QA 01

31.7K 438 9
                                    

"SO how? Pergi tak minggu depan?" Serta-merta Hanna paut bahu Kassandra dari belakang, kasar. Sampai tergelincir langkah gadis itu dibuatnya.

"Oops." Hanna tayang sengih sumbing bila gadis itu menghantar jelingan maut. Ini pasti Kassandra tengah berangan. Dia baru tarik sikit, gadis itu dah nak jatuh.

"Kau termenung apa? Dari tadi lagi aku tengok diam semacam," ujar Hanna. Dia mengambil tempat di sebelah Kassandra yang sudah duduk di atas bangku depan kafe itu.

Kassandra menggeleng. "Aku tak tanya dia lagi."

"Alah, tak payah bagitau punlah. Aku nak ajak kau pergi picnic je pun." Hanna memasukkan buku Calculus tebalnya ke dalam tote bag.

Ikutkan, tak mahu dia bawa buku setebal dua inci ini. Tetapi pensyarah yang garang itu tak akan benarkan pelajar masuk ke kelasnya sekiranya tiada buku subjek yang akan diajar di tangan. Eei, tak sukanya. Bukan pakai pun nanti. Lecture notes kan dah ada.

Kassandra tenggelam dalam fikiran. Apa yang diperkatakan Hanna umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Hoi. Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Hanna dah mencekak pinggang.

"Shh. Aku tengah fikir." Kassandra berpaling. Berkerut-kerut dahinya memandang rumput di kaki. Tak tahu kenapa ada rasa yang tak kena. Dari pagi tadi lagi dia dah tak ada mood nak ke kelas. Semua sebab cuti punya pasal.

"Tengah fikir abang-abang angkat kesayangan kau nak balik? Ha, baguslah. Ni aku nak bagitau, mak kau cakap dia orang nak sampai dekat airport lagi dua puluh minit. Dia suruh kau ambilkan. Aku, kena tolong mommy aku dekat rumah kau."

Kassandra mengangguk sekilas. "Hmm."

Sebelum akal memproses, matanya sudah bulat. Apa Hanna cakap?

"Kau cakap apa tadi? Aku yang kena ambik?" Kassandra dah naik suara. Refleks tubuhnya bangun dari duduk. Tak dihiraukan dah mata-mata orang terdekat yang memandang. Sekarang ini, berita yang baru disampaikan Hanna betul-betul buat dia terkedu.

"Ha yelah. Baru nak terkejut? Berangan la tu." Hanna menggeleng kemudian keluarkan telefon. Mesej ibu saudaranya, Puan Rania dibuka.

"Ni ha, dia kata kau tak balas-balas lagi mesej dia dari pagi tadi. Dia suruh pesan kat aku, bagitau kau ambik abang abang handsome tu nanti. Aku tak boleh ikut. Nanti tak muat. Mak kau dah pesan macam tu, so, kau ambil sorang la ye." Hanna sengih di hujung ayat.

Kassandra mengerut. Hidung terasa berkeriut seiring dengan rentak dada yang terasa memberat tiba-tiba.

"Kenapa tak suruh driver je?" tanyanya, tak puas hati. Apa gunanya Pak cik Yazid dekat rumah tu?

"Kenapa kau tanya aku? Manalah aku tahu. Kau tanyalah mak kau. Dahlah aku nak balik. Nak siap-siap, sebelum mommy aku membebel. Kelas kita dah habis lama tapi kau termenung kat sini pulak dari tadi. Baik kau pergi sekarang kalau tak nak kena marah dengan abang-abang handsome tu." Hanna buat muka jahat.

Kenal sangat dengan perangai sepupu yang itu. Seronoklah tengok Kassandra terkial-kial nanti kalau ada apa-apa yang tak kena.

"Hanna, temanlah aku." Kassandra memujuk. Lemah suaranya. Takut...

Hanna menggeleng. Tote bag disangkut ke bahu.

"No, no. Kan aku dah cakap, nanti tak muat. Kereta kau tu kecik. Kau nak sumbat aku dekat mana? Yang kau nak ambik nanti bukan sorang tau, tapi tiga." Hanna keluarkan tiga jari dan ditunjuk di hadapan muka Kassandra. Biar gadis itu sedar sikit. Dia ingat muat ke?

QASH ARRIYAN ©Where stories live. Discover now