Suasana hening menguasai atmosfera Lee Na dan Prince Jung.
Tiada siapa yang memulakan perbualan untuk memecahkan keheningan yang terjadi.
Lee Na sedang sibuk dengan fikirannya sedangkan Prince Jung memikirkan topik untuk memulakan perbualan.
"Kau benar-benar kehilangan ingatan mu?" Ucap prince jung. Lee Na sedikit tersentak.
"Apakah Tuanku ingin mengatakan bahawa tabib di istana ini menipu?" Ucap Lee Na.
"Jadi Lady benar-benar melupakan kejadian yang terjadi antara kita" ucapan itu membuatkan Lee Na membesarkan matanya.
Lee Na mencuba untuk menggali ingatannya tentang scene-scene yang berada di buku.
Lee Na memegang kepalanya. Damn, sudah tentu kejadian itu tidak ditunjukkan watak Lee Na hanyalah watak sampingan. Kini Lee Na tertanya apakah kejadian yang berlaku antara dirinya dan lelaki dihadapannya.
Jaehyun melihat Lee Na memegang kepalanya dengan kerutan di dahinya tanda dia cuba mengingatnya.
Jaehyun memegang kepala Lee Na lembut. Lalu memegang rahang wanita itu untuk menghadapnya.
"Tidak perlu mengingatnya, aku akan memastikan kejadian itu terulang dengan sendiri" ucapan itu diakhiri dengan smirk yang sangat menawan.
Lee Na sedikit jengkel melihat lelaki dihadapannya.
"Oh ya, tolong simpan barang yang kau curi dariku baik-baik" ucap Jaehyun selamba sambil menghirup sedikit teh yang dihidangkan.
"Ha? Barang yang saya curi? Saya tidak mengingat mencuri barang dari Tuanku" ucap Lee Na.
"Bagaimana lady dengan sangat yakin mengucapkan perkataan tersebut sedangkan lady hilang ingatan" ucap Jaehyun dan tersenyum kecil.
Damn. Lelaki dihadapannya ini sangat menyebalkan.
"Tapi apa yang terjadi antara kita?" Tanya leena dengan rasa ingin tahu.
"Lady ingin kita mengulang kembali kejadian itu?" Tanya Jaehyun sambil mengangkat sebelah keningnya.
Lee Na mengangguk.
Jaehyun tersenyum sekali lagi lalu mendekatkan wajahnya kearah Lee Na.
Lee Na refleks mengundurkan kepalanya.
"A-apa yang-"
Badan Lee Na kaku melihat pandang Jaehyun terhadapnya.
1 cm
2cm
Plak!
Jaehyun terkejut.
Lee Na baru sahaja menamparnya.
"Anda bertindak tidak sopan tuanku" ucap Lee Na.
Jaehyun tersenyum manis namun itu nampak menyeramkan.
"Bukankah Lady yang meminta ku untuk mengulanginya? Adakah lady tidak sedar bahawa anda yang bertindak tidak sopan padaku? "
Lee Na terkejut.
Jaehyun segera bangun lalu beredar dari situ.
Lee Na segera mengejar lelaki itu. Namun kerana langkah lelaki itu lagi besar darinya membuat Lee Na sedikit susah menyamakan langkah.
Beberapa maid yang sedang curi-curi dengan perbincangan mereka tersentak apabila pintu ruangan itu dibuka oleh Prince Jung, mereka segera menunduk hormat seakan tiada apa yang berlaku.
Taeyong dan Johnny yang duduk di situ segera menuju ke arah putera mahkota itu.
"YAK!" jerit Lee Na lagi sekali membuatkan semua orang disitu terkejut atas ketidaksopanan yang ditunjukkan olehnya.
Langkah Jaehyun terhenti.
Lee Na segera mendekat kearah Jaehyun dengan nafas tersekat-sekat.
"Tidak bisakah Tuanku berjalan sedikit perlahan? Saya baru sahaja bangun dari katil mewah saya dan Tuanku membuat saya harus mengeluarkan peluh untuk mengejar anda" Ucap Lee Na lalu mengambil nafas sebanyak mungkin.
