Cerpen Pendek

6 0 0
                                    


'TAP! TAP ! TAP !'

Selepas sebulan, baru hari ini rintik rintik rahmat dari langit kedengaran . Aku melemparkan pandangan aku ke luar jendela untuk memastikan yang turun itu benar benar hujan. Lama benar aku membeku di bilik gelap ini.  Bilik yang dilengkapi dengan tandas dan pendingin hawa ini benar benar membuatkan aku malas untuk keluar bersosial. Saja suami aku pasangkan pendingin hawa, dia tahu isterinya ini kalis manusia lebih suka menghabiskan masa  bersosial dengan tinta dan papan kekunci. Lebih lebih lagi kesihatan mental aku yang semakin merundum, aku hampir lupa nama dan wajah mereka yang aku kenal dulu.

'Ibu, jom lah main dengan adik ...'

Sial. Aku masih tidak lupa, yang aku tidak ada zuriat, kerana aku dan suami masih memperjuangkan qada' muallaq  selepas keguguran tujuh tahun lalu. Namun aku seakan sudah lali dengan panggilan panggilan asing. Kadang kadang aku dengar suara embah, kadang kadang aku dengar suara uwan. Ya mereka sudah tiada. Bulan lepas uwan baru sahaja meninggal. Aku tahu yang aku bakal melupakan semua memori pahit dan indah aku. Disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk menulis. Dan ini adalah salah satu kisah yang tidak mahu aku lupakan.

Selepas usai pengajian di Kolej Matrikulasi Perak, aku mengambil keputusan untuk transit di salah satu madrasah adik perempuan aku di Kedah. Ya, kami belajar bersama menghafaz alquran, semak bacaan, dan melakukan perkara perkara tipikal sebagai budak madrasah. Cuma mujahadah aku nipis ketika itu. Aku berhenti selepas seminggu aku  mendaftar, aku tidak sanggup cuci berak menggunakan gayung. Sanggup aku tahan berak seminggu menunggu untuk menggunakan getah paip dirumah. Namun pengalaman ini bukan pengalaman aku, tetapi adik perempuan aku. Satu satu nya adik perempuan, yang aku sayang. Yang sehingga kini masih menghuni asrama madrasah itu. Zulaiqha

Cerita bermula...

Kereta Axia hitam plat ALK 2356 kepunyaan suami aku meluncur laju diatas lebuh raya utara-selatan. Aku tekan minyak sehingga 120 km/j . Malam itu agak sunyi, maklumlah, budak budak madrasah cuti selalunya tidak sama dengan cuti sekolah kebangsaan.  Perkara biasa yang  Zulaiqha lakukan apabila aku bawa dia pulang ke rumah semasa cuti semester adalah bercerita perihal asramanya. Dan aku menjadi kakak yang setia mendengar sambil memandu dan kadangkala mencarut.

'Angah nak tahu tak? Orang ada cerita best!'.
'Apa? Cerita la... Kau jangan cerita seram seram, aku sepak kau nanti !'
'Tak seram. Biasa je, tapi orang nak cerita gak!'
'Hishhhh ! cerita la cepat !'
..............................................................................................................................................
Aku( Zulaiqha)
Terkebil kebil mata aku memandang papan katil Aisyah di atas aku. Kerap sangat Si Aisyah ni bergerak gerak, benci dengan bunyi yang di keluarkan katil double decker ini. Sekejap mata ku beralih ke jam dinding. Sudah jam satu pagi. Kalau pengawas tahu aku tak tidur lagi ni, mati esok kena denda.

'KREKKKKK ! PAAPP!'

Aisyah melompat kebawah. Terus dia baringkan badan disebelah aku. Aku dapat dengar degupan jantungnya dengan jelas.
Walaupun samar samar dek kalimantang berwarna oren, aku masih dapat lihat bibir Aisyah pucat lesi, tangannya sejuk. Aisyah hanya diam membatu, kejap kejap aku mendengar dia membasahkan kerongkongnya sambil terkumat kamit membaca ayatul kursi .Malas melayan kerenah Aisyah. Aku tahu hijabnya terbuka, aku malas nak serabutkan kepala aku memikirkan benda benda ghaib ini dengan bertanya tanya.

'Tik.... Tikkk... Tikkk....Tikktiktik....Ktanggg.. tik tikk tikkk... !'

Aku kaget ! bunyi guli  seakan berlanggar dengan katil aku. Aku dan Aisyah bingkas bangun. Selang 10 minit, kedengaran bunyi seperti orang menghantuk hantukkan kepala ke dinding. Bunyi hantukan semakin mengganas
Jam menunjukkan 1:20 pagi. Aku dan Aisyah menggeletar, bunyi hantukan makin galak. Mahu tidak mahu aku dan Aisyah bingkas bangun kejutkan  enam lagi ahli bilik kami.

