٣٣ | In-between Dream and Reality

651 82 18
                                    

TW: Cursing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TW: Cursing

Ready for another plot twist?

+

Memori.

Jari telunjuk High Lord Anthony bermain-main dengan rambut ikal mayang milik Anastasia. Dipintal-pintal lalu dielusnya lembut. "Ayahanda akan letak pil peransang dalam minuman Señor dan ayahanda akan ajak Señor bercerita kemudian mempelawa dia minuman itu lalu..."

Anastasia menanti ayahandanya menyambung ayat tersebut. Terasa debaran di jiwanya yang sudah lama menunggu waktu kejatuhan kekanda Lauranya.

"Lalu apa, ayahanda?" soal Anastasia akhirnya kalah dengan rasa ingin tahu. Matanya setia menatap mata High Lord Anthony mencari jawapan.

Bibir High Lord Anthony tersenyum kecil melihat anakandanya terdesak mahukan jawapan. "Ayahanda akan minta diri untuk beradu dan mentitahkan dia supaya kembali ke kamarnya. Dalam waktu yang sama, kamu meminta supaya kekanda kamu ambilkan minuman di dapur. Mereka akan bertembung di hallway dan kekanda kamu akan dinodai Señor."

Anastasia menekup mulutnya terkejut. Oh. My. God.

"Kekanda Laura akan dijatuhkan hukuman mati kerana sudah tidak suci dan anakanda akan menjadi satu-satunya pewaris takhta. Am I right?" Nadanya berubah tinggi. Dalam samar-samar cahaya, riak wajahnya dapat dilihat teruja oleh ayahanda dengan apa yang bakal berlaku.

Pucuk hidung Anastasia dikucup sekilas. "Bijak," bisik High Lord Anthony tepat di hadapan wajah Anastasia.

Anastasia langsung tidak peduli dengan kelakuan ayahandanya. Fikirannya sibuk menerawang memikirkan segala kebarangkalian yang akan berlaku jika kakandanya diketahui tidak lagi suci.

Dalam sekelip mata, tubuh Anastasia yang hangat berubah dingin tatkala teringatkan sesuatu perkara. Matanya laju menyorot ke High Lord Anthony. Riak wajahnya keresahan.

High Lord Anthony yang menyedari perubahan drastik Anastasia pantas menekup pipi wanita itu. "What is it, darling?" soalnya dengan nada lembut.

"Kalau... kalau ayahanda berjaya singkirkan kekanda Laura, bagaimana dengan golongan Brigid? Me... mereka akan tahu yang anakanda sudah kehilangan dara."

Berat hati Anastasia mengutarakan ayat tersebut. Terbayang di fikirannya dia akan dijatuhkan hukuman yang sama seperti hukuman yang kekandanya akan terima. Tidak, dia tidak mahu itu terjadi. Dia cukup lelah untuk beralah lagi dengan kekandanya.

High Lord Anthony mencapai tangan Anastasia lalu dikucup tangannya lembut. "Take it easy. Ayahanda boleh suap mereka dengan wang untuk tutup mulut tentang anakanda. Sesiapa yang berani buka mulut, akan dibakar hidup-hidup. Alright?"

Anastasia mengangguk-angguk kecil. "Terima kasih, ayahanda." Hatinya kembali lega.

High Lord Anthony kembali tersenyum lebar, merenung ke dalam iris Anastasia dengan pandangan redup. "Anything for my girl."

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now