3

11 3 0
                                    

Look at him, he are like dew drops,

That jumped on the leaves from the sky.

He turn around and pandiculate,

These gentle pearls slip and laugh.

May this star don't get lost on earth.








Taehyung terpaksa outstation kerana mendapat makluman secara mendadak dari bosnya selama satu minggu. Hal itu membuatkan Areum harus menjaga kedua anak mereka sendirian lagi. Namun hal itu sudah terbiasa bagi Areum sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.

"Yeonjun ah, Gyu dah bangun?" soal Areum yang masih menggoreng nasi di dapur.

"Sekejap, Jun pergi tengok." ujar Yeonjun sembari memakai jas sekolahnya. Dia sudahpun bersiap-siap sejak pukul 6.30 pagi lagi dan sempat mengucapkan selamat jalan kepada sang ayah yang sudahpun keluar seawal 6.15 pagi tadi.

Yeonjun menuju ke arah bilik dan mendapati atas katil adiknya itu dipenuhi dengan pensil warna dan beberapa helai kertas yang dihiasi bentuk-bentuk menarik. Beomgyu masih lagi tidur dengan keadaan yang lena membuatkan Yeonjun menggelengkan kepalanya.

Dengan pelan, Yeonjun menggerakkan tubuh adiknya untuk membangunkannya.

"Gyu ah, bangun."

"Hm," Beomgyu bergumam namun tidak membuka matanya.

"Bangun, lepastu mandi. Kita kena pergi sekolah."

"Malas...,"

Yeonjun menghela nafas. "Kalau Gyu tak bangun, nanti hyung bagitahu eomma suruh laporkan kat appa."

Ugutan itu sudah tentu membuatkan Beomgyu terciut. Dengan berat hati, kanak-kanak itu bangun juga. Sempat dia bergumam kesal sebelum menutup pintu bilik air.

****

Lopak air mengenang di permukaan lantai simen yang berlubang menarik perhatian Beomgyu yang masih belum menyedari atensi guru di hadapan kelas. Padahal, pelajar yang lain telahpun membuka buku dan mengfokuskan sesi pembelajaran di hadapan meskipun tidak sepenuhnya fokus.

Sembari melihat, Beomgyu merasakan bahawa itu adalah hukum alam yang tidak harus dilewatkan.

Kenapa lopak itu terhasil? Kenapa warnanya begitu? Tampaknya perbahasan mengenai hal itu lebih menarik perhatiannya dari pembelajaran guru yang kini memusat perhatian kepadanya.

Si guru Lee menatap Beomgyu dengan gelengan kepala. Bukan dia tidak mengenali sosok tubuh yang sering menjadi buah mulut para guru sehingga kini.

"Kim Beomgyu!"

Tidak ada sahutan.

Ok, panggilan kedua dengan lebih kuat.

"Kim Beomgyu!"

Beomgyu menoleh dengan tatapan gagap. Semua atensi kelas menatap ke arahnya dan hal itu membuatkan dia sedikit gelabah.

"Ya, saem?"

"Baca perenggan pertama muka surat 58," pinta cikgu Lee.

"Huh?" Beomgyu masih bingung namun dia cuba membeleknya tetapi tidak kunjung menemui halaman yang dijelaskan.

"Aigo, kenapa lembab sangat? Hyewon, kamu tolong belekkan untuk dia!"

Hyewon yang merupakan rakan sebelah mejanya mengangguk dan membelek halaman yang dimaksudkan. Sementara itu, Beomgyu masih cuba mencerna apa yang diarahkan oleh sang guru.

"Baca!"

Beomgyu masih lagi mengeming. Jujur melihat satu perkataan sahaja dia tidak mengetahui bagaimana sebutannya. Namun, kerana gurunya itu terus mendesak, dia main asal sebut sahaja membuatkan semua rakan-rakannya tertawa.

Cikgu Lee mengetap bibir penuh amarah. Sungguh, dia berasa sangat marah.

