PROLOG

1.1K 73 8
                                    

   





       Terketar ketar tangan Ayween masuk ke dalam rumah itu. Dia cuba mengumpulkan semua kekuatan yang dia ada

"Aku nikahkan dikau , Harash Nufail bin Tansri Nawal dengan Syana Dawila  binti Dato syazwan dengan mas kahwin sebanyak tiga puluh ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Syana Darwila binti Dato Syazwan dengan mas kahwin sebanyak tiga puluh ribu ringgit tunai"air mata mula menitis

Pedih. Itu yang Ayween rasakan

"Sah"satu ayat ini membuatkan lututnya longgar . Air matanya gugur.

Sakit.

Sakit.

Sakit.

How could you Harash Nufail. Kau mempermainkan aku?

Kau memperduakan aku?

"A- Ayrey"Bonda memandang Ayrey. Terkejut melihat susuk tubuh Ayrey di majlis itu

"Ayrey bukan ada dekat London ke?"soal Bonda. Terketar ketar orang tua itu melihat kewujudan Ayween Areyna

Kini semua mata memandang ke arah Ayween Areyna

"Ouh. Kau hantar aku pergi London. Aku macam orang bodoh dekat sana tunggu kau Harash , tapi kau dekat sini kahwin baru"kata Ayween Areyna

"Kau ingat Harash. Kifarah Allah tu wujud "kata Ayween Areyna

"Areyna..."Harash cuba memegang tangan Ayween Areyna

"Sampai hati bonda"Ujar Ayween Areyna lagi. Hatinya kecewa , cukup kecewa . Apakah besar sangat dosanya?

"Maafkan bonda sayang"bonda memeluk Ayween Areyna . Namun Areyna hanya keras

"Tahniah."kata Ayween Areyna

"Sister cantik jom"Rais menarik tangan Ayween Areyna . Dia sedih melihat Ayween Areyna yang sudah mengalirkan air mata kecewa .

"I ni memang tak layak langsung untuk you ke Harash?"soal Ayween Areyna sedih . Dia terasa sangat tidak berguna saat ini . Teruk sangatkah dia sehingga diperlakukan sebegini?

"Bukan macam tu sayang"bonda cuba memujuk Ayween Areyna . Jujur dia juga kecewa dengan semua ini , namun ...

"Sorry Areyna"kata Harash

Hanya itu sahajakan yang mampu Harash katakan? Dia berharap bahawa semua ini hanyalah satu mimpi .

"You lelaki yang tak guna . Kau Syana ... memang tak sedar diri ke?"kata Ayween Areyna

"Jaga sikit mulut kau"Tegas Puan Sarina membela anaknya

"Kau tu diam orang tua. Aku penat, penat jadi baik. Aku cuba buat baik tapi ini yang aku dapat"kata Ayween Areyna

"Ingat Harash.... Syana.... suatu hari nanti korang akan rasa macam mana korang buat dekat aku"kata Ayween Areyna

Terus dia menarik Rais keluar dari rumah itu .

"Sister cantik jangan Nangis , Rais ada kan. Meh sini Rais kiss"Rais mengangkat tangannya ke atas

Ayween Areyna menunduk untuk menyamakan dirinya dengan Rais yang berumur 7 tahun itu .

Pipinya di cium oleh Rais .

Ayween Areyna tersenyum dalam duka . Rais selalu ada di sisinya . Sentiasa memberi kekuatan kepadanya .

"Rais janji jangan tinggalkan i okay"kata Ayween Areyna kepada Rais

"Rais janji sister cantik. Tapi itu pun kalau Sister cantik tak halau Rais la"tergelak Ayween Areyna mendengar jawapan dari Rais

AYWEEN AREYNAWhere stories live. Discover now