Monolog-Lelaki

3 0 0
                                    

Chapter Akhir
Apa yang aku buat…
Dihadapan mataku, Aida memperkenalkan aku dengan tunangnya. Malah kad putih, yang tertera dengan nama mereka berdua. Aku..apa aku buat..Mungkin berat, perasaan aku saat ini. Aku berlalu meninggalkan Najmi dan Aida. Tanpa hala, aku berterusan melangkah.
Kenapa…kenapa…
Di hujung atrium binaan hotel yang berhampiran dengan chalet-chalet kecil, aku berhenti melangkah. Aku menyandarkan kepala ke arah tiang batu. Air mata yang tak mampu ditahan, terus membuak-buak turun membasahkan wajah. Sakit! Sakit yang teramat sangat.
"Aku tak kuat.." bergetar, lafas yang terluah di bibirku. Bukan sehari, aku pendam segala perasaan ini terhadapnya. Bertahun-tahun, dan apabila aku mempunyai kekuatan. Kenapa dia perlu dimiliki.
Bukan ini yang aku pinta..bukan ini yang aku inginkan. Rintihku dalam sendu yang dalam.
Tangan yang digengam erat, mengambar jiwaku yang perit tak terkata. Diramas dada baju. Menahan sesak perasaan yang begitu menyakitkan jiwa. Semakin aku pendam, semakin tebal perasaan yang dikendong.
Jelas, ini adalah satu pembalasan dendam yang menyakitkan. Sukar aku meluputkan perasaan yang berbuku yang aku pendam selama ini. Malah, aku terpaksa menerima bahwa dia milik orang.
Aku seperti seorang lelaki berperwatakan suka bergurau dan berjenaka, ceria. Tetapi, itu hanya kelihatan di luaran sahaja.
Esak tangisku makin melebat. Kakiku lemah, membuatkan aku jatuh melurut ke bawah. Mujur, malam yang semakin larut ke tengah malam. Kebanyakkan, hanya staf hotel sahaja yang berkeliaran.
Adakah ini berpunca dari dosa lamaku. Aku menyoal diriku sendiri. Adakah aku tiada peluang?? Ya Allah..aku ingin putarkan masa laluku. Aku mahu, masa laluku.
Bibirku bergetar. Aku merintih, "Allah…aku lemah.."
Dadaku terasa terobek, disiat-siat hidup-hidup. Kebas! Aku menumbuk dada, menahan sakit yang memerit.
Malam ini, air mataku turun semahu hati. Hatiku yang tersangat luka, bagaikan jantungku dihiris berkali-kali. Seperti, tiada apa pun yang mampu mengubat jiwaku. Hanya pada Sang Pencipta yang mendengar rintihan malamku.
Aku rindu dia, tetapi dia milik orang lain. Aku ingin dia, menjadi sebahagian hidupku. Tapi, dia bukan kepunyaanku. Kenapa, cinta ini datang bila dia pergi. Kenapa aku perlu hadap semua ini. Tolong aku ya tuhan, putarkan masa laluku.
"TAMAT"

Putarkan masa laluWhere stories live. Discover now