NOV 1 : Cinta Ilahi Yang Utama 🍒

9 2 0
                                    

SINOPSIS

🍭

Aku semakin berusaha untuk berubah namun ada sesuatu yang menghalangku. Ya, hijrah itu payah. Namun di akhirnya tika berjaya, ia menghilangkan rasa resah. Rasa resah yang menggunung, tika aku melakukan dosa malah nista.

Manusia, tidak mampu lari dari kesilapan. Malah dalam kebaikan ada kesilapan jua. Kesilapan apa ? Ya, kesilapan tika berbuat baik, malah riak tidak dilupakan. Tika berniat hijrah kerana Ilahi, tertukar pula niat kerana riak menunjuk - nunjuk baik kepada manusia.

"Ya rabbi, ampunkan aku dikala ku lalai. Ku tahu dan sedar yang ku banyak melakukan dosa. Tika itu, fikiranku tidak matang. Namun sekarang aku telah sedar yang cinta - Mu hakiki, bukan seperti manusia. Cinta manusia, manusia bakal mati." doaku tika bersujud di sejadah pada satu per tiga malam.

"Ukhti, izinkan Ana untuk berpeluang melengkapkan hidup Ukhti. Sebagai pasangan kekasih yang halal di sisi Allah. Mungkin ini terlalu cepat dan kita saling tidak mencintai namun Ana ikhlas sepenuh hati." rayu si dia.

Aku tidak pasti apakah jawapanku. Ku hanyalah gadis kecil namun dianggap sudah dewasa atas faktor ketinggianku berbeza dari yang seumurku. Namun kenyataan itu haruslah diterima sepenuh hati.

"Izinkan ana berpeluang untuk melakukan solat istikharah. Andai ana dapat petunjuk, ana akan memaklumkan pada pihak Akhi segera. Terima kasih." jawabku pada si dia.

Aku tidak pasti apakah takdirku bersamanya ? Atau aku tetap harus mengejar cinta Ilahi berbanding manusia ?

~~~~~~~~~~•••••••••••••••~~~~~~~~~~

Ape awok rase tentang cerite ni ? Best tak sinopsis cerita ni ? Kalau best, awok bolehlah request nak suruh ite tulis penuh cite ni.

Insyaallah kalau sempat dan ade masa lapang, ite akan update. Request sekurang-kurangnye kalau satu cerita, dalam mungkin 10 request baru ite tulis cerite ni untuk awok semua bace, ye ?

And kalau vote satu part melebihi sekurang-kurangnye 10 jugak, baru ite update cerite tu tau 😆.

~💞 akak dheea feeyya omel 💞~

jangan lupe tekan vote tau 😆

SINOPSIS DHEEA'S STORIES Where stories live. Discover now