17 November 1709, jauh-jauh didalam sebuah hutan yang penuh dengan magik, terdapat dua buah kerajaan terkenal yang diperintah oleh dua makhluk berbulu yang sangat comel.
Park Jimin dan Min Yoongi adalah seekor kucing. Park Jimin, kawan baik juga merupakan raja kepada Kerajaan Jem, manakala Min Yoongi merupakan raja kepada Kerajaan Yogurt.
Mereka berdua berkawan baik, rapat dan selalu menolong dengan sesama kerajaannya. Semuanya baik, sebelum munculnya seorang manusia.
Ya, manusia.
Makhluk yang sangat aneh dan unik dAN juga boleh berbicara dengan kucing-kucing disana! Menarik, bukan?
Manusia itu diarahkan tampil ke hadapan, berjumpa dengan kedua-dua raja tersebut tetapi Yoongi mempunyai hal lebih mustahak dari kes manusia ini, jadi dia terpaksa datang lambat seminit. Alah seminit je!
Jadi, disana hanya ada Jimin dan Manusia sahaja.
Sebaik saja tiba di taman istana Jem, dia terlihat Manusia dan Jimin sedang tergelak besar.
Oh kambing.. Park Jimin ni memang tak takut dengan Manusia tu langsung. Kalau lah tiba-tiba, Manusia tu berlaku agresif, tidak ke maut akan menjemput dia? Bodoh betul.
Baru saja kaki mahu mendekati mereka, tiba-tiba gelak tawa mereka terhenti dan digantikan dengan nada suara keras milik Jimin.
"Kenapa kau membantah perintah beta? Beta mahukan kau! Jadi hamba beta! Sekarang!"
"Apa kau merapu ni kucing? Takde masa aku nak jadi hamba kau. Aku cuma ajak kau main masak-masak dengan aku je tapi kau tak nak. Ha, dah la cau lu,"
Dipetang yang indah, mereka sedang bergaduh. Wow. Manusia yang pertama mahu beredar dari situ tapi langkahnya terhenti saat Jimin mengeluarkan taring dan kuku tajamnya dan mula menyerang Manusia.
"ARFGHH! APANI MAIN GEGET GEGET?! TAMPAR KANG- WOI SAKIT!"
Yoongi terkaku, melihat si comel loteh Jimin berubah menjadi si agresif, ganas, grr, jahat, pelik, menyeramkan, meresahkan, mengerikan, mengaumkan dan semua ayat yang bermula dengan meng- yang tak boleh di brain lagi!
Sungguh tidak percaya. Ini ke sahabatnya yang pernah bermain kahwin-kahwin dengannya dahulu? Oh my cicak?!
"Jem! Apa kau buat ni?!" Selepas beratus minit Yoongi berdiri statik dan hanya melihat Manusia diserang teruk oleh Jimin, akhirnya dia mengeluarkan suaranya emasnya juga, memberhentikan perlakuan ganas Jimin.
Jimin tersentak lalu perlahan-lahan, dia melepaskan rambut Manusia.
"Aku.." Jimin kehilangan ayat. Buntu. Dia melihat ke arah Manusia yang kelam kabut mahu melarikan diri,.....
Tapi saat mahu menuruni tangga, dia terpijak ekor Jimin, jadi dengan refleks yang sangat cepat, Jimin menggigit kakinya dengan kuat.
"ARGHJHHHH!"
BUK!
Manusia terpelecok lalu tersembam dan jatuh ke atas tanah! Dan bum. Cecair merah mula mengalir keluar dari kepalanya. Mata terbuntang luas. Tubuhnya jatuh betul-betul di hadapan mata Yoongi.
Buat beberapa minit mereka berdua hanya berdiam diri dan merenung Manusia. Jimin lah yang pertama dahulu mendekati tubuh Manusia, ditolak-tolaknya kepala si Manusia itu, mahu mengejutkannya tapi malang, lalat langau juga sudah mula datang menghingap. Myeowcks!
"Jem.."
"Diam Yoongs, diam! Aku tak tahu nak buat apa! D..Dia yang tak mahu dengar kata! A..Aku.. Aku cuma.." Jimin loading lagi sekali. Berselang-seli dia memandang tubuh Manusia lalu wajah Yoongi sebelum satu idea datang memasuki mindanya.
YOU ARE READING
Dia, Kucing Aku | Yoongs
Short Story"Kehadiran aku sebagai seekor kucing adalah untuk bersama semula dengan kau, sayang." Copyright © 2020 by pottaetto | S1&S2 COMPLETED