Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Dengan sukacitanya saya, memperkenalkan E-book Misterio karya saya sendiri *lap air mata
MISTERIO
Gara-gara peristiwa berdarah setahun lepas, Aya Hashyra nekad memulakan perjalanan hidup yang baru. Lupakan yang lepas, hidup perlu diteruskan. Namun, sejauh mana pun kau berlari, takdir tetap tidak boleh diubah. Hadirnya dia di tempat itu telah mendatangkan 1001 persoalan.
Disebabkan kejadian di kedai buku, dia dipertemukan dengan seorang jejaka bermata kelabu. Tidak boleh membantah, Aya terpaksa membantunya menyelesaikan misteri pembunuhan yang berlaku di sebuah universiti di bandar itu.
Kyle Marquess, lelaki berperwatakan pelik. Tidak disangka pertemuan singkat itu membawa dia terjerumus masuk ke dalam dunia yang penuh pancaroba. Mencari penjenayah paling dikehendaki di dunia? Misi yang sangat berbahaya. Tapi tidak bagi gadis itu. Dia sudah lali hidup terseksa.
“If you don’t want to get burnt, don’t play with fire.” - AYA HASHYRA
Satu persatu petunjuk berjaya ditemui. Akan tetapi, semakin jauh mereka pergi, semakin pahit kebenaran untuk ditelan. Ada musuh dalam selimut, api dalam sekam dan gunting dalam lipatan.
“No toques el mío!” - KYLE MARQUESS
“Jadi… siapa sebenarnya kau berdua?” - AYA HASHYRA
“Lagi satu, jangan ingat kau boleh terlepas.” - SHAREEF HAZIM
Apakah rahsia yang cuba disembunyikan Aya sehingga dia sanggup untuk mengorbankan diri? Siapakah pula D.O? Dapatkah mereka bertahan apabila rahsia yang tersemat bakal ke puncak kebenaran? Rahsia yang terpendam lama, menjadi nanah di sudut hati. Dan demi kepentingan diri, manusia hidup di sebalik topeng.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*Bio wattpad pun ada link

Buat sesiapa yang berminat, boleh terus tekan link di bio ataupun di komen -->