QA 11

10.4K 307 8
                                    

JARUM jam hampir menginjak ke angka lapan malam, baru Kassandra tiba di hadapan kondo. Terkial-kial tangannya menekan keypad bersebelahan pintu sebelum bunyi akses dibuka kedengaran. Dengan langkah longlai, dia masuk ke dalam.

Rasa mahu patah belakang pinggangnya duduk di atas kerusi café tadi sambil berbincang soal final project semester ini bersama Hanna. Sekurangnya outline project dah selesai. Punyalah fokus sampai tak sedar hari sudah menginjak malam dan pesanan air mereka hampir masuk kali kelima.

Lega terasa bila Kassandra merebah tubuh di atas sofa.

Selesai mandi dan menyegarkan diri, tubuh disarung pijama berbulu kelabu. Ikutkan dia nak sarung camisole saja. Tapi hujan renyai-renyai di luar menambah lagi kesejukan malam yang terasa hingga ke tulang hitam.

Baru Kassandra membawa langkah ke dapur, telinganya tegak apabila mendengar bunyi sofa terseret di ruang tamu.

Dahi berkerut sebentar sebelum Kassandra hanya mengendahkan. Masuk ke dapur, intensity lampu direndahkan sehingga ruang itu kelihatan suram. Peti sejuk dibuka lalu jus kotak dikeluarkan. Gelas dicapai. Jus oren dituang ke dalam gelas lalu diteguk sehingga habis.

Haus tekaknya macam di tengah gurun sahara walhal tadi lima gelas air dah diteguk.

Kassandra masukkan semula kotak jus ke dalam peti sejuk. Elok dia berdiri tegak semula, bulu roma tengkuk mencanak naik.

Kaki terpasak teguh di atas lantai. Genggamannya pada pemegang peti sejuk mengerat. Liur laju menuruni rengkung.

"Hey."

Nafas ditahan.

Haba di belakang tubuh menguatkan lagi sangkaannya kehadiran seseorang di dapur itu.

Tangan kekar dari belakang menolak peti sejuk yang terbuka sekali gus buatkan Kassandra berpusing tubuh. Wajah Qash menyapa pandangan.

Mata itu memandangnya kuyu.

Kassandra terundur sehingga belakang tubuh menyentuh permukaan peti sejuk bila Qash mendekatkan jarak. Kedua siku Qash ditongkat ke peti sejuk, bersebelahan kedua sisi kepala Kassandra buatkan tiada ruang terpisah di antara mereka.

"Qash, jangan macam ni."

Qash pejam mata. Dadanya dilekapkan ke dada Kassandra. Dahi jatuh di bahu gadis itu. Bau Kassandra. Suara Kassandra. Kulit halus yang bersentuhan dengan kulitnya. Semua tentang Kassandra memenuhi ruang kepala. Qash rasa mabuk.

Mabukkan Kassandra.

"Adra..." Perlahan suara Qash memanggil. Leher Kassandra dikucup dan digigit nakal.

Sesak nafas Kassandra dibuatnya. Dia rasa tersepit. Badannya betul-betul terperangkap di antara tubuh Qash dan permukaan peti sejuk.

"Qash, bangun. Badan awak berat." Tangan Kassandra cuba menolak perut lelaki itu.

Qash berdiri tegak semula. Kali ini tangannya menyauk pinggang halus Kassandra lalu diangkat ke atas countertop dapur. Kaki gadis itu dibuka lalu tubuhnya berdiri di antara kaki itu. Qash merehatkan tangan di sisi pinggul Kassandra.

Dahi bertemu dahi. Kassandra mendongak dan dia menunduk.

"Mine." Qash bersuara, rendah. Nafas Kassandra yang mengena wajahnya buat dia khayal hingga ke bulan.

"I'm not."

Balasan itu buatkan Qash mencengkam sisi pinggang Kassandra. Wajah itu meringis terkejut tapi diendahkan.

Serta-merta amarah semalam menghentam dada.

"Kau fikir apa? Sebab Alfan dah menang, sebab ibu suruh kau kahwin dengan jahanam tu, kau rasa dah boleh cakap macam tu?" Sekelip mata nada Qash berubah kasar. Rahangnya terketap rapat. Cengkamannya pada pinggang itu tanpa sedar semakin kuat.

QASH ARRIYAN ©Where stories live. Discover now