Samad dan ikan kecil dilautan part 3

4.3K 36 2
                                    


Keesokan harinya, Samad menukar rancangannya lagi, dia bersiap-siap awal lagi pagi ini untuk turun ke laut. Dia jenis orangnya yang tidak suka putus asa, sebenarnya dia tidak ke laut lagi hari ini seperti dia buat semalam, tetapi kali ini dia bersembunyi di sebalik semak berdekatan di kawasan pintu dapur rumahnya pula. Dia hanya duduk diam disitu sahaja dari masuk ke dalam rumahnya seperti semalam. Tempat persembunyian dia kali ini tidak boleh diihat orang pada mata kasarnya dari dalam rumahnya disebabkan terlindung dengan belukar tebal tertapi ia jelas untuk pandangan Samad ke arah kawasan ruang dapur rumahnya. Lama dia menunggu di situ, tiada apa yang berlaku seperti semalamnya, hampir sahaja dia bangun dan masuk kerumahnya macam hari sebelumnya. Tidak lama kemudian, tiba-tiba telinga Samad terdengar seperti bunyi pinggan dan mangkuk berlaga dan bunyi selepas itu pula seperti orang yang sedang memasak di dapurnya didengarnya dari tempat dia sembunyi itu.



Dia pelahan-lahan keluar dari belukar tadi dan mendekati pintu belakang dapur rumahnya. Dengan berhati-hati dia melangkah menghampiri dinding kayu rumahnya untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi semasa dia berjalan itu, dia mencari dari celah-celah rekahan dinding kayu rumah usangnya itu lobang untuk dia mengintai dalam rumahnya. Akhirnya dia terjumpa satu lobang di situ yang boleh dia mengintai dari dalam rumahnya mengadap ke bahagian dapur itu. Mula-mulanya dia tidak nampak apa yang luar biasa dalam rumahnya tertapi lama dia perhatikan dia mendapati ada kelibat susuk tubuh manusia sedang bergerak-gerak dalam rumahnya itu.

 Mula-mulanya dia tidak nampak apa yang luar biasa dalam rumahnya tertapi lama dia perhatikan dia mendapati ada kelibat susuk tubuh manusia sedang bergerak-gerak dalam rumahnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


'Berani ada orang masuk menceroboh dalam rumah aku ke siang-siang macam ini? hatinya tiba-tiba panas. Apa yang dia nak curi dalam rumah aku yang takda apa-apa ni''. Tanpa berlengah lagi dia cepat-cepat masuk ke dalam rumahnya itu dan menangkap orang yang menceroboh rumahnya ini.



Alangkah terkejutnya Samad apabila dia terlihat ada seorang gadis yang sangat cantik sedang membasuh beras untuk dimasak di dapurnya. Gadis itu juga berasa terkejut dengannya kerana pastinya dia tidak menyangka Samad akan pulang secepat itu. Gadis itu seperti tidak sempat menyembunyikan dirinya lagi.



Samad:'kamu ini siapa, kenapa kamu ada dalam rumah aku?'tanya Samad. Gadis itu hanya dia membisu.



Samad:'Cepat...kamu bagitahu atau aku bawa kamu ke balai polis sebab kamu telah memecah masuk rumah aku'. Samad mengugut gadis itu.



Gadis:' Jangan tuan ..saya berniat baik...hmm baiklah.... jika itu yang kamu mahu...aku sebenarnya adalah ikan kecil yang engkau tangkap dilaut hari itu dan di pelihara oleh kamu dalam belanga kaca itu,' jawab gadis tersebut dengan suara yang lembut sekali.



Samad berasa sungguh hairan lalu dia berjalan mendapatkan belanga kaca yang mengandungi ikan kecil itu.Kelihatan Ikan kecil itu sudah tidak ada lagi disitu apabila Samad melihat ke dalam belanga kaca itu. Sambil dia menoleh kepada gadis itu, Samad bertanya lagi,



Samad: 'Kamu jangan cuba hendak menipu aku...bagaimana pula kamu boleh bertukar menjadi manusia?' Gadis itu kemudian menjawab pertanyaan Samad.

Cerita Dongeng *Samad dan Ikan Kecil Dari Lautan (Complated Dec 2020)- EDITING Where stories live. Discover now