Samad & ikan kecil dilautan part 1

6.1K 46 2
                                    

Samad seorang nelayan yang yatim piatu telah kematian kedua ibubapanya sejak usianya muda lagi. Bapanya mati lemas semasa menangkap ikan di laut ketika bot kecilnya dipukul ribut kuat masa dia kecil lagi dan emaknya pula meninggal berberapa tahun lepas selepas terkena penyakit strok semasa dia baru hendak turun dari rumahnya untuk sembahyang subuh di surau berdekatan. Samad anak tunggal dalam keluarga kecilnya ini, walaupun ada jiran dikampungnya itu yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat namun dia menolaknya disebabkan dia lebih selesa duduk seorang diri di rumah pusaka buruk dari ibubapanya. Selepas dia gagal dalam perperiksaan SRP, Samad tidak bersekolah lagi. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai nelayan di persisir pantai di kawasan berdekatan dengan rumahnya itu untuk mengambil upah sebagai awak-awak kepada tekong bot nelayan.

Menikmati zaman remajanya seperti kawan-kawan yang sama umurnya juga tidak pernah dikecapinya olehnya dan tambahan pula kehidupannya agak susah tak seperti orang lain juga menyebabkan dia terpaksa berusaha mencari pendapatannya sendiri untuk terus...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Menikmati zaman remajanya seperti kawan-kawan yang sama umurnya juga tidak pernah dikecapinya olehnya dan tambahan pula kehidupannya agak susah tak seperti orang lain juga menyebabkan dia terpaksa berusaha mencari pendapatannya sendiri untuk terus hidup itu. Namun dia tak pernah mengeluh dengan dugaan semua ini dan bersabar dengan ketentuan Allah uji kepadanya ini. Berkat kesabarannya berkerja sebagai pembantu kepada tekong bot nelayan itu selama bertahun-tahun, dia akhirnya dapat mengumpul sedikit demi sedikit duit simpanan dari gaji yang di terimanya untuk membeli sebuah bot nelayan kecil untuknya. Dengan adanya bot ini, dia sendiri sudah dapat menangkap ikan di laut selepas itu dan menjualnya di pasar seperti nelayan lain.
Samad tinggal di sebuah kampung yang terletak di sebuah negeri di kawasan pantai timur semenanjung. Dia seorang yang taat pada ajaran agama Islam, arwah ibu dan bapa dulu amat menitik berat ajaran agama kepadanya. Walaupun dia duduk berseorangan di rumah buruk peninggalan ibubapanya, namun dia sering mengerjakan solat berjemaah di masjid berdekatan dengan rumahnya ini sperti ibubapanya dulu. Disebabkan tidak mahu terlepas solat berjemaah ini, dia lebih suka menangkap ikan di laut pada sebelah malam selepas solat insyak. Cahaya bulan yang menyenari laut pula pada sebelah malamnya itu dia rasakan lebih menenangkan hatinya untuk pergi menangkap ikan walaupun kadang kala ia mendatangkan risiko bahaya kepadanya menangkap ikan berseorangan dilautan itu ketika cuaca buruk atau di musim tengkujuh.

Dia biasanya akan turun bersorangan dengan perahu kecilnya ke laut setiap malam selepas selesai menunaikan solat Isyak. Selalunya dia akan pastikan botnya pulang ke pelabuhan dari menangkap ikan di laut sebelum subuh untuk menjual segera hasil tangkapan yang dia dapat di pasar pagi dan selepas itu dia akan pastikan dia sempat ke surau untuk bersolat subuh berjemaah. Ikan-ikan yang dijualnya dia akan pastikan semuanya masih segar-segar untuk dijual disitu dan bakinya dia akan ambil seekor dua dibawa pulang untuk dimasak olehnya. Kebiasannya di pasar itu sudah ada 'tok peraih' yang menunggu untuk membeli semua hasil tangkapanya hari itu. Setelah selesai solat subuh itu dia akan ke pasar kembali mengutip duit hasil tangkapannya tadi dari tok peraih, selepas itu barulah dia pulang ke rumah dan berehat, itulah rutin kerja sehariannya setiap hari. Duit yang dia dapat pula dia akan pakai separuh untuk belanja hariannya dan selebihnya dia akan simpan untuk simpanan kecemasannya bagi persediaan musim tengkujuh nanti yang dia tidak boleh turun ke laut.

Cerita Dongeng *Samad dan Ikan Kecil Dari Lautan (Complated Dec 2020)- EDITING Where stories live. Discover now