Para maid mengangga mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Tuan mereka.
Jaehyun mendekat kearah Lee Na lalu mengelap peluh di pelipis wanita itu.
Lee Na menepis tangan Jaehyun.
"Aku marah kepadamu tuanku!" Ucap Lee Na tanpa sedar mengeluarkan ekspresi yang mengemaskan.
"Kau bergurau? Bukankah aku yang harus marah kepadamu?" Tanya Jaehyun.
"Aku minta maaf" ucap Lee Na perlahan.
"Permintaan maaf darimu ditolak"
Lee Na memandang Jaehyun dengan pandangan tak percaya.
"Habiskan harimu dengan ku esok, dan permintaan maaf mu akan ku terima"
"HEH?! Tuanku fikir saya peduli jika permintaan saya ditolak, yang penting saya sudah meminta maaf. Saya tidak akan mahu menghabiskan waktu dengan lelaki sepertimu" ucap Lee Na kesal.
"Baiklah akan ku adukan perbuatanmu-" ucap Jaehyun tergantung apabila Lee Na menutup mulutnya.
Sekali lagi perbuatan itu membuat semua orang disitu terkejut.
"Dasar pemaksa!" Kemudian Lee Na terdiam memikirkan sesuatu.
Bukankah ini peluangnya untuk keluar dari istananya tanpa para pelayannya. Namun, keluar dengan Putera Mahkota sama sahaja bermaksud menarik perhatian orang ramai.
Lee Na memandang Taeyong.
Tatapan taeyong membuat Lee Na sedikit merinding.
"Aku-"
Jaehyun menunggu jawapan yang keluar dari mulut Lee Na.
"Selamat petang Putera Mahkota Jung" ucap Jaejoong.
Jaehyun membalas tanda hormat dari Earl Lee Jaejoong.
"Ayah, lihat lah lelaki ini mengajak ku untuk menghabiskan masa seharian denganya" adu Lee Na kepada Jaejoong.
"L-lelaki ini?" Tanya Jaejoong terkejut tambahan pula anak bongsunya itu baru sahaja merengek kepadanya.
"Aku tidak mahu ayah, aku baru sahaja sihat" ucap Lee Na.
"Bukankah kau mengatakan kau sudah sembuh sepenuhnya pagi tadi?" Ucap Taeyong.
Lee Na memandang tajam abangnya.
"Lee Na ada janji dengan teman Lee Na esok" ucap Lee Na lagi.
Jaehyun tersenyum kecil sehingga tiada siapa yang menyedari senyuman itu.
"Sejak bila princess kesayangan ku mempunya teman? Bukankah kau tidak pernah keluar dari bilikmu?" Ucap Yoona pula.
Ah, tiada siapa yang berada di pihaknya.
"Pergilah keluar dengan putera mahkota mungkin ingatan mu akan kembali sedikit" Ucap Jaejoong.
Mata Lee Na terbuka besar. Andai sahaja ayahnya tahu apa yang akan terjadi tadi.
"NO!" Jerit Lee Na.
"Aku tak sukakan penolakkan lady, namun jika kau yang menolak tidak akan aku paksa" ucap Jaehyun pura-pura sedih.
"Jangan seperti itu Lee Na, Putera Mahkota sudah susah-sudah datang ke sini untuk melawatmu. Keluar sahaja bukan hari-hari kamu akan keluar dengan Putera Mahkota Jung" ucap Yoo Na
"Aku tidak menyuruhnya, tapi jika Ibu mengatakan seperti itu. Akan aku turuti" ucap Lee Na pasrah.
"Aku setuju, puas?" Tanya Lee Na.
"Sangat" ucap Jaehyun.
Lalu mereka berpisah di situ.
Jaehyun, taeyong dan Johnny ke arah barat manakala Lee Na menuju kembali ke biliknya.
YOU ARE READING
A Night With Prince
Romantik[MALAY FF] Kisah Lee Na yang sangat suka membaca webtoon. Tpi mampukah dia hidup sebagai character Manhwa yang dibacanya?? Nantikan kisahnya😉