1 | PLATINUM CARD

58.4K 2.4K 134
                                    

TANGANNYA digunakan untuk menongkat dagu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGANNYA digunakan untuk menongkat dagu. Gadis yang berambut separas bahu itu mengetuk dahi menggunakan pen miliknya.

Satu keluhan terhela keluar dari bibir yang berwarna pink itu. Masih lagi tidak mengetahui jawapan untuk soalan yang diberikan oleh Madam Qayrine kepadanya.

"Menyesal tak attend kelas dia semalam. Pening kepala aku nak jawab soalan dia. Fuh, susah nak mati. Baik bakar jelah." Rungut Humera Qistina. Bibirnya terherot sedikit.

Kelmarin bukannya dia sengaja untuk tidak menghadiri kelas Madam Qayrine tetapi maklumlah, tetiba sahaja kepala dia sakit.

Migrain dia datang balik. Tulah tidur lewat semata-mata nak siapkan assignment Sir Khaairul. Dua minggu kena bagi tapi tu pun dia rasa tak cukup juga. Nak cari maklumat segala tu pun nak ambil masa juga.

Humera mengambil telefon pintar miliknya yang diletakkan di sling bag berwarna kelabu kepunyaannya. Dia memang suka warna yang suram. Kalau tak hitam mesti kelabu.

Telefon pintarnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Humera terus sahaja menekan inbox.

Haze ❤️
- Kau kat mana?

Dahi Humera berkerut. Kenapa pula tiba-tiba tanya dia ni?

Me.
Library. Kenapa?

Tiada balasan dari lelaki itu. Humera hanya mengangkat bahu sahaja. Dia kembali menyambung mencari jawapan. Puas juga dia tanya pakcik google tapi hasilnya tetap nihil.

Akhirnya, Humera terus berdiri dari duduknya. Naik kebas juga punggung dia sebab lama sangat bertafakur nak cari jawapan. Nak dekat satu jam fikir satu soalan. Kalau tak siap ni mesti kena potong markah. Jadi sebab dia sayangkan markah dia kenalah berkorban sikit. Waktu rehat pun dia korbankan masa.

Humera berjalan menuju ke arah rak buku. Satu persatu buku itu diteliti. Manatahu boleh tolong dia untuk cari jawapan tu.

Sampai sahaja dipertengahan rak, satu buku telah menarik perhatian Humera. Tapi malangnya ketinggian yang dimilikinya membuatkan dia tidak dapat mencapai buku itu. Puas dia berjengket untuk mengambil tetapi tetap tak dapat juga.

"Dah tahu diri tu tak dapat. Asal paksa juga?" Suara garau itu menyapa gegendang telinga Humera. Lelaki itu terus mendapatkan buku yang diinginkaan Humera tadi. Jarak tubuh badan mereka rapat hinggakan dada bidang lelaki itu bersetuhan dengan belakang kepala Humera.

Humera yang terkejut dengan kedatangan lelaki itu terdiam dan terkaku ditempatnya.

"Dah kau macam anak patung dah kenapa?" Soal lelaki itu kasar. Badan Humera dipusing menghadapnya.

"H-Haze, kenapa you boleh ada kat sini?" Humera terpaksa dongakkan wajahnya. Maklumlah , dia ni pendek je nak dibandingkan dengan Tengku Haze De Luca memanglah jauh sangat.

𝐂𝐡𝐚𝐨𝐭𝐢𝐜 𝐋𝐨𝐯𝐞 [EBOOK]Where stories live. Discover now