Time tu aku masih ingat lagi,aku berumur 8 tahun.Ada sorang adik je.Dalam rumah aku ada tiga bilik,dua bilik mandi,ruang tamu dan dapur sahaja.
Nak ikutkan cerita aku dan adik aku tidur bersama dengan parents kami oranglah.
Malam tu ialah malam jumaat.Hanya aku,adik dan mak aku je dalam rumah.Ayah aku pi kerja.
Jam dah pukul 9 malam,adik aku dah tidur.Mak aku masih tengok tv.Dalam bilik parents aku memang disediakan tv so senanglah tak payah nak ulang-alik pi ruang tamu untuk tengok tv.Mak aku cakap,pintu bilik kena tutup sebab aku dan mak aku kan duduk depan pintu.Time mak aku lagu leka tengok cerita Hindi,tiba-tiba pintu bilik terbuka sedikit.Aku time tu duduk depan pintu main patung kan.
Waktu aku jenguk sikit kat pintu yang terbuka,then korang nak tahu?Apa yang aku nampak?
Aku fikirkan itu orang,,,sebab dia tengah duduk bertenggek kat langsir pintu dapur.Aku fikirlah,apa yang akak tu buat kat situ?Time tu aku lagi kecil,memanglah aku pikirkan dia akak.Aku tengok dari jauh,belum lagi tengok secara dekat.
So,aku panggil mak aku.
"Mak,apa tu mak?"Mak aku pandang aku.
"Apa dia,nak?Pergi tidor lagi.Jam dah pukul berapa ni?"jawab mak akulah mengendahkan pertanyaan aku tadi.Mak aku masih leka lagi tonton citer Hindi tu.Aku berdiri,astu berjalan keluar dari bilik pergi menuju ke dapur.Bila hampir dekat tu,aku tegur.Seingat aku,aku memang tegur dia.Dia membelakangkan aku.Aku just nampak rambut panjang dia yang mengurai.
"Akak buat apa kat sini?Kenapa tak tido lagi?"tegur aku tanpa rasa takut pun.Korang rasa apa yang terjadi lepas tu?
Benda tu pun berpaling ke belakang.Series,dia renung aku.Time tulah,aku tau dan kenal apa tu 'Pontianak'.Badan aku menggeletar pandang dia yang renung aku.Kuku dia panjang....aku menangis kuat sampaikan mak aku tersedar.
"Ya Allah,,,akak."Mak aku jerit dari arah bilik.Benda tu masih pandang aku.
"Kenapa tak tido lagi?"kata benda tu lalu menggilai macam orang gila....memang waktu tu maybe muka aku dah pucat lesi.Dahlah pandang muka dia depan2,,,then dengar macam tu lagi.
Mak aku pun terus dapatkan aku yang hampir pengsan.Badan aku time tu memang lemah.Waktu aku rasakan yang mak aku peluk aku,,,benda tu dah hilang.
Aku dengar yang mak aku marah benda tu...
Aku tak pasti apa yang mak aku cakapkan masa tu...
Lama-kelamaan,aku rasa seluruh pandangan aku gelap.
Keesokkan harinya,aku demam teruk sampai tak boleh bangun.Seingat aku dah seminggu,aku terlantar atas katil sebab demam teruk dan tak boleh pergi sekolah.THE END....
YOU ARE READING
CERITA SERAM(BASED ON REALITY STORY)
HorrorPelbagai kisah seram(based on reality story)yang korang semua boleh baca dalam 'CERITA SERAM' ni.