'Weyh bunyi apa tu...?'
'Weyh bunyi ni lagi !'

Halimatun bingung, dia sendiri menjawab pertanyaannya. Halimatun pernah ceritakan pada Rahimah tentang bunyi ini. Setiap malam Jumaat dia akan tidur di katil Rahimah kerana bunyi hentakkan ini seolah olah berada disebelahnya. Aku yang tidur disebelah katilnya tidak mendengar apa apa. Cuma malam ini sahaja hentakan itu kedengaran
'Jom pergi bilik ustazah weyh! Aku takut ni. Tak tahu nak buat apa'. Aisyah bersuara
Aku dan yang lain membontoti Aisyah. Masing masing berlari tidak mahu jalan dibelakang sekali. Bergasak gasak kami menuruni tangga menuju ke bilik ustazah Sarah

'Assalamualaikum Ustazah. Ustazahh, Ustazah'.

Kami bersuara serentak tanpa menghiraukan bayinya yang sedang nyenyak tidur

'Waalaikumsalam, Ya, saya pun dengar, apa pulak kali ini. Kumpulkan semua pelajar kat bawah suruh mereka baca Manzil. Nadiah, Yasmin, Adilah dan Syaimah ikut saya bawak Hizib, kita cari malam ni mana datang bunyi tu'

Aku juga kelam kabut mencari Hizib walaupun ustazah Sarah tidak menyuruh . Kami berenam berkumpul di luar dan memulakan bacaan sambil bergerak mengelilingi madrasah. Penat aku mengulang bacaan tidak mampu melawan debaran yang aku alami, bimbang apa yang bakal kami temui.
Sampai sahaja di tangga tingkat 2 bangunan madrasah Ustazah berhenti. Adilah memegang tangan Yasmin. Matanya berair.

'Yasmin.... Aku takut...Pocong tu....'

Aku tak nampak apa apa, tetapi bunyi hentakan seaakan berada betul betul di hadapan.

'Zulaiqha...kenapa datang sini? Nak ziarah kawan kawan ya?... Kesian kawan kawan awak nak belajar . Balik ya... Ustazah sayang Zulaiqha..'

Dada aku seaakan pecah apabila ustazah menyebut nama aku. YA! Hanya aku seorang sahaja Zulaiqha di sini ! tiada orang lain!
Perlahan lahan aku mencari mata ustazah. Dia masih memandang aku. Matanya sayu. Aku pandang badan aku, berbalut kapan. Mata aku beralih memandang setiap wajah sahabat sahabat aku. Aku dapat melihat ketakutan di wajah mereka.
Akhirnya aku tahu, bunyi itu dari aku.
................................................................................................................................................
Aku (Angah)
Aku masih memandu kereta. Badan aku kaku tidak bergerak. Hanya stering dan pedal minyak yang aku tekan. Nafas aku sesak, air panas mula membasahi wajah aku.
YA. Adik kesayangan aku sudah tiada. Hari ini merupakan hari ke-41 , juga hari sepatutnya aku mengambil dia pulang dari madrasah. Aku pandang ke kiri. Zulaiqha masih di situ memandang aku. Wajahnya berseri, jubah hitam uniform madrasah masih tersarung dibadannya.

'Terima kasih angah. Zulaiqha sayang angah...Assalammualaikum'

Waalaikumsalam . Balas aku sepatah
Aku lupa.
................................................................................................................................................
"Yan – Sebuah rumah di Batu 1/3, Lorong Cempaka, Kambung Ekor Lambat, Jalan Datuk Maharajalela, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.
Dalam kejadian kira kira jam 1 pagi itu telah meragut empat nyawa dan seorang dalam keadaan kritikal akibat terhidu asap tebal." –BH-

Keratan akhbar yang aku lekat di catatan harian aku koyakkan, aku kepalkan dan aku buang ke luar.

'Aku harap aku lupa yang mereka sudah tiada, aku harap aku lupa yang mereka sudah tiada, aku harap aku lupa yang mereka sudah tiada'

Aku ulang sebanyak banyaknya. Sehinggalah suami aku pulang dari kerja. Dia menyelak pintu bilik, melihat aku tersandar ke dinding. Tangannya sejuk mengusap kepala aku.

'Sabar ya sayang...'

Aku diam. Aku tahan diri dari memeluk suami aku, kerana aku tahu....Empat mangsa itu ialah abah, ibu, Zulaiqha dan SUAMI aku...

Kini aku biarkan semuanya. Biar mereka datang kerana aku terlalu RINDU

L.U.P.AWhere stories live. Discover now