"Kim Beomgyu! Keluar dari kelas saya sekarang!"

Dengan penuh berat hati, Beomgyu menuruti jua. Sempat dia melihat beberapa jeleran lidah dan tawa dari rakan-rakan sekelasnya. Tapi, apa boleh buat?

Seraya melangkah keluar dari kelas, Beomgyu menyandarkan tubuhnya pada dinding. Sedang asyik menggerakkan kakinya yang sedikit pegal kerana berdiri, Beomgyu terdengar bunyi seekor anjing di luar pagar sekolah.

Kanak-kanak itu memerhatikan sahaja gelagat anjing yang seakan terikat di sana. Tidak bebas bergerak.

Beomgyu berasa kasihan. Mahu menolong, dia masih dihukum. Jadi, sepanjang dia berdiri di luar, dia hanya menatap ke arah anjing itu sesekali tertawa kecil.

"Eo, kau lagi? Ini dia pelajar cemerlang kita!" tanpa dia sedar, segerombolan pelajar senior yang sedang beratur melalui kelasnya menyapa. Satu persatu senior itu menepuk bahu dan menoyor kepalanya.

Beomgyu hanya diam menerima. Meskipun berasa agak kesal tetapi apa boleh buat?

Hampir setengah jam berdiri di luar kelas, Guru Lee keluar dan memintanya masuk semula ke dalam kelas.

"Oi, Beomgyu! Kau dah siap kerja sekolah?" tanya seorang rakan sekelas sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. Itu membuatkan semua atensi kelas menghala padanya.

Beomgyu hanya terdiam.

"Habis la kalau kau tak siap. Lepas ni kelas subjek cikgu Han. Ha, lagi satu tandatangan keputusan peperiksaan! Habis la kau!"

Kesemua mereka tertawa membuatkan Beomgyu menjadi tidak keruan. Dia berasa takut. Entah apa yang difikirkan, dia segera mengambil begnya dan bergegas keluar dari kelas.

Meneroka dunia luar rumah? Rasanya sudah lama. Itu kerana sang ayah yang sangat sibuk dengan urusan kerja untuk membawa mereka sekeluarga keluar jalan-jalan ketika dia masih kecil. Jika keluar dengan sang ibu, hanya pasar sahaja yang justeru dikunjungi. Abangnya? Kim Yeonjun? Remaja itu jarang menghabiskan waktu bersamanya ketika waktu senggang kerana sering menghadiri latihan badmimton.

Berbicara mengenai abangnya, Beomgyu sedikit cemburu. Abangnya sempurna. Akademik, kokurikulum dan sifatnya yang bagus membuatkannya sentiasa dipuji. Tetapi dia tidaklah membenci sang abang kerana abangnya itu tidak pernah mengejek dan meremehkannya seperti rakan-rakan sekelas dan kanak-kanak seusianya yang tinggal di kawasan rumah mereka.

Menyelusuri keramaian orang ramai di sekelilingnya, membuatkan Beomgyu berasa dirinya berada di dunia yang sangat mementingkan kerja. Orang-orang di sekitar melangkah dengan cepat. Benarlah kata-kata orang, orang Korea sangat berkerja keras demi melangsungkan hidup. Bahkan jika tidak dapat mencapai pencapaian yang sempurna, seseorang itu tidak akan segan untuk mengakhiri hidupnya. Kerana itulah negara mereka dikenali sebagai negara yang mempunyai banyak kes bunuh diri tertinggi di dunia.

Beomgyu kini menyelusuri sungai Han. Dia memegang pembatas tiang yang melingkari seluruh pembatas sungai Han. Dapat dia melihat beberapa ekor itik yang entah dari mana datang, berenang di sana.

Beomgyu tersenyum. Nampaknya lari dari dimarahi oleh guru buat masa ini tidaklah terlalu buruk. Sekurang-kurangnya dia mempunyai idea untuk lukisannya balik nanti.

Little Moon On EarthWhere stories live. Discover now