Perisai (Testing)

8 1 0
                                    

               Aku terapung-apung di udara kerana aku sedar kaki aku tidak dijejaki tanah walaupun seinci. Hakeb memandang aku dengan 5 biji matanya dengan pandangan yang jahat dan senyuman yang sinis. Lihat saja aku tahu, mesti ada saja muslihat yang makhluk berketurunan Jin ini ingin lakukan.

" Huh, perisai saja yang kau ada Figs? Kau memang tiada tandingan dengan aku lah dasar anak yatim!" jerkah Hakeb sambil meregang-regangkan jarinya. Mata Figs bergenan air mata  setelah mendengar kata-kata dari Hakeb, Si Mata Lima. Bukan kerana takut atau gerun dekat Hakeb. Maklumlah, hanya bertangan kosong di sebelah tangan kanan dan perisai di sebelah tangan kiri. Tapi apabila dimain isu ibu dan ayah Figs yang sudah meninggal, Dahi Figs terus berkerut tajam dan kedua-dua belah telinganya merah. 

DUSHHHH.

 Figs menjunam ke permukaan yang rata. 

Lantas Figs meregangkan jari-jemarinya, tanah bergoncang dalam sedetik dua. Muncul kabus ringan dan kelibat sebuah palang atau rod besi yang sering digunakan oleh raja-raja zalim yang gila untuk menyula terpancar dari tanah.

......

Setelah kabus tanah hilang barulah nampak, rupanya palang itu adalah mahluk yang  berbentuk seakan-akan ekor binatang berwarna ungu kehitaman sedang melibas-libas dirinya ke ditanah seperti mencari mangsa. Hakeb melihat kearah Figs dengan terkejut namun rauk wajahnya berubah dengan pandangan sinis. 

"Heh, disitu rupanya kau..."kata Hakeb.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Figs Si Pemegang PerisaiWhere stories live. Discover now