mereka kata? Kau pergi sebab dah tak tahan dengan aku ke?' Qayra menggenggam pensil yang ditulisnya dengan kuat. 'Kalau aku penyebab semua ini berlaku, aku nak minta maaf. Aku nak minta maaf sekali lagi. Aku tahu aku terlalu pentingkan diri.' Dia mula memegang pensil dengan biasa. Bibirnya digigit. 'Aku patut mati daripada kau Riana, kau layak hidup! Maafkan aku sebab dah rosak kan hidup kau. Maafkan aku sebab dah gelapkan pelangi kau. Maafkan aku Riana...' Qayra berhenti megigit bibirnya. Dia mengambil tisu dan mengelap bibirnya yang berdarah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The KillerWhere stories live. Discover now