𝒟𝐸𝒱𝐼𝐿 1

1.5K 119 10
                                    

Because you are my everything

Langit yang kian gelap dihiasi bulan dan bintang. Jalan raya mula sesak disebabkan masyarakat di ibu kota berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. Apple watch yang dipakai pada lengan kirinya dilihat sekilas oleh Aurora Madeena.

"Hmm... Jem pula. Penat la macam ni hari-hari. Dengan perut lapar. Aduh cepat la sampai rumah." keluh Aurora Madeena yang masih dalam kesesakkan lalu lintas.

Sejak tengahari dia tidak menjamah apa-apa makan disebabkan kerjanya terlalu banyak di pejabat. Ye la semua benda dia nak kena buat. Itu dia kena buat, ini dia kena buat. Pekerja yang lain apa guna banyak-banyak kalau orang atasan hanya harapkan dia sorang saja. Baik pecat aje. Geram!

Yes! dia penat. Tak guna nak menyesal sekarang. Itu pilihannya. Kononya nak hidup berdikari tak nak harapkan bantuan dari keluarga angkatnya. Sekarang diri sendiri yang merana. Redha.

Tengku Azhar iaitu papa angkat kepada Aurora Madeena pernah meminta dan memaksa dia untuk menguruskan syarikat setelah tamat belajar tetapi ditolak mentah-mentah olehnya. Aurora Madeen sudah berjanji akan dirinya tidak akan menyusahkan papa dan mamanya apabila dirinya meningkat dewasa. Cukup la selama 10 tahun Tengku Azhar dan isterinya Tengku Azlina menyara hidupnya setelah kematian ibu dan bapa kandungnya. Dia tak nak menyusahkan mereka berdua lagi. Kini tiba masanya dia hidup atas diri sendiri tanpa bantuan mereka dan membalas jasa keluarga angkatnya.

Dia masih teringat kata-kata papanya " Kalau betul Deena nak balas jasa papa dan mama, please ambil alih syarikat papa. Deena sahaja yang papa percayai dan satu-satunya anak papa dan mama." Akan tetapi Aurora Madeena tetap dengan pendirianya. Ingin hidup berdikari dan mancari harta sendiri.

Tepat jam 8.00 p.m, Aurora Madeena akhirnya sampai di kawasan apartmentnya yang terletak di Garden Velly Heights. Kereta BMW miliknya sudah elok di parking. Bergegas dia keluar dari kereta berjalan menuju ke arah lif. Masuk sahaja di dalam lif, punat butang 5 ditekan olehnya.

Ting!

Pintu lif dibuka. Sepasang kaki miliknya melangkah laju keluar dari lif lalu menuju ke apartment miliknya. Code pada pintu ditekan. Dedaun pintu dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam apartment tersebut. Suis lampu di tekan satu persatu. Keadaan rumah yang gelap tadi bertukar menjadi cerah.

Heels yang dipakai di susun dalam almari. Aurora Madeena berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Handbag Dior digantung. Tuala dicapai lalu bilik mandi dituju olehnya untuk mandi bersihkan diri.

Usai selesai bersihkan diri dan solat maghrib serta solat isyak, Aurora Madeena membawa dirinya ke arah dapur. Perutnya yang dari tadi berbunyi kerana terlalu lapar diminta untuk diisi. Peti sejuk jenama Samsung dibuka olehnya.

Satu persatu barang di dalam peti sejuk di belek olehnya. "Apa eh aku nak masak?" Aurora Madeena berfikir sambil tangannya menyentuh bahan mentah serta sayur-sayuran.

"Masak maggie je la" yes itu yang paling mudah dan cepat.

Sayur sawi, isi ayam serta beberapa tangkai cili hijau dikeluarkan olehnya untuk memasak. Aurora Madeena bertungkus lumus memasak maggie tomyam kegemaranya. Setelah selesai, semangkuk maggie dan segelas air oren dibawa olehnya ke ruang tamu. Television dipasang. Apps Netflix ditekan lalu cerita Hometown Cha-cha-cha bersia di kaca tv. Handsomenya Kim Seon ho.

Setelah beberapa jam menghabiskan maggie sambil melayan kdrama, Aurora Madeena bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah dapur. Mangkuk dan gelas dibasuh lalu di susun di atas rak. Selesai itu, dia mambawa dirinya ke bilik tidur. Badannya yang letih dan kenyang dibaring atas tilam. Fuh! Nikmat. Mata kian layu. Dan akhirnya dia tertidur. Good night dunia!!

Sebuah kereta Audi memasuki kawasan markas Dark Phoenix yang terletak betul-betul di tengah hutan tebal yang jauh dari ibu kota. Danish Edward keluar dari kereta miliknya dengan wajah yang ketat. Yes! Wajahnya sentiasa begitu.

Danish Edward berjalan memasuki markas. Badan yang agak letih itu direbahkan di atas sofa kulit yang terletak di ruangan itu. Mata dipejam seketika. Fuh! Lega.

Mana tak nya waktu siang hari dia menguruskan syarikat. Malam hari pula menjadi mafia menghapuskan musuh-musuh yang sentiasa menghampiri kumpulannya itu. Maklum la pewaris tunggal A.Louis Group. Semua hal yang berlaku adalah tanggungjawabnya.

Nak atau tak dia kena hadap juga. Hanya dia sahaja yang diharapkan oleh Tuan A.Louis iaitu papanya sendiri.

"Tuan. Ini maklumat yang tuan minta. Semua ada dalam ni," beritahu Leo.

Danish Edward sedikit terkejut dan terjaga dari lenanya walaupun sekejap. Matanya di buka lalu memandang Leo.

Leo merupakan orang kanan dan orang kepercayaan Danish Edward. Document yang tadi berada di tangan Leo kini berpindah ke tangan Danish Edward. Danish Edward masih dalam keadaan baring.

"Thank you Leo. Kau boleh balik sekarang," arah Danish Edward.

"Baik tuan."

Tanpa membuang masa, Leo segera meninggalkan Danish Edward yang masih terbaring di atas sofa. Bunyi enjin kereta menandakan Leo sudah pergi meninggalkan kawasan markas Dark Phoenix.

Beberapa minit kemudia, Danish Edward bangun. Jam tangan miliknya di lihat sekilas. 3.00 pagi! Agak lewat. Nasib esok hari minggu, boleh la dia rehatkan diri.

Document di ambil lalu dia segera meninggalkan markas tersebut.

Beberapa jam perjalanan, Danish Edward tiba di mansion miliknya. Keadaan mansionnya sangat sunyi kerana dia tinggal seorang diri. Kadang-kadang suasana akan menjadi riuh rendah dengan kehadiran tiga sahabatnya itu. Tetapi hari ini tak.

Usai bersihkan diri dan lengkap berpakaian, Danish Edward duduk di birai katil sambil sepasang matanya melihat semula document yang Leo bagi itu. Satu persatu kertas dan gambar dilihat olehnya.

Dengan tidak sengaja bibirnya terukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

"Finally I found you beautiful"

TO BE CONTINUED

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG || DEVIL OVER FLOWER ( EDIT )Where stories live. Discover now