sahabat

4.5K 35 0
                                    

Saya tidak memerlukan
Jumlah sahabat yang berjuta
Andai hanya ada sebilangan sahaja
Yang ada di waktu senang susah saya

Saya tidak memerlukan
Jumlah sahabat yang berjuta
Andai kebanyakkan dari mereka
Mengharap balasan setiap masa

Malah saya tidak memerlukan
Jumlah sahabat yang berjuta
Andai hadir awak seorang sahaja
Itu sudah buat saya terasa bahagia

Kurang saya
Awak terima seadanya

Jahat saya
Awak simpan sedalamnya

Malah kasih sayang kita
Hanya demi Allah yang Esa

Itulah yang dikata
Ukhwah kerana Allah selamanya

Lagipun buat apa ada berjuta
Kalau semua hilang bila susah
Lebih baik cuma ada seorang dua
Tapi senantiasa ada senang dan payah

Sahabat dari Allah
Dari dunia hingga ke jannah

For my friend ex-student smk tandek 06, ex-student pldkudat '11, ex-student Institut pengajian islam dan dakwah '14
Thanks for the relationship #^_^

SahabatWhere stories live. Discover now