Majlis resepsi dilakukan secara besar-besaran. Dareen akhirnya bersemuka depan-depan dengan sang jejaka berlesung pipit. Sekali lihat seperti Kim Seonho, dua kali lihat seperti Ahmad Seonho je. Jujur Dareen katakana, dia tak tertarik langsung dengan wajah kacak dan manis sang jejaka bersampin ungu itu.
Cakap orang. Dareen tak sedar ke yang diri dia juga memakai baju ungu untuk resepsi harini? Aih, apa-apalah.
"Peganglah tangan tu, Dareen!" Tegas Yasmin, kakak kandungnya itu. Dia sudah berkahwin dan suaminya didalam dewan dengan anak-anaknya.
"Yep. Let's holding hands." Sang jejaka yang memakai tanjak ungu itu menghulurkan tangannya. Dareen berkerut dahi dan memegang tangannya erat. Pintu belum dibuka. Tunggu pintu buka baru mereka masuk.
"I forgot your name. What's your name again?" Tanya Dareen. Dipandang jejaka berketinggian 186cm itu. Sangat tinggi. Masa kecil dibagi makan kren besi kot rasanya ni tinggi melonjak.
"Dihwan. Dihwan Dzaka."
"Dzak- okey." Dareen mengetap bibirnya. Entah kenapa dia fikir lain bila Dihwan sebut nama dia. Dihwan tahu je apa yang difikirkan Dareen tapi dia diam saja.
Dalam 5 minit menunggu, akhirnya pintu dewan dibuka. Alunan kompang dan lagu pengantin baru mengiringi langkah mereka berdua ke pelamin. Apabila mereka jalan, rata-rata tetam berdiri untuk tangkap gambar dan bertepuk tangan.
Mereka berdua duduk diatas pelamin dan mula mengikut adat-istiadat melayu dalam resepsi. Tangan direnjis air wangi dan bersalaman dengan mak mertua. Mereka hanya ada seorang mak mertua dan kedua-dua ayah mereka dah tiada.
Dareen adalah yatim. Setahu dia, ibunya telah tiada dan ayahnya tidak tahu hidup atau mati.
"Malam pertama jangan gelojoh sangat. Kalau boleh jangan hari-hari nanti tak sempat matang. Itu tips lah nak dapat anak. Buat 2-3 kali seminggu okey dah." Mak Dihwan, Puan Nawra tiba-tiba menjadi doktor pula disini. Angguk sajalah Dareen pun. Dia takde niat mahu buat pun. Kenal pun tidak manakan dia mahu mulakan langkah.
"Mak, awal lagi mak bagi kami enjoy dulu." Ujar Dihwan sambil tersengih malu-malu kucing terberanak. Puan Nawra pun angguk saja kepala memahami.
Selepas semuanya disalam dan beramah mesra - Dareen jelah tak mesra - mereka dikipas oleh sang pengapit. Susah cari pengapit sebab Dareen takde kawan. Yasmin jugalah yang carikan.
"Anak awak mana?" Bisik Dihwan ditelinga Dareen.
"Tu. Yang tengah duduk tu depan sekali." Balas Dareen, merujuk kearah seorang budak lelaki yang hanya duduk diam saja diatas kerusi sambil melihat kearah Dareen. Ibunya dah kahwin lain. Best ke macamni?
"Senyapnya dia"
"...maybe sebab dah biasa kena 'train' dekat rumah." Ujar Dareen. Dialihkan pandangannya kearah lain. Memang kelihatan ada kesan biru ditangan Ashal, anaknya itu. Dihwan mengangguk faham. Dia tahu Dareen abusive tapi kenapa dia kahwin dengan Dareen?
"Comel. Macam awak." Dihwan senyum. Dareen sedikit pun tak terkesan dengan pujian tersebut. Dia bersandar pada kerusi sambil menilik kukunya.
"...don't expect much about tonight. I'm not interested to get a kid."
