Setelah kejadian di mana haechan pertama kali bertatapan dengan gadis bita yang sialnya comel itu
Haechan seakan menjadi anak kucing yang mencari keberadaan ibunya, sekolah yang selalunya membosankan baginya kini ia kelilingi semata untuk mencari kelibat gadis yang sudah mencuri hatinya itu
Dari gelanggang sukan hingga keatas atap haechan susuri demi mencari gadis bermata kelabu itu, setiap lorang ia masuki dan seluruh kelas ia periksa namun bayang gadia itu saja tidak ia lihat
Sesekali ia mendesis kesal kerana tidak dapat menemukan keberadaan si pujaan hati
"Mana dia ni?" keluh haechan seraya mengacak kasar rambut hitamnya
"Hm!" haechan mendengus sebelum berlalu keluar dari dewan kolam renang yang sunyi
Dia menyusuri beberapa lorong lagi dengan harapan ia dapat bertemu si gadis
KRING!!!
Bunyi lonceng petanda waktu rehat sudah usai membuat haechan memaki dalam hati, terpaksalah ia masuk kedalam kelas!
"Tak guna!" ujar haechan geram sebelum berlalu dengan langkah kasar
Saat hendak melintasi bilik music langkah si pemuda menjadi perlahan kerana telinga terdengar suara dentingan piano yang sangat merdu dan sempurnah. Tut piano di tekan dengan lihai membuat ia terbuai
Dan dengan rasa ingin tahu yang tinggi haechan mendekati pintu bilik music yang sedikit tersingkap itu
Dan dengan mata bulatnya haechan membungkuk kan sesikit badanya dan memfocuskan matanya kearah seseorang gadis yang duduk membelakang tingkap bilik sambil bermain piano
Dan untuk kali dua haechan kembali terpaku oleh mata kelabu yang ia cari sedari tadi
Kulit putih dan seragam putih membuat ia kelihatan seperti putri dari kayangan di tambah sinar matahari yang menyinarinya dari arah belakang menambah kesan indah untuk si gadis
Namun ada yang menjadi persoalan, mengapa mata si gadis terus menumpahkan air mata? Dan mengapa irama yang di alunkan si gadis terdengar begitu menyedihkan? Apa maksud di sebalik irama ini?
Haechan begitu ralit memandang keindahan gadis itu tanpa menyadari bahawa ia sudah ponteng satu kelas, namun apa ia kesah? Yang penting rindunya terubat.
Tongkat barunya ia genggam erat dan mulai mengetuknya oada lantai untuk memeriksa jalan yang akan ia lalui
Matanya sedikit sembab dan sedikit merah, pipinya juga masih ada bekas air mata yang mengering
"Arin.." sapa satu suara saat arin sudah berjaya keluar dari bilik music tempat ia menenangkan hatinya
"Siapa?" tanya arin pula sambil memanjangkan tangan nya cuba menggapai seseorang itu
"Saya orang yang tolong awak semalam" nyata haechan sambil meraih tangan arin agar berhenti meraba udara
"Ohh.." arin hanya bero sahaja di susuli anggukan faham sebelum menarik tanganya dari pegangan haechan
Dia memandang lurus kearah haechan seakan dia dapat melihat wajah haechan.
"Lee donghyuk kan?" tanya arin mencari kepastian,
"Ya" jawab haechan dengan senyuman bahagia, bahagia kerana pujaan hati mengingat baik namanya, dan sumpah hati haechan terasa di gelitik saat namanya meluncur keluar dari bibir comel itu, dan jangan lupakan suara arin yang sangat lembut, aduhai.. Syahdu sekali!
"Saya tak akan lupakan jasa awak" kata arin dengan senyuman manis, dan lagi haechan terpanah! Aduh..! Pujaan hati berkata ia tak akan melupakan dirinya!! Bahagia woi!
