Chapter Three

4 1 0
                                    

"Jadi dekat mana HQ Via Lactea nie?" tanya Erna. Enzo dan Cikgu Mira memandang sesama sendiri. "Well.. kita kat bawah tadika lama kamu" kata Cikgu Mira sambil tersenyum. Erna hanya mengangguk faham. Dia tidak lagi pelik dengan apa-apa yang diperkatakan sekarang. "Saya tanya lagi boleh?" tanya Erna sambil memandang Enzo. Enzo mengangguk.

"Jadi.. kenapa Pakcik tembak saya, sehingga saya jatuh dari jambatan?" tanya Erna. Soalan itu membuatkan suasana bilik tersebut menjadi sunyi. Cikgu Mira memandang Enzo dengan pandangan tajam. Dia kemudian mencekak kolar baju Enzo dengan kuat. "Kau buat apa dekat dia?!" Marah Cikgu Mira. Genggaman tangannya menjadi semakin kuat. Enzo mula menggelabah.

"Aku bukan tembak dia.. Tapi tembak dark urge yang melekat dekat die!" kata Enzo cuba untuk mempertahankan diri. "Lepastu kau biarkan die jatuh? Dari jambatan pula?!" Marah Cikgu Mira lagi. Enzo memandang kearah lain. "Sebab tu aku bagi dia cincin tu.. tengok kalau dia sesuai" katanya perlahan. Cikgu Mira melepaskan kolar baju Enzo.

"Sekarang dia dah diterima oleh Cincin tu.. kau nak buat apa?" tanya Cikgu Mira. "Ah! sebelum aku lupa" kata Enzo yang mengabaikan persoalan Cikgu Mira tadi. Dia mengambil sesuatu dipoket seluarnya. "Oii aku cakap dengan kau nie" kata Cikgu Mira. Enzo mengeluarkan sebentuk cincin berwarna unggu hitam lalu menyerahkan pada Erna.

"Tu saya dapat dari dark urge yang melekat dekat kamu" kata Enzo sambil tersenyum. Erna menerima cincin tersebut lalu membeleknya. "Macam mana.." belum sempat Erna menghabiskan ayatnya pintu bilik itu dibukak dengan kuat.

"Papa! Mama! betul ker apa yang saya dengar?!" kata seorang remaja lelaki sambil masuk kedalam bilik tersebut. Dua orang lelaki yang berpakaian pengawal berada dibelakangnya. Mereka berdua cuba untuk menahannya dari masuk tetapi gagal.

"Maafkan saya Tuan, Puan. Kami dah cuba halang dia" kata salah seorang dari pengawal tersebut. Enzo mengeluh. "Kamu berdua boleh pergi" katanya. Dua orang pengawal itu tunduk lalu pergi meninggalkan bilik tersebut. Remaja lelaki tadi mendekati Enzo. "Papa jawab apa yang saya tanya! betul ker papa dah bagi cincin tu pada orang lain?" tanya remaja lelaki itu.

Enzo memandang Cikgu Mira seperti meminta bantuan. "Shawn.. sayang.. Mama tahu kamu dah berlatih untuk dapatkan cincin tu, tapi keluarga kita tak boleh gunakannya" kata Cikgu Mira sambil memengang bahu ananknya. Enzo mengangguk. "Betul cakap Mama kamu, keluarga kita hanya ditugaskan untuk menjaganya, bukan jadi penggunanya" kata Enzo. Shawn mengeleng. Dia tidak berpua hati.

"Tak.. saya boleh gunakan cincin tu, percayalah mama" kata Shawn. Dia memandang sekelilingnya lalu ternampak Erna yang duduk dikatil. "Kau ker yang dapat cincin tu?" tanya Shawn lalu mendekatinya. Erna hanya mampu diam. Shawn merasa marah. "Bagi aku cincin tu sekarang!" marah Shawn lalu menggenggam kolar baju Erna. "Cukup tu! kamu keluar sekarang!" arah Enzo marah. Shawn mengabaikan arahan bapanya itu.

"Papa kata keluar!" marah Enzo lagi lalu menarik Shawn keluar dari bilik itu. Shawn menolak Erna sehingga dia terjatuh dari katil. "Erna!! Kamu tak apa-apa?" Tanya Cikgu Mira membantu gadis itu bangun. "Lepaskan Shawn! Cincin tu Milik Shawn!!" marahnya sambil meronta. Enzo tidak memperdulikan anak lelakinya itu. Dia terus menariknya keluar dari bilik tersebut.

Erna memandang Cikgu Mira. "Maafkan anak saya tadi" kata Cikgu Mira sambil tunduk. Erna mengangguk. "Tak mengapa tapi, kenapa?" Tanyanya sedikit pelik. Cikgu Mira memandang kearah Erna. "Kenapa apa?" tanyanya. "Kenapa cikgu kahwin dengan pakcik tu?" Tanya Erna. Cikgu Mira terkedu.

"Hahaa..." gelak Cikgu Mira kekok. Dia memandang kearah lain sambil memegang kepalanya. "Saya fikirkan perkara sama selama 35 tahun nie" katanya lagi lalu duduk di penjuru bilik. Erna berasa bersalah. "Aa... Maafkan saya" kata Erna.

**********

Erna bersama Cikgu Mira berada didalam lif untuk kembali ke tadika. Mereka berdua tidak berkata apa-apa semenjak perbincangan tadi. 'Aku dah buat cikgu marah ker?' kata hati Erna. Dia memandang cikgu Mira dari ekor matanya. Cikgu Mira hanya memandang kearah telefonnya. Erna mahu berkata sesuatu, tetapi pintu lif mula terbuka.

Beauty In A CurseWhere stories live. Discover now