"Naurr. I'm not going to force you if you don't want to. Maybe just a little smile please? I never see you smile, Dareen." Suara Dihwan lembut saja meminta namun Dareen menggeleng kepala tidak mahu. Dihwan mencebik kecewa. Dareen memang tak mudah kasihan dengan orang.
"...what's actually the point of you to marry me? I'll just hurt you outside and inside." Dareen bertanya. Mereka ni berbual seperti tiada pengapit yang sedang mengipas. Mereka pun bukan dengar sangat apa mereka berdua bualkan sebab suara yang perlahan dan muzik yang kuat.
"Saya nak ubah diri saya. Nak cabar diri saya jaga awak."
"Cabar? Awak fikir ni permainan ke? Don't make a marriage something's like your stupid squid game. We'll together getting hurt by your game, Dihwan."
"No, it's not like that. Haih, you'll never understand, Dareen. Let just stay by each other and help each other okay? Together we'll raise Ashal."
Dareen senyap. Ashal dipandang sekilas. Dia masih setia duduk dikerusinya. Dia tak berani nak bangun risau Dareen akan memarahinya. "Macammana kalau awak sendiri yang langgar janji tu?"
"I'll let you go."
"Deal?"
"Deal."
**************
Dareen membuka tudungnya dihadapan cermin. Dia bukanlah jenis yang bertudung jadi dia tak boleh kalau pakai tudung lama-lama. Dihwan perhati saja dia dari sisi katil."Janganlah buka tudung. Nanti kan nak sapa tetamu lagi. Orang belum balik lagilah." Tutur Dihwan lembut. Dareen mengerling kearah Dihwan dan geleng kepala.
"Sekarang ni yang tanggung dosa saya siapa?"
"Saya."
"Jadi? Biarlah saya nak buka ke tak."
Dihwan hanya geleng kepala melihat perangai isterinya itu. Kalau tidak ditegur, semakin melaratlah. Dah tegur pun sama je. Dihwan melihat saja tubuh badan Dareen da pinggangnya yang ramping itu. Janda, anak dah satu, umur dah 30 lebih tapi badan masih cantik macam anak dara.
"Mama..." Ashal membuka pintu bilik. Dipandang sekilas pada Dihwan yang sedang berdiri tepi katil kemudian dipandang ibu kandungnya.
"Apa?"
"...Ashal nak balik..."
"Kita balik esok petanglah, Ashal. Pergilah tanya mama kesayangan kau tu kalau nak tidur. Sabar boleh tak?"
Ashal diam. Ditutup pintu bilik semula. Silap pula dia tanya pada Ashal. Kan dah dapat leteran percuma.
"Kenapa marah dia? Dia tanya je kan?"
"You're not his real father so you don't have any right to talk." Balas Dareen. Dikunci pintu bilik agar tiada yang masuk tiba-tiba lagi. Dihwan hanya geleng kepala lalu dibuka baju melayu nya itu.
Dareen juga buka baju pengantin yang dipakai. Masing-masing hanya buat hal sendiri takde pun nak dekat ke apa. Dalam dunia mereka sendiri. Namun selepas Dihwan menyarung t-shirt hitam dan seluar track hitam, dia berjalan kearah Dareen dan merapatkan wajahnya ke wajah Dareen.
"Jom keluar sama-sama?"
Dareen berkerut dahi. Direnung wajah Dihwan marah dan tiba-tiba, tangannya laju menampar wajah Dihwan.
"Aduh!"
"Can you not caring about me?"
"But I-"
"Stop it. You annoyed me, Dihwan."
YOU ARE READING
Dareen Farhana
RomanceDareen Farhana Binti Johari merupakan seorang pesakit IED dan tidak dapat mengawal kemarahannya. Bermulut lantang dan sentiasa fikirkan apa orang kata pada dia. Disebabkan kelemahan dia yang satu ini, anak adalah tempat dia meluah geram. Namun ini t...