"Terima kasih" ucap haechan dengan senyuman malu - malu yabg cuba di tahan tapi tak mampu
"Awak free petang ni?" tanya haechan dengan harapan yang sudah menjulang tinggi
"Ya, kenapa?" balas arin dengan kening yang di angkat sedikit
"Saya nak ajak awak pergi minum" nyata si pemuda gembul ini
Arin senyum manis "boleh, tapi saya nak singgah suatu tempat dulu" ujar si gadis menyatakan keinginanya
"Baiklah" si pemuda setujuh, dan senyuman lebar tercetak di wajah tampan itu.
Haechan terkaku, angin sempoi - sempoi bahasa menerpa dirinya membuat rambutnya beralun kiri dan kanan mengikut arah angin bertiup
Padang luas dan di hiasi hijaunya rumput - rumput pendek subur
Di beberapa bahagia ada batu empat segi yang terpacak dan tersusun rapi
Di hadapanya ada arin yang melutut di hadapan sebuah nisan yang kelihatan masih baru kerana tanahnya masih basah dan berwarnah sedikit kemerahan
Di batu nisan itu terukir nama choi jiwon, adik arin yang baru sahaja haechan lihat kelmarin pagi saat menghantar kakaknya ke sekolah.
Apa yang dah jadi?!
"Jiwon tertimpa kemalangan kelmarin saat akan menuju sekolahnya" jelas arin seakan dapat mendengar suara hati haechan
Lelaki berkulit tan itu terkesima, sungguh ia terkejut mendengar kenyataan itu
"Sepatutnya dia tak hantar saya ke sekolah" ujar arin dengan nada yang sarat dengan kesedihan, mata kelabunya kembali menumpakan cecair jernih yang kita panggil air mata mata.
"Saya dah tak ada sesiapa.." tangisan arin pecah jua walau sekuat tenega ia tahan, kehilangan adiknya membuat pertahanan yang sudah ia bangun roboh.
Dan ketabahan hatinya menghadapapi kesukaran hidup musnah! Ia hancur saat berita itu ia terima, mengapa harus begini?
Arin bertahan dengan kerasnya hentaman hidup kerana ia masih ada adik yang harus ia jaga, kerana dia tahu bertapa sedih hati adiknya saat ibu bapa mereka mati dalam sebuah kemalangan jalan raya
Hati haechan seakan tercubit mendengar isakan itu. Dan denga wajah yang turut memaparkan kesedihan haechan mendekati arin dan duduk di sisi kirinya
"Arinie" panggil haechan lembut tanganya ia bawa kebahu arin, "saya akan ada untuk awak" ujar haechan tulus sebelum mengalih kan tanganya dari bahu arin kepipi si gadis saat arin menoleh kearahnya
Mata mereka beradu.
"Jangan sedih" pinta haechan dengan suara lembut, arin berhenti menangis walau isakan sesekali masih keluar
"Awak nak jadi kawan saya?" tanya arin sambil menatap kosong kearah haechan
"Bahkan lebih dari tu pun saya nak" jawab haechan dengan senyuman
Arin senyuman bahagia "terima kasih" ucap arin bahagia.
Haechan senyum dan hatinya berkata "aku bersumpah akan selalu menjaga arin hingga akhir hayat ku!"
"Jom jalan - jalan" pelawa haechan dan langsung di setujui oleh arin
Kesedihan yang tadi melanda hati arin seakan lenyap dan di ganti dengan senyuman indah yang selalu berjaya memporak - perandakan hatinya
Haechan menatap kearah arin yang berjalan di sebelahnya, gadis itu begitu cantik dan comel, hatinya juga baik dan dia sangat ramah.
Walau matanya buta namun hati si gadis bersinar terang seperti bintang di langit, haechan mengamati keindahan arin
"Bidadari" gumam haechan da sialnya arin mendengar gumamanya itu
"Hah?" arin menoleh dan dan haechan sudah menyumpah serapah untuk dirinya sendiri
Kenapalah boleh terlepas cakap pulak ni!??
.
Kamu merasa lebih baik??
KAMU SEDANG MEMBACA
STAR (Lee Haechan)
FanfictionArin hanya seorang gadis buta yang selalu di jerut sakt, dan haechan hadir menjadi penyelamat si gadis walau takdir di akhir kisah mereka begitu memilukan jiwa..